Jumaat, 13 Februari 2015

Harga Emas Naik menjelang Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2015?

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Setiap kali menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina, pasti ada yang berminat nak tahu tentang prestasi Harga Emas semasa

Terutamanya bagi mereka yang berminat untuk menjadikan emas sebagai salah satu aset pelaburan


Harga Emas Naik atau turun menjelang Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2015?


Berdasarkan sedikit info yang saya perolehi melalui pembacaan.. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang dapat mempengaruhi harga emas. Antaranya ialah:


Nilai US Dollar. 


Nilai US Dollar dikatakan mempunyai hubungan korelasi yang negatif dengan harga emas. Semakin tinggi nilai US Dollar berbanding matawang lain, semakin rendah harga emas

Pergerakan harga emas bergerak bertentangan dengan arah nilai US Dollar. Ini berlaku disebabkan harga emas yang menjadi rujukan dunia adalah harga emas fizikal spot di New York yang diniagakan dalam matawang US Dollar. 

Disebabkan itu, apabila nilai US Dollar semakin tinggi berbanding matawang lain akan menyebabkan emas semakin ‘mahal’ bagi pelabur negara luar yang menggunakan matawang lain. Ini menyebabkan merosotnya minat belian kepada emas dan mengurangkan permintaan kepada emas.

Berikut merupakan kedudukan terkini ringgit Malaysia berbanding US Dollar yang saya perolehi melalui Berita Harian Online: 


"KUALA LUMPUR: Ringgit pulih dan dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini dipacu minat belian baharu selepas turun sejak tiga hari lalu.

Pada jam 9.07 pagi, ringgit diniagakan pada 3.5935/5965 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam 3.6030/6060."
-Sumber : Berita Harian Online, 13 Februari 2015-

Pergerakan harga emas bertentangan dengan nilai US dollar kerana US dollar menjadi proksi kepada matawang fiat. Ianya dikatakan sebagai matawang global, matawang yang paling stabil dalam dunia, juga matawang yang menjadi antara rizab antarabangsa yang terbesar dipegang oleh mana-mana bank pusat. 

Federal Reserve merupakan bank pusat kepada Amerika Syarikat, antara bank yang paling banyak mempunyai rizab dalam bentuk emas, yang digunakan untuk back-up kepada sistem ekonomi mereka dan matawang mereka sendiri.

Berdasarkan fakta... Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai simpanan emas terbesar di dunia jauh meninggalkan negara-negara maju yang lain seperti Jerman, Italy, Perancis, Cina, Rusia, Jepun, Itali dan lain-lain. Malah Tabung Kewangan Antrabangsa (IMF) yang berperanan menyelia aktiviti ekonomi di 187 negara di serata dunia juga jauh ketinggalan dari segi nilai simpanan emas berbanding Amerika Syarikat. Ini menunjukkan betapa berpengaruhnya matawang US Dollar terhadap harga pasaran emas dunia.

Disebabkan keadaan ini, apabila berkurangnya nilai US dollar, sentimen pelabur sudah tentunya berubah untuk tidak memegang duit fiat, sebaliknya akan menukarkan duit fiat mereka kepada dalam bentuk emas, sebagai langkah berjaga-jaga. Apabila ramai yang berbuat demikian, maka permintaan kepada emas akan naik, dan seterusnya menyebabkan harga emas turut melambung naik.


Emas dibeli untuk melindung harta daripada ketidaktentuan ekonomi global. 


Semakin kukuh dan berkembang ekonomi dunia, ramai orang tidak berminat untuk membeli emas disebabkan emas sendiri tidak memberikan apa-apa hasil dividen kepada pelabur. 

Ini disebabkan ketika ekonomi dunia semakin kukuh, sentimen pelabur tentulah berubah kepada pelaburan lain seperti saham mahupun bon kerana boleh memberikan hasil dalam bentuk dividen. 



Sebagai ekonomi terbesar dunia, ekonomi US memainkan peranan besar dalam menentukan harga emas. Apabila ekonomi mereka berkembang, matawang US dollar juga mengukuh kerana kebanyakan transaksi global akan menggunakan matawang US dollar.

Berikut merupakan berita terkini yang saya ambil dari Bernama, berikutan keadaan ekonomi dunia pada ketika ini yang mempengaruhi harga emas semasa:

KUALA LUMPUR, Feb (Bernama) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi Selasa susulan kemerosotan ekuiti Eropah disebabkan ketidaktentuan di Greece dan data dagangan China yang lemah serta peningkatan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat, kata para peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling, berkata walaupun keadaan serba tidak kena di Greece dan peningkatan konflik di Ukraine adalah jelas, para peniaga emas, bagaimanapun, mengalihkan tumpuan mereka kepada kenaikan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

“Peniaga beralih selepas pengumuman data pekerjaan AS yang positif serta akan mengukuhkan dolar bagaimanapun akan menjejaskan harga emas,” katanya.
Ketika ditutup, Februari 2015, Mac 2015 dan April 2015 masing-masing meningkat empat mata kepada RM142.30, RM142.90 dan RM143.35 segram.
Kepentingan terbuka menurun kepada 3,075 kontrak berbanding 3,183 kontrak pada Isnin manakala jumlah dagangan turun kepada 97 lot bernilai RM1.39 juta berbanding 301 lot bernilai RM4.28 juta semalam.
Harga fizikal emas menaik 74 sen kepada RM138.28 segram daripada RM137.54 segram pada Isnin.
-Sumber : Bernama-


Berdasarkan analisis yang dibuat oleh Pengasas GSR iaitu Datuk Anuar A RahmanPasaran Emas dijangka melepasi RM155/gram (24K) sebelum Tahun Baru Cina. Ini berikutan ketidaktentuan harga pasaran minyak mentah dan kadar pertukaran wang menjadi faktor kepada kenaikan harga semasa.

Sekarang ni, tinggal 5 hari lagi, sebelum Tahun Baru Cina.. Berdasarkan Graf harga emas, menunjukkan ada tanda-tanda harga emas akan naik, setelah menunjukkan penurunan dalam beberapa hari ini.

Sumber : Goldprice.org


Dalam tempoh 30 hari ini harga emas pernah melepasi $1300 seauns dan melebihi RM150/gram. 

Hasil analisis juga menunjukkan harga emas di Malaysia telah melonjak sebanyak RM26/gram (20%) dari paras terendah sedangkan di US hanya melonjak sebanyak $150/auns (13%).

Berikutan nilai ringgit yang semakin lemah menyebabkan nilai emas di Malaysia lebih berharga berbanding ringgit. Dengan kata lain, pelabur di Malaysia cenderung untuk menukar aset mereka daripada tunai kepada emas, kerana nilai ringgit yang menyusut telah mengakibatkan permintaan kepada emas di Malaysia menjadi lebih tinggi... Keadaan ini secara tidak langsung boleh menaikkan harga emas di Malaysia


Sumber : Kitco.com


Saya berharap info yang saya kongsikan pada kali ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memahami proses turun naik harga emas semasa.

Walaupun kita tahu negara Cina merupakan pengeluar emas terbesar di dunia, tetapi naik turun harga emas lebih dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dunia yang bersandarkan kepada nilai matawang Dollar.

Berikut saya kongsikan Graf Harga emas dunia dalam tempoh 30 tahun, untuk membolehkan anda mengetahui senario perubahan harga emas berdasarkan keadaan ekonomi dunia pada masa-masa tertentu.

Sumber : Goldprice.org

Nota: Sebenarnya saya bukanlah seorang yang benar-benar arif dalam ilmu pelaburan, termasuk juga pelaburan emas. Tetapi saya memberanikan diri untuk mencuba dalam pelaburan emas secara kecil-kecilan. Jadi, sekiranya anda belum pernah membeli emas, jangan setakat tengok harga emas tinggi atau rendah. Sebaliknya anda perlu membeli emas terlebih dahulu, sekurang-kurangnya sekeping bar emas seberat 1gram. Anda akan faham harga emas tinggi atau rendah setelah membuat pembelian pertama, dan mempunyai simpanan emas sendiri nanti. 


7 ulasan:

  1. Investment emas nie mcm investment saham..beli masa rendah jual masa tinggi = PROFIT..nak CNY harga emas 916 sekitar rm170 rasannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhhh tinggi juga harga emas yang dijangkakan tu ...

      Jom Aktifkan MyKad

      Padam
  2. Investment emas nie mcm investment saham..beli masa rendah jual masa tinggi = PROFIT..nak CNY harga emas 916 sekitar rm170 rasannya

    BalasPadam
  3. xtau nk ckap apa ..emas oh emas!!
    #nuffnangclick #visit me on shukranzahari.blogspot.com #Happy blogging

    BalasPadam
  4. Memang akan cuba melabur emas lepas ni

    BalasPadam
  5. Huhu..saya tak ada ilmu bab ni..sekadar baca aje la..haha..bagus bro kan..macam-macam tahunya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dan wife tahu sikit2 .. banyak jual beli untuk keperluan sendiri atau di kala mendesak ... :) untuk buat pelaburan yang betul2 melabur .. mungkin tidak lagi. :) tapi memang best belajar bab emas ni.

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra