Isnin, 27 Julai 2015

Bercuti Di Legoland Malaysia : Star Wars Miniland

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bersambung lagi cerita Percutian kami ke Legoland Malaysia.

Kali ni tentang tempat yang sangat ingin dilawati oleh Haikal dan Adam.. iaitu Star Wars Miniland

Semasa kami pergi ke Legoland Malaysia pada tahun lepas, Star Wars Miniland ni belum ada lagi.. Masa tu baru ada tapak jer..

Jdi, bila iklan Star Wars Miniland ni keluar dekat TV... Adam dan Haikal dah tak sabar nak pergi ke sana... 

Adam dan Haikal bergambar bersama Replika  Watak Darth Vader


Adam dan Haikal bergambar bersama Replika watak C3PO

Semasa berada di bangunan Star Wars Miniland.. Kami disajikan dengan Movie pendek Star Wars Lego.. Ala-ala tengok wayang.. ;)



Dua orang anak saya iaitu Adam dan Haikal begitu seronok menonton mini Movie Star Wars tersebut... Anak saya yang ke 3 Naila pula, mula buat perangai... Terpaksa saya berdiri sambil mendukung Naila... Huhuhu..

Selepas selesai menonton wayang pendek "Star Wars Lego", kami berjalan menyusuri Star Wars Miniland... Terdapat banyak replika-replika menarik watak-watak Star Wars yang dihsilkan dengan binaan Lego dipamerkan di sini..

Jom tengok sebahagian gambar yang sempat saya ambil sepanjang berada di Star Wars Miniland..


Clone Turbo Tank diperbuat daripada 10,180 bricks, memiliki berat mencecah 44kg dan mengambil masa selama 350 jam untuk menyiapkannya.


Pesawat Millenium Falcon
merupakan model LEGO yang paling sukar untuk disiapkan. Diperbuat daripada 15,000 LEGO bricks, berat model ini mencecah 37kg, berukuran 1.8m panjang dan 1.3m lebar.














Serangan AT-AT Walker








Christophsis





Imperial Shuttle










Bergambar kenangan bersama orang yang memakai Costume  Watak Darth Vader

Syukur Alhamdulillah.. Berjaya memenuhi keinginan anak-anak saya untuk memasuki Star Wars Miniland di Legoland Malaysia..

Saat paling mendebarkan ialah sebaik sahaja di bahagian terakhir Star Wars Miniland.. Sebelum keluar dari bangunan ni ada kawasan menjual pelbagai LEGO Star Wars... Betul-betul sama macam binaan LEGO yang dipamerkan... Mujur pula anak-anak saya dapat dipujuk pada kali ini... Kalau tak tentu melayang duit saya, dalam nilai yang agak besar... huhuhu... 

6 ulasan:

  1. Terima kasih di atas perkongsian ini. Anak2 sangat2 teringin untuk bercuti di Legoland. Harap2 impian mereka tercapai hujung tahun ni nanti.

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas perkongsian ini. Anak2 sangat2 teringin untuk bercuti di Legoland. Harap2 impian mereka tercapai hujung tahun ni nanti.

    BalasPadam
  3. Wah, Ini bukan Adam & Haikal je seronok, Ani yang dah besar ni pun seronok tengok gambarnya. Leka :D

    BalasPadam
  4. Tengok gambar pun dah teruja. Tak berani nak tunjuk kat anak-anak, mesti diaorg menuntut bila nak pergi Legoland.

    BalasPadam
  5. masa kami pegi dulu belum ada lagi benda ni..

    BalasPadam
  6. fuhh canggih, nasib baik miniland, kalo tak memang rase dah duk kat angkasa hihi..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra