Rabu, 31 Disember 2014

Selamat Tahun Baru 2015 : Cabaran dan Motivasi untuk mencapai Azam baru

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini kita berada di hari terakhir di tahun 2014.. Ini bermakna, tahun 2014 akan meninggalkan kita dalam beberapa jam lagi..

Pada kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015... Sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang tahun 2014, saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.. Semoga kita dapat menutup buku lama dengan kisah-kisah gembira sebelum membuka buku baru, di tahun yang baru... 

Semoga kita dapat bersama-sama melaksanakan Azam tahun baru 2015 dengan sebaiknya.. In Shaa Allah...

Sekiranya ada azam tahun 2014 yang masih belum berjaya dicapai lagi, eloklah berusaha untuk mencapainya juga pada awal tahun 2015... Jangan biarkan usaha anda yang belum tercapai itu, dibiarkan begitu sahaja... Hargailah usaha anda selama ini.. ;)

Selamat Tahun Baru 2015


Cabaran Utama Tahun Baru 2015 


Tahun 2015 bakal muncul dengan penuh Cabaran.. Cabaran utama bagi saya adalah, bagaimana untuk memperbaiki keadaan ekonomi keluarga..

Keadaan ekonomi semakin lama, semakin tak menentu... Kos Sara Hidup semakin tinggi... Minyak dah tak ada Subsidi..  Tak lama lagi kita akan berhadapan pula dengan GST... Huhuhu

Ada yang bertanya kepada saya, bagaimana nak melakukan kerja Part Time pada tahun 2015 ini?

Maklumlah wang gaji dah tak cukup untuk menampung keperluan harian.. Itu, belum lagi dikira usaha rakan-rakan yang sedang mengumpul duit nak kahwin... Nak beli rumah lagi... Semuanya memerlukan duit..

Jika kita nak buat kerja secara Part Time dari rumah, tak susah sebenarnya.. Yang penting anda memiliki sekurang-kurangnya kemahiran asas seperti:
  • Mahir mengunakan komputer & internet.
  • Tahu mengunakan perisian Microsoft Office atau Open Office.
  • Boleh membaca dan menulis dalam berbahasa Inggeris.
  • Tahu apa beza antara Google & Web Browser.

Sekiranya anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran di atas, anda sesuai untuk melaksanakan kerja online freelance seperti berikut:
  • Virtual Assistant (bayaran USD$100 per projek)
  • Data Entry (bayaran USD$50.00 per projek)
  • Web Research (bayaran USD$150.00 per projek)
  • Virtual Customer Service (bayaran USD$70.00 per projek)
  • dan lain-lain

Berminat nak mendapatkan maklumat lanjut tentang kerja sambilan freelancing online??, sila klik pada link di bawah :

Berfikirlah secara Positif dan senyum-senyum selalu... ;)


Motivasi Untuk mencapai Azam tahun Baru 2015

Pastinya ramai dalam kalangan kita begitu bersemangat untuk mencapai Azam tahun baru 2015.. Betul tak?

Terutamanya setelah membaca buku-buku motivasi dan kisah-kisah kejayaan individu-individu hebat di luar sana... 

Ya! Saya yakin!! sudah pasti ramai dah membaca buku-buku Motivasi dan pembangunan diri untuk mencapai Azam tahun  baru 2015.. 

Mungkin ada yang meletakkan nota di dalam bilik tidur sebagai peringatan tentang keinginan atau matlamat yang ingin mereka capai.

Tetapi mengapa ada yang masih belum mendapat kejayaan yang mereka impikan?

Perkara yang paling penting dalam penerimaan kepercayaan dan perubahan yang baru adalah dengan menjadikannya sebagai tabiat(habit) automatik dalam diri anda. Perkara yang dilakukan secara automatik tidak memerlukan pemikiran sedar untuk bertindak.

Sebagai manusia, kita secara semulajadi agak sukar untuk berubah. 

Secara purata bagi kebanyakan orang, perubahan akan berlaku selama minimum 21 kali selepas diberi kesedaran tentang sikap yang baru secara berulang, sebelum menggantikan tabiat lama dengan yang baru. 

Sekadar membaca buku motivasi sahaja tanpa disusuli dengan usaha, tidak memadai!!

Terdapat satu kaedah yang mudah dan berkesan dalam mengubah tabiat dan membina program baru dalam minda bawah sedar iaitu dengan kaedah HIPNOSIS. 

Anda boleh menggunakan hipnosis untuk format/program semula minda bawah sedar anda untuk membawa perubahan maksima dalam masa yang singkat. Hipnosis direkabentuk untuk membolehkan anda mengubah corak pemikiran, sikap dan kepercayaan yang mungkin anda tidak sedari dan menggantikannya dengan yang baru. 

Hipnosis adalah ketenangan fizikal dan mental yang membenarkan serapan terus ke minda bawah sedar di mana saranan boleh digunakan ke tahap yang maksimum. Program hipnosis menggunakan saranan hipnotik yang mana bertujuan untuk membawa perubahan dalam kehidupan anda.

Sebagai contoh, mereka yang tidak merasakan dirinya dalam dunia kekayaan, mereka ini mempunyai kepercayaan dalam kemiskinan. 

Mereka boleh menggunakan hipnosis untuk mengenalpasti halangan dan menggantikan dengan kepercayaan baru yang positif. 

Kepercayaan kemiskinan dalam minda boleh digantikan dengan kepercayaan kekayaan. Dengan ini dapat menarik peluang-peluang untuk mendapatkan rezeki dan kekayaan yang diingini. Sebelum anda menerima kekayaan sepenuhnya, anda harus ingat bahawa hanya Allah Maha Kaya dan Maha Pemberi Rezeki.

Hipnosis ini sebagai alatan yang berkesan yang membolehkan anda memprogram diri anda. 

Ia juga membolehkan anda mencapai impian anda dari segi kewangan, emosi dan kejayaan. InsyaAllah…Ketahui maklumat lanjut mengenai Hipnosis Menarik Rezeki dan Kekayaan di 
==>> Rahsia Hipnosis  (Klik Di Sini)

Semoga dengan sedikit info yang saya berikan ini, akan dapat membantu diri saya dan anda menjadi insan yang lebih berjaya pada tahun 2015... In Shaa Allah..

Sekali lagi, Selamat menyambut Tahun Baru 2015... Dan Semoga berjaya mencapai azam baru yang diimpikan.. ;)


10 ulasan:

  1. Syukur Alhamdulillah. .. masih diberi kesempatan untuk bernafas.. berpeluang menyedut udara yang segar, dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T... terima kasih di atas segala kurniaanMu memberi kesempatan berada di tahun 2015...

    Sebagai rasa bersyukur, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara kita yang telah pulang ke Rahmatullah pada tahun 2014... termasuk mangsa MH370, MH17, banjir besar di Timur Semenanjung Malaysia, dan tragedi Pesawat Air Asia QZ8501...

    Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan Orang-orang yang beriman. ...

    BalasPadam
  2. Cabaran baru menanti tahun 2015. Semoga apa yang ingin dicapai tertunai.

    BalasPadam
  3. selamat tahun baru bro..semoga tahun hadapa akan lebih maju dengan azam yang jitu

    BalasPadam
  4. selamat tahun baru 2015... semoga tahun ini menjanjikan seribu kebaikan untuk kita semua.. amiinn... :)

    BalasPadam
  5. wah dalam sibuk cabaran sempat promo jobdirumah ye

    BalasPadam
  6. Selamat menyambut tahun Baru 2015..tahun ni nampak gayanya nak kena gandakan lebih usaha..

    BalasPadam
  7. ALHAMDULILLAH, masih diberikan nyawa sehingga kini, dapat melaksanakn azam yang belum tercapai. Selamat tahun baru 2015,

    BalasPadam
  8. 2015, masih buntu sama ada nak makan gaji vs kerja sendiri huhu.

    BalasPadam
  9. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Elton Jane, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (eltonjaneloan@gmail.com)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra