Selasa, 18 November 2014

Statistik Pengguna Aktif Media Sosial Setiap Bulan : Berita baik untuk Usahawan Internet tempatan

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya tertarik dengan satu statistik yang dipaparkan oleh akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 9 November 2014 berkaitan dengan Pengguna Aktif Media Sosial Setiap Bulan

Dalam statistik tersebut menunjukkan Facebook merupakan Media Sosial paling berpengaruh, dengan mempunyai 1.07 billion pengguna setiap bulan. Kemudian diikuti oleh You Tube dengan 1 bilion pengguna pada setiap bulan. 

Manakala Google+ di tempat ke tiga dengan 540 juta pengguna sebulan, dan seterusnya diikuti oleh Laman web Twitter berada di tangga keempat dengan 271 pengguna sebulan.

Sumber : Mingguan Malaysia 9 November 2014 (Ahad)


Apabila kita melihat kepada statistik-statistik di atas, jelas menunjukkan hampir separuh daripada 2.8 juta pengguna internet di seluruh dunia mempunyai akaun facebook, dan mereka gemar bersosial di laman web tersebut. 

Kemudian sebahagian besar daripada pengguna internet di seluruh dunia menjadikan laman web You Tube sebagai tempat untuk mencari maklumat dan hiburan dalam bentuk Video.


Saya rasa ini merupakan satu berita baik kepada usahawan-usahawan internet, terutamanya bagi mereka yang aktif menggunakan Fanpage dan Video di Youtube sebagai platform pemasaran mereka. 

Masakan tidak.. Dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul melalui kedua-dua media sosial ini, boleh memberikan sumber pendapatan sampingan kepada mereka..

"Lebih baik buat duit di facebook daripada buang masa bersembang atau berselfie yang tidak mendatangkan sebarang hasil."




Inilah maklumat yang cuba disampaikan oleh seorang usahawan Internet bernama Naz, yang telah menjadikan Facebook seakan-akan sebuah mesin ATM beliau..

Dan ini pula merupakan sebahagian rezeki yang berjaya beliau perolehi melalui teknik pemasaran Facebook yang telah beliau praktikkan..

Sumber : Klik Di Sini



Statistik Pengguna Internet Di Asia

Untuk pengetahuan anda, Benua Asia mempunyai bilangan pengguna internet tertinggi di dunia iaitu seramai 1.2 Bilion pengguna. Pengguna internet tertinggi di Asia dimonopoli oleh negara -negara besar dunia. Diungguli oleh negara Cina dengan 620.9 juta pengguna, kemudian diikuti oleh negara India dengan 195.2 juta pengguna dan diikuti oleh negara Jepun di tempat ke 3 dengan 109.6 juta pengguna.

Dari segi peratus pengguna internet berbanding populasi penduduk bagi setiap negara pula diungguli oleh negara-negara maju seperti Jepun dengan 86.2% pengguna daripada 127.1 juta penduduk, kemudian diikuti pula oleh negara Korea Selatan dengan  84.8% pengguna daripada 49 juta penduduk, dan diikuti pula oleh negara Taiwan di tempat ke 3 dengan 80% pengguna daripada 23 juta penduduk. Tidak hairanlah sekiranya negara-negara maju mempunyai peratus pengguna internet yang tinggi, disebabkan mereka mampu menyediakan kemudahan internet yang mencukupi kepada seluruh penduduk.



Statistik penggunaan internet di Malaysia

Statistik pengguna internet di Malaysia menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Seramai 20.1 juta pengguna internet atau 67% daripada 30 juta rakyat Malaysia ada menggunakan internet. Pada pendapat saya ia merupakan satu perkembangan yang cukup positif untuk menjadikan rakyat Malaysia celik IT. 

Kita lihat keadaan sekarang jauh berbeza dengan keadaan 5 tahun yang lalu. Sebagai contoh, bagi masyarakat yang tinggal di kampung seperti saya. Sekarang ni orang kampung saya dah tak perlu bersusah payah nak pergi ke bandar baru dapat menikmati kemudahan internet. Dekat kampung pun dah ada Cyber Cafe.. Bukan setakat satu, tapi dah ada 3 Cyber Cafe. 

Jadi, sekarang ni pilihan terletak ditangan mereka. kemudahan dah ada.. Kini cuma tinggal nak atau tak nak sahaja mereka menggunakan kemudahan yang ada. 


Statistik pengguna Facebook di Malaysia

Sebenanrnya peratus pengguna internet di Malaysia yang memiliki akaun facebook sangat tinggi. Daripada 20.1 juta pengguna internet di Malaysia, 13.5 juta daripadanya mempunyai akaun facebook. 

Sekarang ni pengguna facebook di Malaysia bukan sahaja terdiri daripada golongan-golongan muda, golongan senior pun dah mula aktif bersosial di facebook.  

Berita baiknya, Facebook ada menyimpan data untuk semua pengguna-pengguna mereka. Berapa ramai pengguna berumur 20 tahun? 30 tahun? 40 tahun? 50 tahun? 60 tahun? dan sebagainya

Data tentang berapa ramai pengguna mereka yang tinggal di Sabak Bernam? Ipoh? Johor Bahru? Seremban? dan sebagainya..

Data tentang berapa ramai pengguna mereka yang suka berniaga? memasak? Menjahit? dan sebagainya

Data tentang berapa ramai pengguna mereka yang tamat pengajian di perkingkat SPM? Diploma? Ijazah Sarjana Muda? Sarjana? PHD? dan sebagainya

Apa sahaja data yang anda perlukan semuanya boleh anda perolehi di facebook.. Disebabkan itu, kalau anda perasan facebook selalu suruh kita update tempat tinggal kita, tempat di mana kita belajar?, apa yang kita buat pada 20 tahun yang lepas  dan sebagainya.. Semua itu dilakukan bertujuan untuk mengumpul seberapa banyak data berkaitan dengan pengguna mereka.. 


Sebagai contoh saya ambil statistik data yang saya perlukan seperti berikut:


Statistik Data 1 :  Statsitik rakyat Malaysia berumur 20-62 tahun yang meminati Dato Siti Nurhaliza, Zizan Raja lawak, Awal Ashaari dan Aznil Nawawi


Statistik Data 2 :  Statsitik rakyat Malaysia berumur 20-62 tahun yang merupakan peminat Manchaster United F.C

Apakah peluang perniagaan yang dapat anda lakukan terhadap statistik-statistik di atas?

Untuk Statistik data 1, anda boleh menjual CD, VCD, atau kaset artis-artis tersebut.. Ataupun anda boleh menjual bages, Tshirt, topi yang ada memaparkan gambar-gambar artis kesayangan mereka.

Untuk statistik data 2, anda boleh menjual Jersey Manchaster United F.C, kasut, baju dan sebagainya..

Jadi, nampak potensi perniagaan untuk usahawan melalui teknik pemasaran facebook..



Kita boleh mendapatkan statistik data untuk prospek perniagaan kita.. Lakukan promosi hanya pada prospek yang kita inginkan sahaja, supaya potensi untuk menghasilkan jualan adalah tinggi..

Jadi, bagi pendapat saya memang tak mustahil sekiranya  Naz boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan melalui teknik pemasaran Facebook.. Siap boleh jadikan facebook macam mesin ATM pula tu... Huhuhu jelesnya...


2 ulasan:

  1. Huhu..betul sangat..baik cari duit daripada sembang kosong...huhu

    BalasPadam
  2. kena gunakan sepenuhnya kuasa pemasaran online ini.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra