Isnin, 17 November 2014

Kejohanan Catur Tertutup PSIS 2014

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah.. Pada tahun ini berkesempatan juga untuk menganjurkan satu Kejohanan Catur untuk Kelab catur Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)..

Sebenarnya dah lama dah saya tak anjurkan pentandingan Catur.. Kali terakhir saya anjurkan pertandingan ini ialah pada tahun 2012.. Dah lebih dua tahun rupanya saya tak anjurkan pertandingan catur dekat tempat saya bekerja.. Ini disebabkan, agak malas nak buat pertandingan...  hehehe... 

Maklumlah nak buat satu kejohanan catur, macam-macam perkara kita kena buat... Nak kena buat kertas kerja, nak kena jumpa TPSA atau pengarah, nak kena fikirkan tentang pembelian peralatan, hadiah, dan sebagainya.. lepas tu nak kena fikirkan pula cara promosi untuk mencari peserta...  


Bila dapat anjurkan satu kejohanan pada kali ni, syukur sangat-sangat... Terima kasih guys kerana sudi bantu saya buat anjurkan kejohanan.. Terutamanya kepada pengerusi kelab catur sesi Jun 2014 iaitu Teoh Chun Siang.. 

Kejohanan Catur Tertutup PSIS 2014


Kejohanan Catur Rapid Tertutup PSIS 2014 telah berjaya diadakan pada 13 September 2014 di Kafeteria PSIS. Kejohanan ini telah disertai oleh 33 orang peserta yang terdiri 14 orang peserta lelaki dan 19 orang peserta wanita. Kesemua peserta merupakan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang melibatkan 4 Jabatan akademik iaitu JKA, JKE, JP dan JTMK.  



Sebelum Kejohanan Catur Tertutup PSIS 2014 bermula


Kejohanan bermula agak lewat, secara tidak langsung turut menyebabkan masa untuk menghabiskan kesemua 6 pusingan pertandingan juga terpaksa dilewatkan.

Kesemua peserta telah memberikan komitmen yang baik di sepanjang kejohanan ini berlangsung. Mereka mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan

Ringkasan keseluruhan perjalanan kejohanan ada dinyatakan dalam jadual 1 di bawah:

TARIKH/
TEMPAT
MASA
BUTIRAN AKTIVITI

13 Sep
2014 /
Kafeteria PSIS

9.00-10.00 pagi
Pendaftaran
10.00-10.10 pagi
Ucapan penasihat kelab
10.10-10.50 pagi
Pusingan Pertama

11.00 – 11.30 pagi
Berehat
11.30 – 12.10 tgh
Pusingan Kedua
12.10 -12.50 tgh
Pusingan Ketiga
12.50 tgh – 1.30 ptg
Pusingan Keempat
1.30 ptg – 2.10 ptg
Pusingan Kelima
2.10 ptg – 2.50 ptg
Pusingan Keenam
3.00-3.30 petang
Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah

















Jadual 1: Jadual Perlaksanaan Kejohanan Catur Tertutup PSIS 2014 


Begitu tekun peserta wanita ini memikirkan strategi permainan catur..



Pengerusi kelab catur sedang beradu minda dengan Champion.. 


Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kesemua peserta telah memberikan komitmen terbaik di sepanjang kejohanan ini diadakan. Mereka mempamerkan semangat yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.


Melalui penganjurkan kejohanan ini, secara tidang langsung telah membantu saya untuk mengenalpasti bakat-bakat baru dalam permainan catur.. Para pemenang kejohanan ini akan saya ketengahkan bakat mereka untuk mewakili Politeknik dalam kejohanan-kejohanan catur yang akan diadakan di peringkat Politeknik Malaysia atau di peringkat kementerian.

Para pemenang Kategori Wanita:


Johan : Neverita dari JKA berjaya memenangi sebuah hamper dan pingat emas bernilai RM50

Naib Johan : Radin Mas dari JP berjaya memenangi sebuah hamper dan pingat perak bernilai RM30

Tempat Ke 3 : Thaanaletchumy dari JKA berjaya memenangi sebuah hamper dan pingat gangsa bernilai RM20


Para pemenang Kategori Lelaki:

Johan : Muhammad Arifin dari JKA berjaya memenangi sebuah hamper dan pingat emas bernilai RM50

Naib Johan : Muhammad fariz dari JTMK berjaya memenangi sebuah hamper dan pingat perak bernilai RM30

Tempat Ke 3 : Wan Shukri dari JKA berjaya memenangi sebuah hamper dan pingat gangsa bernilai RM20


Tahniah diucapkan kepada setiap pemenang... Kepada yang tak menang jangan bersedih... Anda boleh mencuba lagi dalam kejohanan catur yang akan datang... 

Semoga kejohanan catur seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang, supaya dapat membudayakan permainan catur di PSIS... Dan dalam masa yang sama dapat mempertingkatkan prestasi pasukan Catur PSIS dalam kejohanan-kejohanan luar yang disertai. In Shaa Allah.. 

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra