Rabu, 12 Ogos 2015

Jom Baca Pandangan Rakyat Malaysia Terhadap Mykad Baru

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebelum ni saya ada membuat survey, untuk mendapatkan pandangan Rakyat Malaysia terhadap Mykad baru melalui Fanpage Discount Hari2..

Sumber : Discount Hari2


Hasil maklum balas Survey yang saya terima adalah seperti berikut:

Sumber : Discount Hari2

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi memberikan maklum balas terhadap kualiti Mykad Malaysia

Bila kita bersembang tentang Mykad.... Ada sahaja cerita dan kisah bersama Mykad, berdasarkan pengalaman masing-masing.....

Ada orang yang pernah tukar Mykad sampai 7 kali... Ada yang pernah tukar Mykad sampai 6 kali, 5 kali dan sebagainya....

Menurut mereka, Mykad yang mereka miliki langsung tidak berkualiti.... Sekejap jer dah rosak....

Terutamanya Cip Mykad, sangat sensitif.... Sebab tu mereka terpaksa tukar Mykad banyak kali, apabila mereka mendapati Cip Mykad sudah rosak...

Pengalaman saya bersama Mykad


Saya mula menggunakan Kad pengenalan Pintar (Mykad) pada tahun 2002... Tetapi, jodoh Mykad tersebut dengan saya tak panjang.... Hanya mampu bersama saya selama setahun sahaja....

Kemudian Mykad tersebut hilang bersama beg duit saya, sewaktu dalam perjalanan pulang dari berbuka Puasa di Batu Pahat, Johor dengan menaiki bas..

Setelah laporan Polis dibuat, saya telah memohon mykad yang 'kedua' di Jabatan Pendaftaran Batu Pahat, Johor...

Masa tu nak tunggu Mykad siap, memakan masa yang agak lama... Sepanjang menunggang motorsikal semasa beraya, saya terpaksa membawa bersama "Laporan Polis" yang mengesahkan Mykad dan Lesen memandu saya hilang....

Walaupun pernah berhadapan dengan sekatan jalan raya semasa pulang ke kampung berhari raya dengan menunggang motorsikal... Tetapi, Alhamdulilah... "Laporan Polis" yang saya bawa sudah memadai, untuk mengelakkan saya daripada ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu dan MyKad yang sah....

Jodoh saya bersama "Mykad kedua" agak panjang.... Daripada tahun 2003 sehinggalah ke tahun 2014....

Pada tahun lepas (2014), saya terpaksa menukar "Mykad Kedua" setelah mendapati Cip Mykad tersebut telah rosak....

Syukur Alhamdulillah.... Saya telah memiliki "Mykad ke 3" yang lebih tebal, lebih cantik, dan memiliki ciri keselamatan dan ketahanan yang lebih baik berbanding "Mykad ke 2" .....

Secara kesimpulannya.... Sehingga kini, saya sudah memiliki 3 Mykad... Dan setakat ini, saya berpuas hati dengan 'Mykad ke 3" yang baru setahun saya miliki...

Jadi, sekiranya rakan-rakan ada mempunyai masalah dengan Mykad yang anda miliki sekarang.... Pergilah ke Jabatan Pendaftaran untuk menukar Mykad yang baru....

Dalam gambar di atas menunjukkan perbezaan Mykad terbaru dengan mykad yang pernah anda miliki sebelum ini....

Saya pasti, anda juga tentu mempunyai pengalaman bersama Mykad untuk dikongsikan....

Kalau tak keberatan, boleh kongsikannya di ruagan komen di bawah...  TQ.. ;)

P/S : Berminat ingin mengetahui 50 aplikasi Mykad Malaysia? KLIK DI SINI



3 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra