Ahad, 23 November 2014

Affiliate Secara Offline Pertama Di Malaysia

with 14 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekarang ni ramai rakan-rakan blogger sibuk bercerita tentang affiliate. Saya tumpang seronok membaca cerita-cerita tersebut.. di sebabkan saya tahu betapa seronoknya apabila mendapat komisyen melalui program affiliate yang disertai.. 

Setiap kali menyemak email, ada sahaja berita perkabaran rezeki yag dimaklumkan oleh tuan empunya perniagaan.. Kadang tu dapat rezeki melalui affiliate ni banyak, kadang tu sedikit.. Walaubagaimanapun, kita kena bersyukur dengan rezeki yang ada.. supaya rezeki kita semakin bertambah.. 

Baiklah.. Sedang rakan-rakan sibuk bercerita tentang Affiliate secara Online, saya juga teringin untuk mencelah dengan membawa cerita Affiliate secara Offline yang Pertama di Malaysia




Affiliate Secara Offline Pertama Di Malaysia

Affiliate Secara Offline Pertama Di Malaysia


Affiliate secara Online, dekat mana-mana pun kita boleh jumpa disebabkan terlalu banyak bilangannya, sampai dah tak larat nak mendaftar. 

Pendek kata, apabila melayari internet, terdapat ratusan malahan ribuan peluang untuk menjadi ejen affiliate..

Tetapi Affiliate secara Offline sangat istimewa.. Sebab ianya cuma ada satu sahaja di Malaysia, dan setakat ini masih belum ada persaingannya.. Iaitu Program Mykad Smart Shopper.



MyKad Smart Shopper Program : Satu-satunya Affiliate Secara Offline Di Malaysia



Win-win Situation kepada ketiga-tiga pihak yang menyertai Program Mykad Smart Shopper


Program Mykad Smart Shopper diwujudkan bagi memberi kemudahan Win-win Situation kepada ketiga-tiga pihak yang menyertai program ini, iaitu:
  1. Pelanggan (Rakyat Malaysia) : Dapat berbelanja pada harga Diskaun dan dapat mengumpul mata ganjaran (Seperti yang termaktub dalam perjanjian di antara peniaga dan Syarikat AJ)
  2. Dealer/Agent Affiliate : Mendapat Insentif 1% untuk setiap hasil transaksi jual/beli yang berlaku diantara pelanggan dan pemilik premis perniagaan (Sekiranya anda berjaya mendaftarkan 10 premis perniagaan dan pada setiap hari ada 100 transaksi jual/beli yang berlaku di kesemua Premis perniagaan yang telah anda daftarkan... Kiralah anggaran pendapatan yang bakal anda perolehi)
  3. Pemilik Premis Perniagaan : Mendapat pertambahan pelanggan dan kos pengiklanan PERCUMA, tetapi perlu membayar sedikit kos pengiklanan melalui keuntungan yang berjaya diperolehi




Keratan Akhbar 1 : Aplikasi Mykad untuk pihak ketiga

Keratan Akhbar 2 : MyKad dijamin selamat, Boleh Digunakan Untuk membeli-belah

Keratan Akhbar 3 : Guna MyKad untuk berbelanja

Keratan Akhbar 4 : Membeli-belah dengan MyKad


Keratan Akhbar 5 : Privilege, discount Shopping offered Via MyKad 


Kelebihan Menyertai Program MyKad Smart Shopper:
  • Pendaftaran MyKad untuk menjadikan Kad Diskaun adalah PERCUMA
  • Tiada sebarang Annual Fee dikenakan (Bermakna PERCUMA seumur hidup)
  • Tidak perlu membawa kad tambahan yang pastinya akan menyesakkan dompet anda. Semua orang membawa mykad ke mana-mana untuk kebanyakkan urusan.
  • Dapat mata ganjaran dan tidak ada tempoh luput.
  • Walaupun anda tidak dikenakan sebarang yuran untuk menyertai program ini dan tiada yuran tahunan dikenakan, tetapi anda berpeluang untuk menebus hadiah daripada pihak syarikat berdasarkan poin yang telah anda kumpul ketika berbelanja. Menarik bukan? 
  • Aplikasi Mykad Smart shopper melalui IPAD, Iphone dan Smartphone disokong dengan sistem GPS, dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat di dalam program ini.  
klik pada link di bawah Untuk mengaktifkan Mykad anda secara PERCUMA:


Untuk maklumat anda, program ini merupakan aplikasi Mykad yang ke 50. 



Mykad Smart Shopper Programme merupakan aplikasi MyKad yang ke 50
Boleh semak 50 Aplikasi Mykad yang disediakan oleh MDEC -->> Klik Di Sini

Ia dibangunkan khas untuk menampung keperluan lebih 30 juta rakyat Malaysia.. Sesiapa sahaja yang memiliki Mykad secara Sah siaitu rakyat Malaysia, boleh menyertai Program ini secara PERCUMA. Dah lah Percuma, boleh dapat hadiah lagi melalui point yang terkumpul. Menarik bukan ;)


Saya akui program Mykad Smart Shopper ini agak lambat berkembang di Malaysia. Antara salah satu penyebab yang dapat saya kenal pasti melalui komen rakan-rakan ialah Mykad yang kita ada sekarang ni mudah rosak.

Dan berita baiknya, MDEC selaku pengeluar Mykad telah pun memperbaharui Mykad sedia ada, dengan Mykad yang baru. Syukur Alhamdulillah, Mykad terbaru yang dikeluarkan oleh MDEC kali ini lebih tebal dan lebih lasak. Jadi, rakyat Malaysia dah tak perlu risau lagi tentang kemampuan Mykad kita sekarang ini.

Disebabkan program ini sentiasa berkembang dari masa ke semasa, Syarikat yang menyediakan program ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

MyKad Smart Shopper : Projek mega untuk rakyat Malaysia

Ikuti Perkembangan Affiliate Junction di Group terbaru kami menerusi pautan berikut:
-->> https://www.facebook.com/groups/842765075745604/

AKtifkan Mykad Secara Online


Berita Terbaru!

Kini anda boleh mengaktifkan MyKad (Kad Pengenalan) anda secara Online untuk menjadikannya sebagai Kad Diskaun dan poin, tanpa perlu berjumpa dengan mana-mana ejen berdaftar.

Fungsi Terbaru MyKad anda

Sekarang ni anda tidak perlu lagi berjumpa dengan ejen untuk mengisi borang secara OFFLINE, seperti yang telah dilakukan oleh hampir 400,000 pemegang MyKad sebelum ini. 


Pengaktifan MyKad adalah percuma. Tak perlu bayar apa-apa pun. Kini anda hanya perlu klik pada di bawah Untuk mengaktifkan Mykad:


Selepas dah Aktifkan Mykad, apa yang perlu anda lakukan?

Anda boleh mula berbelanja di kedai-kedai yang menyertai program ini untuk mendapatakan diskaun. Dalam masa yang sama anda boleh mengumpul point yang boleh ditebus menjadi hadiah, mengikut jumlah point yang ditetapkan oleh pihak syarikat.

Untuk membantu pemahaman anda, Jom kita tonton Video ini..




Macamana mana nak tahu senarai kedai yang telah menyertai Program MyKad Smart Shopper? 

Sila Install Aplikasi MyKad Smart Shopper dalam Smartphone anda.. Dan lihat ratusan premis perniagaan yang telah menyertai program ini terdapat di seluruh Malaysia..

Jangan lupa Muat Turun Aplikasi MyKad Smart Shopper sekarang juga!





Selepas ini nikmatilah kelebihan Program MyKad Smart Shopper. Berbelanja pada harga Diskaun di premis-premis perniagaan di seluruh Malaysia. Dalam masa yang sama boleh kumpul Poin yang boleh ditebus sebagai Hadiah..

MyKad yang telah diaktifkan dapat digunakan sebagai Kad Diskaun ketika berbelanja di premis-premis perniagaan.


Jadi, apa tunggu lagi.. Jom aktifkan MyKad anda sekarang juga.. Kemudian tunjukkan MyKad anda ketika berbelanja di premis-premis yang memaparkan logo MyKad Smart Shopper di hadapan kedai mereka..

Urusan jual beli menggunakan MyKad untuk mendapatkan harga Diskaun ketika berbelanja..


Cara nak semak mata Ganjaran Mykad Smart Shopper


Selepas anda dah selesai berbelanja dengan menggunakan Program Mykad Smart Shopper, jangan lupa untuk menyemak mata terkumpul yang telah anda prolehi. Setiap RM1 yang anda keluarkan membolehkan anda mendapatkan 1 mata terkumpul. Jadi, lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak mata terkumpul yang berjaya anda perolehi.  

Ok.. Sekarang, jom semak mata terkumpul anda dengan mengikuti langkah-langkah yang saya berikan di bawah:


1) Anda perlu klik di link berikut http://mss.aj.my

Di paparan di bawah, anda perlu pilih status keahlian anda, samada anda ejen Affiliate, Member, Merchant, Others atau Outlet.



Sebagai pengguna Mykad, anda hanya boleh Akses pada ruangan member sahaja. Kalau anda nak Akses ruangan Merchant, sila daftarkan premis perniagaan anda.. (bagi yang memiliki premis peniagaanlah) :)

Isikan maklumat yang diperlukan dalam ruangan login sebagai member seperti dalam gambar di bawah:


Untuk Member yang baru pertama kali login nombor ID dan Pasword adalah sama, iaitu nombor Mykad anda (tanpa -)


2) Anda akan diminta supaya menukarkan Password anda.. Sebaiknya tukarlah password anda kepada yang baru sebagai langkah keselamatan



3) Ok.. Sekarang ni anda dah boleh nampak jumlah mata ganjaran terkumpul yang ada dalam sistem anda



Mata ganjaran terkumpul yang saya ada baru 260.. Iaitu bersamaan dengan RM260 yang pernah saya belanjakan di premis perniagaan yang menggunakan program ini..


Cara nak menebus hadiah secara Online dalam Program Mykad Smart Shopper


Klik pada bahagian Redemption (Terdapat pada button ke 4 di sebelah atas paparan yang ditunjukkan dalam gambar di bawah). 


Kemudian, anda akan dapat melihat senarai hadiah berserta Point terkumpul yang anda perlukan untuk menebus hadiah-hadiah yang disediakan. 

Nak tebus mudah sahaja. Anda hanya perlu klik add to Chart.. Tetapi sebelum menebus, sila pastikan terlebih dahulu, jumlah mata terkumpul anda mencukupi.. Kalu tak cukup, anda tekan button Add To Chart sebanyak 100 kali pun anda tak akan berjaya..

Berminat untuk mendapatkan lebih banyak Info tentang Program Affiliate secara Offline Pertama Di Malaysia?

Anda boleh sertai Group terbaru kami di Facebook menerusi pautan berikut:

Terdapat banyak info terbaru dalam bentuk PDF yang boleh anda muat turun secara PERCUMA , bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan lebih banyak info tentang Program Mykad Smart Shopper.. Selamat Membaca... ;)

14 ulasan:

  1. Huhu..terbaiklah..semoga akan sentiasa membantu mereka yang memerlukan..

    BalasPadam
  2. bagus info nih. tidak salah untuk kita mencuba. ^_^

    BalasPadam
  3. sebelum sebelum ni ramai approach aku untuk join benda ni, tp aku plak xda masa nak pi dengar penerangan, hehhe

    BalasPadam
  4. penerangan lengkap dan panjang lebar
    memang boleh faham

    BalasPadam
  5. ada kawan pernah perkenalkan ni..tapi tak berapa nak faham sbb dia pon baru buat ni..kena dpt penerangan lebih lagi ni..macam ada potensi ni

    BalasPadam
  6. fuhh..panjang lebar penerangannya ini..

    BalasPadam
  7. belum pernah guna mykad utk belanja lagi... makin mudah nak aktivatekan yer...

    BalasPadam
  8. Pernah dengar pasal ni tapi tak tahu sangat. Lepas masuk blog ni baru tahu sepenuhnya.

    BalasPadam
  9. Selalu main affiliate online je, ada juga ye offline. Menarik juga, thanks!

    BalasPadam
  10. Mcmna mau semak mykad fa aktif ke belum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara nak semak samada Mykad dah aktifke belum?

      1. Klik Di Sini -> http://mssp-sys.aj.my

      2. Rujuk step by step yang saya terangkan dalam rajah di atas.

      3) Selesai.

      Padam
  11. Mcmna mau semak mykad fa aktif ke belum.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra