Ahad, 27 Disember 2015

Kejohanan Catur Rapid Tertutup PSIS Sesi Jun 2015

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada 19 September 2015 yang lepas, saya berpeluang menganjurkan Kejohanan Catur Rapid Tertutup PSIS Sesi Jun 2015. 

Kejohanan catur ini telah disertai seramai 64 orang peserta yang terdiri daripada 48 peserta lelaki dan 16 peserta wanita. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sahaja yang melibatkan 5 jabatan iaitu JPH, JKA, JKE, JTMK dan JP.


Kejohanan Catur Rapid Tertutup PSIS Sesi Jun 2015

Kejohanan telah berlangsung dengan baiknya kerana komitmen yang telah diberikan oleh semua peserta tanpa sebarang gangguan. Kesemua peserta mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan bersaing secara sihat.


Ringkasan keseluruhan perjalanan kejohanan dinyatakan dalam jadual di bawah:


TARIKH/TEMPAT
MASA
BUTIRAN AKTIVITI
19   September 2015 / kafeteria PSIS
8.30-9.00 pagi
Pendaftaran
9.00-9.40 pagi
Pusingan pertama
9.50-10.30 pagi
Berehat 
10.30-11.10 pagi
Pusingan kedua
11.30-12.10 tgh
Pusingan ketiga
12.20-1.00 ptg
Pusingan keempat
1.10 ptg -1.50 ptg
Pusingan kelima
2.00 ptg – 2.40 ptg
Pusingan keenam

3.00-3.30 petang
Majlis penutup dan penyampaian hadiah
3.30 petang
Bersurai






















Berikut pula merupakan gambar-gambar yang diambil sepanjang berlangsungnya Kejohanan Catur Rapid Tertutup PSIS Sesi Jun 2015.

Pingat Kejohanan untuk pemenang Tempat Pertama hingga ke 3 bagi Kategori Lelaki dan Wanita

Fokus mengatur Strategi..


Radin Mas disebelah kanan.. Pemenang tempat ke 3 kejohanan kali ini




Arifin di sebelah Kiri, pilihan utama kejohanan


Nor Hasanah Hassan juara baru untuk kategori wanita... Tenang mengalahkan pihak lawan..



Keputusan Akhir Kejohanan Catur Rapid Tertutup PSIS Sesi Jun 2015

Berikut pula merupakan Keputusan Akhir Kejohanan Catur Raid Tertutup PSIS Sesi Jun 2015 untuk kategori Lelaki dan Wanita

Keputusan Akhir Kejohanan Catur Raid Tertutup PSIS Sesi Jun 2015 (kategori Lelaki) 

Keputusan Akhir Kejohanan Catur Raid Tertutup PSIS Sesi Jun 2015 (kategori Wanita)


Gambar-gambar Pemenang Kejohanan Catur Rapid Tertutup PSIS Sesi Jun 2015

Berikut pula merupakan Gambar-gambar Pemenang Kejohanan Catur Raid Tertutup PSIS Sesi Jun 2015

Johan Kategori Wanita : Nor Hasanah Hassan

Naib Johan Kategori Wanita : Neverita Nazarus

Tempat ketiga Kategori Wanita : Radin Mas Amiera Binti Bakri

Tempat keempat Kategori Wanita : Nurul Amira Bt. Misbahholl

Tempat kelima Kategori Wanita : Khor Ming Syuan

Johan Kategori Lelaki : Mohamad Arifin Bin Januri

Naib Johan Kategori Lelaki : Muhammad Syaibatul Hamdi

Tempat Ketiga Kategori Lelaki : Muhammad Faris Zani

Tempat Keempat Kategori Lelaki : A. K Angiah A/L Krishnan

Tempat Kelima Kategori Lelaki : Muhammad Ridhuan

Pada Kejohanan catur kali ini, Mohamad Arifin Bin Januri telah berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke 3 berturut-turut untuk kategori lelaki... Syabas diucapkan kepada beliau..

Manakala dalam kategori wanita pula, Neverita Nazarus gagal mempertahankan kejuaraan sebanyak 2 kali yang pernah dimenangi sebelum ini. Ada juara baru untuk kategori wanita iaitu Nor Hasanah Hassan. Tahniah diucapkan buat beliau!

Kesemua pemenang tempat pertama hingga ke 3 untuk setiap kategori berjaya memenangi wang tunai, pingat kejohanan dan sijil penyertaan. Manakala pemenang tempat ke 4 dan ke 5 hanya memenangi wang tunai dan sijil penyertaan sahaja.

Secara kesimpulannya, kejohanan ini berjalan dengan lancar sepert yang telah dirancang. Syukur Alhamdulillah..

Diharap kejohanan catur seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.. In Shaa Allah..



3 ulasan:

  1. Tahniah kerana berjaya menganjurkan pertandingan catur tertutup..bukan senang nak anjurkan pertandingan yang besar macam ni. Bukan calang-calang orang boleh buat.. kipidap.

    BalasPadam
  2. terbaik, dah lama tak main catur, rase teringin plak lepas bace entry ni :)

    BalasPadam
  3. terbaik bro anuar dpt anjur game catur ni..tapi aku pening main catur..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra