Rabu, 26 November 2014

Tahniah! Kepada Pelajar Cemerlang UPSR 2014 SK Parit Baharu

with 0 Comment
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pada hari ini, 26 November 2014, keputusan UPSR telah pun diumumkan. Para calon sudah boleh mengetahui keputusan mereka dengan mendapatkan slip keputusan Peperiksaan di sekolah ataupun menerusi SMS.

Sebagai salah seorang AJK PIBG SK Parit Baharu, saya telah terlibat dalam menganjurkan Majlis Kecemerlangan UPSR 2014 SK Parit Baharu.



Syukur Alhamdulillah.. Satu majlis ringkas telah pun diadakan untuk menghargai pelajar-pelajar cemerlang terutamanya pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2014.

Majlis dimulakan sebaik sahaja Keputusan UPSR sampai di sekolah, iaitu kira-kira pada jam 10.00 pagi. Waktu ni para calon ibu, bapa dan guru-guru menanti keputusan dengan penuh debaran.. Maklumlah keputusan peperiksaan UPSR telah pun berada di depan mata.. Tapi tak dapat nak tengok lagi keputusan sehingga diumumkan satu persatu.. 

Cikgu Hasnah (Guru Murid tahun 6 dan Guru Disiplin SK Parit Baharu) bertindak sebagai MC

Lebih menggamatkan lagi suasana apabila Cikgu Hasnah bertindak sebagai MC.. Ada sahaja gurauan-gurauan yang dilemparkan kepada hadirin, membuatkan debaran semakin dirasai. Nasib baiklah anak saya belum ada yang menduduki peperiksaan UPSR, kalau tak saya pun mesti rasa berdebar sekali seperti ibu-bapa yang lain.

Majlis dimulakan dengan ucapan YDP PIBG SK Parit Baharu Encik Ahmad Halimi Bin Main

YDP PIBG SK Parit Baharu Encik Ahmad Halimi Bin Main sedang memberi ucapan

Sebagai YDP PIBG dan juga merupakan bapa kepada salah seorang calon UPSR 2014, pasti banyak nasihat berguna yang dapat beliau sampaikan kepada ibu bapa dan para calon UPSR yang hadir.. Cuma kali ni ucapan yang beliau sampaikan agak ringkas, mungkin disebabkan beliau sendiri dah tak sabar nak tahu keputusan UPSR anak beliau..

Seterusnya Majlis disambung dengan ucapan Tuan Guru Besar SK Parit Baharu Encik Baharuddin Bin Ibrahim 


Guru Besar SK Parit Baharu Encik Baharuddin Bin Ibrahim sedang memberi ucapan

Saya rasa debaran yang sedang dirasai oleh Guru pun tak kurang hebatnya.. Sebab ini merupakan keputusan UPSR yang terakhir di sepanjang perkhidmatan beliau, sebelum beliau berpencen pada tahun hadapan. Jadi, kalau boleh, sudah tentu beliau mengharapkan keputusan UPSR kali ini lebih baik berbanding keputusan-keputusan UPSR sebelum ini...

Agenda seterusnya... Merupakan agenda yang ditunggu-tunggu.... Jeng... Jeng... jeng...

Guru Besar dan YDP PIBG nampaknya tersenyuk kegembiraan... ;)



Sebahagian ibu bapa yang hadir...



Dalam masa yang sama juadah dah terhidang di belakang dewan... Tapi masa ni confirm semua hadirin tak lalu pun nak makan... Semua tengah fokus nak tahu keputusan... kalau ada yang teringat dekat makanan, mungkin sayalah orangnya... hehehe


Dan keputusannya ialah...

Seramai 7 orang Pelajar SK Parit Baharu berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2014. Ini bermakna 7 orang Pelajar Cemerlang UPSR 2014 SK Parit Baharu akan mendapat wang tunai berjumlah RM250 seorang (RM200 sumbangan PIBG + RM50 sumbangan alumni SK Parit baharu)


Nabil Najmi Bin Ahmad, mendapat keputusan 5A dalam UPSR

Najmee Aiman B Abd Rashid, mendapat keputusan 5A dalam UPSR

Nur Alia Sofiah Bt Mohd Safuan, mendapat keputusan 5A dalam UPSR


Aisya Solehah Bt Mohd Yasin, mendapat keputusan 5A dalam UPSR

Nur Dina Madihah Bt Ahmad Halimi, mendapat keputusan 5A dalam UPSR

Nurun Najwa Bt M Shahrurazikin, mendapat keputusan 5A dalam UPSR

Thursina Bt Mohd Rozhan, mendapat keputusan 5A dalam UPSR

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar cemerlang dan juga semua guru-guru yang bertanggungjawab mengajar pelajar-pelajar tersebut sehingga berjaya.. Semoga Kecemerlangan ini dapat dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun akan datang.. ;)

Kepada calon-calon UPSR lain yang tidak berjaya mendapat 5A, jangan berkecil hati.. Mungkin kali ini bukan rezeki anda, walaupun anda telah mencuba sehabis baik dalam peperiksaan UPSR tempoh hari.. Apabila dah masuk ke sekolah menengah nanti, pertingkatkan usaha.. Semoga boleh menjadi insan yang cemerlang di dunia dan diakhirat.. In Shaa Allah..






0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra