Khamis, 11 Disember 2014

Ini bukan blog Dr Anwar Fazal

with 13 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selain daripada Dr Anwar Ibrahim dan Anuar Zain, Dr Anwar Fazal juga merupakan satu lagi nama Anuar yang turut menghiasi enjin carian Google.. Nampaknya nama Anuar semakin mendapat perhatian.. Kita ada ramai nama-nama berpengaruh seperti Anwar Ibrahim, Anuar Zain, Anwar Fazal, Anuar Musa, Zakwan Anwar, Khairil Anuar, Anwar Hadi, Anuar A Rahman, Anuar,... Erkkk... Apa yang saya mengarut ni... hehehe 


Dapatkan Info yang betul tentang maklumat yang anda cari di Laman web Google


Jadi, saya harap korang jangan tersalah info... Dapatkan info yang betul tentang Anuar yang anda cari di laman web Google.. 

Kalau tersalah cari maklumat.. nanti anda nak baca kisah Anuar lain, terbaca kisah anuar yang lain pula... 

Kalau anda baca kisah yang salah, dan tak kongsi cerita dengan sesiapa tak apa juga...

Tapi apa yang berlaku, sekiranya anda baca kisah yang salah, kemudian anda kongsi cerita tersebut dengan rakan-rakan yang lain... 

Nanti tak pasal-pasal orang ingat saya seorang Doktor Berubatan pula... Kan ke haru jadinya... hehehe



Apabila membaca entri terbaru blog Dr Fatin Liyana, saya dapat rasakan Dr Fatin Liyana sangat mengkagumi Dr Anwar Fazal.. Mungkin disebabkan itu ramai pembaca blog Dr Fatin Liyana menggogle nama tersebut untuk mengetahui keistimewaan yang dimiliki oleh Dr Anwar Fazal. ..

Disebabkan semakin ramai yang berminat mencari info tentang Dr Anwar Fazal, blog picisan ini juga turut terkena tempiasnya.. 

Keyword Dr Anwar Fazal berjaya mendominasi keyword-keyword lain di blog Coretan Anuar.. Ini semua berlaku di sebabkan penangan Pakcik Google... Terima kasih Pakcik Google.. ;)


Dr Anwar Fazal menjadi keyword paling Hot dihantar oleh Pakcik Google ke Blog Coretan Anuar 

Tetapi sayangnya... Tentu ramai yang kecewa datang ke blog saya disebabkan nak tahu tentang Dr Anwar Fazal.. Sebab ini bukan Blog Dr Anwar Fazal.. Ini Blog Anuar Marsib..

Anda sampai ke blog saya disebabkan keyword Dr Anwar Fazal yang terdapat dalam Entri yang penah saya tulis sebelum ini berjudul Dr Anwar fazal dan Dr Fatin Liyana,..

Pada 3 hari lepas, entri tersebut masih berada dalam senarai Top 10 entri blog Coretan Anuar, walaupun entri tersebut telah diterbitkan hampir sebulan.. 



Jadi untuk tidak menghampakan pembaca blog ini, saya nak bercerita sedikit tentang latar belakang  Dr Anwar Fazal... Berdasarkan maklumat yang berjaya saya perolehi...


Siapa Dr Anwar Fazal?



Pengenalan diri Dr Anwar Fazal
Sumber : Klik Di Sini

Dr Anwar Fazal merupakan seorang Doktor Perubatan yang pernah berkhidmat di tiga buah hospital kerajaan.. Sekarang ni beliau sedang berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan... Sebelum ini beliau berkhidmat di Hospital Selayang.. Siapa yang pernah bekerja atau mendapatkan rawatan di Hospital-hospital tersebut mungkin mengenali beliau..

Selain daripada menjadi Doktor Perubatan beliau juga merupakan seorang penulis Novel.. Nak tahu novel apa yang beliau tulis, bolehlah baca dekat entri Dr Anwar fazal dan Dr Fatin Liyana

Dalam masa yang sama beliau juga merupakan seorang Usahawan.. Beliau mempunyai sebuah restoran yang diusahakan secara bersama dengan beberapa orang rakan Doktor Beliau iaitu KL Steamboat Station yang terletak di Kelana Jaya. Restoran ni pernah masuk akhbar Utusan Malaysia disebabkan mempunyai cara mempromosi yang unik.. Nak tahu lebih lanjut tentang KL Steamboat Station, boleh baca laporannya di sini


Ingat Keretapi... Ingat KL Steamboat Station


Untuk makluman anda, Dr Anwar Fazal mempunyai pertalian saudara dengan Pengarah dan Pelakon terkenal Syamsul Yusof (Anak Datuk Yusof Haslam)..  Banyak gambar-gambar Dr Anwar Fazal bersama Syamsul Yusof di Facebook beliau.. Berikut perupakan sebahagian gambar-gambar yang dapat saya kongsikan di blog ini...



Dr Anwar Fazal bergambar bersama Syamsul Yusof dan Datuk Yusof Haslam dalam satu majlis yang mereka hadiri bersama 

Dr Anwar Fazal bergambar bersama Syamsul Yusof 

Nak tengok Dr Anwar Fazal menyanyi di Youtube? Klik Video di bawah..

OST Filem Khurafat - "Ya Robbi" by Burn & Soul (Syamsul Yusof & Dr Anwar Fazal)


Seterusnya beliau juga merupakan seorang penulis blog dan pernah menyampaikan ceramah motivasi dalam beberapa majlis.. Untuk makluman anda, blog beliau dah lama wujud iaitu sejak tahun 2009 lagi.. Jom kita lawat blog Dr Anwar Fazal

Dalam blog beliau banyak mengandungi nasihat-nasihat berguna... Mengingatkan kita kepada pencipta, kehidupan dan kematian.. Tersentuh hati saya apabila membacanya... 

Berdasarkan personaliti Dr Anwar fazal, saya rasa tak hairanlah sekiranya Dr Fatin Liyana sangat mengkagumi beliau.. Bukan sahaja Dr Fatin Liyana, sebenarnya saya pun turut mengkagumi beliau..  Dahlah berpendidikan tinggi,  mempunyai profesion pekerjaan yang first class, mempunyai ciri-ciri lelaki soleh, hensem pula tu, dan beliau serba boleh... Tentu ramai ibu-ibu di luar sana bekenan nak jadikan calon menantu... ;) 

Saya doakan semoga Dr Anwar Fazal berjaya dalam menemui apa yang dicari dalam kehidupan sementara ini... Dan juga berjaya dalam kehidupan di akhirat yang kekal abadi.. 

Buat para pembaca pula, Semoga kejayaan insan-insan hebat seperti Dr Anwar Fazal dapat memberikan inspirasi kepada kita semua... ;)



P/S : Ada tak blogger yang nak "dapat layanan baik" daripada Pakcik Google?.. Kalau ada eloklah korang baca Kitab Warna Pink tulisan Cikgu Titan.. Lepas tu bolehlah korang tersenyum selalu... ;)

13 ulasan:

  1. Terima kasih kerana sudi membaca. .

    BalasPadam
  2. singgah sini :)
    http://www.blogparihh.com/

    BalasPadam
  3. kupasan menarik..anuar. tahniah. akak tak pernah mengetahui siapa dr anwar fazal hinggalah membaca entri ini. terima kasih sudi berkongsi..dan tahniah juga kerana seo setting yang mantap..he he.. p/s: susah nak membaca di blog beliau.. tak boleh fokus sbb migrain... ^^

    BalasPadam
  4. Best aje baca biodata beliau tu..ayat dia tu yang mnarik..huhu..untunglah sape2 yang nama anuar kan..

    BalasPadam
  5. nice to meet you all guys ..please visit me back..

    BalasPadam
  6. banyak rupanya individu berpengaruh bernama anuar ye, tapi saya kenal Anwar Ibrahim je

    BalasPadam
  7. Nasib tak kena tanya soalan perubatan.. hehe..

    BalasPadam
  8. molek sangat
    lepas ni pakat2 terjah blog dr anwar pula

    BalasPadam
  9. popular la nama en.anuar ni.. hehehe..

    BalasPadam
  10. Dr Anwar Fazal dah bertunang dengan Fatin Liyana

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra