Khamis, 26 Februari 2015

Iklan Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam bagi tahun 2015

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selepas Pembentangan semula Budget 2015 disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia pada bulan Januari yang lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSU) ada membuat satu kenyataan akhbar tentang pengambilan kakitangan baru dalam Sektor Awam yang akan dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelum ini. 

Jom kita baca, apa kata KSU.

"Ketua Setiausaha Negara menegaskan tiada pembekuan pengambilan kakitangan, wujudkan jawatan baharu kritikal" 
-Akhbar Berita Harian, 24 Januari 2015-


"Begitu juga dengan jawatan tertentu atau jabatan yang memerlukan jawatan baharu yang kritikal, itu juga akan kita teruskan" 
- Kenyataan Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSU) dalam akhbar BH, 24 Januari 2015 -

Saya percaya, berita ini sedikit sebanyak telah menggembirakan puluhan ribu graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian dari Universiti pada tahun lepas. Maklumlah dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini, ramai yang risau sekiranya pihak kerajaan tidak menawarkan pekerjaan kepada graduan baru. Tapi apabila membaca kenyataan Akhbar Tan Sri Dr Ali Hamsa ini, tentu ramai yang berasa lega.

Susulan daripada kenyataan akhbar tersebut, sudah pasti para graduan berharap pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dapat mengeluarkan jadual Peperiksaan Online SPA seperti pada tahun lepas (2014).

Pada tahun lepas Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam telah mula dilaksanakan pada Bulan Januari 2014. Selepas itu, hampir setiap bulan ada sahaja Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam yang dikendalikan oleh pihak SPA.

Jadual Peperiksaan Online SPA 2015
Jadual Peperiksaan SPA 2015
Jadual Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam pada tahun 2014
Sumber : Klik Di Sini

Pada tahun ini, walaupun dah nak masuk ke bulan Mac, tetapi exam Peperiksaan Online SPA bagi tahun 2015 masih belum lagi dipaparkan di laman web SPA. Keadaan ini sudah pasti akan meresahkan graduan. Terutamanya bagi mereka yang telah menaruh harapan yang tinggi untuk bekerja dalam sektor kerajaan.

Tentu ada graduan yang masih tertanya-tanya. 

Adakah Exam Peperiksaan Online SPA akan diadakan pada tahun 2015? 

Kalau betul ada Exam Online SPA diadakan pada tahun ini, tapi bila nak start ni?

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya rasa iklan di bawah mempunyai jawapannya..



Iklan Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam 2015
Iklan Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam pada tahun 2015
Sumber : Klik Di Sini


Iklan Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam pada tahun 2015 dah mula keluar. Terdapat beberapa Jawatan Kosong yang ditawarkan untuk pemegang Ijazah dan Diploma, iaitu:

  • Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan) untuk berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 72 kekosongan jawatan
  • Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pendegaran) untuk berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 23 kekosongan jawatan
  • Jurutera (Elektronik) Gred J41 untuk berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 17 kekosongan jawatan
  • Jurutera (Elektrik) Gred J41 untuk berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 15 kekosongan jawatan
  • Leftenan Muda Maritim Gred XA13. Graduan lulusan Ijazah dalam bidang Undang-undang, Undang-undang Maritim, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Jentera, Kejuruteraan Perkapalan, Kejuruteraan Aeronautik, Sains/ Teknologi dalam marin/Maritim/Samudera/Oceanography dan Sains Komputer dialu-alukan untuk memohon jawatan ini. Terdapat 40 kekosongan jawatan yang perlu diisi untuk berkhidmat di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
  • Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29 untuk berkhidmat di bawah Jabatan Peguam Negara, terdapat 11 kekosongan jawatan 
  • Penolong Pegawai Syariah Gred LS27. Graduan lulusan Diploma dalam bidang Perundangan Islam/Syariah, Fiqh/Usul Al Fiqh, Fiqh dan Fatwa, Syariah dan Undang-undang, Syariah dan Pengurusan, Syariah dan Politik, Pengajian Islam (Syariah) dan Syariah Islamiyyah dialu-alukan untuk memohon jawatan ini. Terdapat 4 kekosongan jawatan yang perlu diisi untuk berkhidmat di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. 
Sila hantar permohonan Jawatan ini segera. Sebelum tempoh permohonan ditutup pada 1 Mac 2015 (Ahad) jam 11.59 malam.Tak lama dah tu. Tinggal 3 hari sahaja lagi.

Selepas selesai menghantar permohonan, anda perlu menunggu maklumat terkini dari masa ke semasa yang akan dihantar oleh pihak SPA melalui email. 

Sekiranya ramai graduan yang memohon jawatan ini, satu tapisan akan dilaksanakan oleh pihak SPA terhadap semua calon (graduan) dengan cara mengadakan peperiksaan SPA secara Online. 

Tetapi, sekiranya tak ramai calon (graduan) yang memohon jawatan-jawatan di atas, kemungkinan calon-calon akan terus dipanggil Temuduga tanpa perlu menduduki peperiksaan SPA secara Online. 

Ya!! Bergantung kepada rezeki anda. 

Nasihat saya! Sebagai seorang sahabat.

Walau apa pun kemungkinan yang bakal anda tempuhi, saya syorkan anda persiapkan diri anda mulai dari sekarang.

Persiapkan diri anda dengan:

  • Pengetahun-pengetahun berkaitan jawatan yang dipohon, termasuk kementerian/jabatan yang menawarkan jawatan tersebut
  • RESUME Kerja yang berkualiti. Anda perlu membawa RESUME bersama, sekiranya dipanggil untuk menghadiri Temuduga Kerja. Pastikan RESUME anda dapat menambat hati barisan panel Temuduga
  • Keyakinan diri ketika menghadiri Temuduga.

Elakkan diri anda daripada menghadapi tekanan seperti yang dialami oleh graduan-graduan dalam gambar di bawah:

Resume Kerja Swasta
Pernah menghantar banyak RESUME KERJA, tetapi langsung tidak pernah dipanggil untuk menghadiri TEMUDUGA. Adakah anda pernah mengalami masalah seperti ini? 

Temuduga Kerja Swasta
Anda mempunyai CGPA yang lebih tinggi daripada rakan anda. Tetapi, rakan anda dipanggil untuk menghadiri temuduga, sedangkan anda tidak. Kenapa ye?


Temuduga Kerja Swasta
Pernah menghantar beberapa permohonan KERJA, tetapitidak pernah dipanggil untuk menghadiri TEMUDUGA. Tentu rasa stress dubuatnya kan? 

Saya mempunyai beberapa tips atau rujukan ringkas yang dapat membantu Graduan untuk mempersiapkan diri sebelum berhadapan dengan Peperiksaan Online SPA, Tips Menulis RESUME dan Tips Menghadiri TEMUDUGA.

Dapatkannya secara Percuma di laman web berikut:
==>> http://www.tipsexamspa.com

Semoga Tips dan panduan yang dikongsikan di laman web tersebut dapat membantu anda. Good Luck!!

4 ulasan:

  1. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada graduan. .

    BalasPadam
  2. ya. jangan lepaskan peluang untuk dapat kerja yang diidamkan
    mesti selalu ambil tahu dan cari tips/petua untuk berjaya

    BalasPadam
  3. dan banyak kali aply spa but kenapa smua jawatan yg dia ply tidak melepasi syarat walupun untuk jwatan spm

    BalasPadam
  4. Kat Suruhanjaya perkhidmatan awam johor juga adalah buka jawatan kosong untuk F41 dan NT27. Tarikh tutup 15 Mac ini

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra