Isnin, 29 September 2014

Proton IRIZ + 3 CPUV dari Nuffnang

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau nak diikutkan tahap kesibukan saya sekarang ni, memang tak ada masa nak update blog.

Maklumlah semenjak dua menjak ni sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti, terutamanya pada hujung minggu.. Ada sahaja aktiviti/program yang telah bersusun dalam jadual saya...

Contohnya.. Semalam saya berada di Muadzam Shah Pahang, mengiringi pelajar di tempat saya bekerja bermain catur  di Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Pagi tadi, dalam jam 1.00 pagi, saya baru sampai di Daerah Sabak Bernam.

3 hari terpaksa meninggalkan anak-anak dan isteri atas urusan kerja, dan dalam masa yang sama untuk memenuhi cabang minat saya yang lain.. ;)

Cabang minat yang telah sebati di jiwa ini semenjak di peringkat sekolah rendah lagi, sehinggalah sekarang...

Syukur Alhamdulillah.. Di atas sedikit kejayaan yang berjaya kami perolehi semasa menyertai Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2014 (National Rated) di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.


Proton IRIZ + 3 CPUV dari Nuffnang
In Shaa Allah, saya akan kongsikan cerita di sebalik gambar ini dalam entri yang lain.

Ok.. Berbalik semula kepada tajuk entri ini iaitu Proton IRIZ + 3 CPUV dari Nuffnang. 

Seperti yang saya nyatakan di atas tadi sebenarnya saya memang tak ada masa nak update blog.

Tetapi disebabkan ada 4 CPUV dalam akaun nuffnang saya yang memerlukan sedikit perhatian daripada tuan yang empunya blog, maka saya gagahkan juga untuk menulis entri ini.

Salah satu CPUV yang cukup menarik minat saya ialah kereta keluaran terbaru Proton yang baru dilancarkan pada 25 September yang lalu, iaitu Proton IRIZ.


Proton IRIZ + 3 CPUV dari Nuffnang

Sebenarnya sebelum ini ada juga terlintas di hati saya untuk menulis entri tentang Proton Iriz.. Iaitu setelah pulang daripada menyelia pelajar Latihan Industri di Proton Edar Sdn. Bhd, Setapak Service Centre pada 18 September yang lalu.. 

Banyak info tetang Proton Iriz yang saya terima daripada tuan pengurus di syarikat tersebut, yang saya kira cukup baik sekiranya dapat saya kongsikannya di blog ini.. Tetapi disebabkan kekangan masa, hasrat tersebut terpaksa dilupakan begitu sahaja. Nak buat macamana dah bukan rezeki saya, untuk mendapat trafik tambahan daripada Proton Iriz. 

Tetapi nak dijadikan cerita, ada rezeki dari sudut lain pula menanti saya.. iaitu CPUV dari Nuffnang.

Selain Proton Iriz, terdapat 3 lagi CPUV lain yang masih aktif dalam akaun nuffnang saya pada ketika ini iaitu:

1 #HP PC Demand Gen Digital di Blog Discount Hari2
2 #RWG - Ice Age Adventure di Blog Coretan Anuar
3 #SENHENG Online Store di Blog Coretan Anuar
4 #Proton PCC di Blog Coretan Anuar 

Proton IRIZ + 3 CPUV dari Nuffnang
Proton IRIZ + 3 CPUV dari Nuffnang

Terima kasih banyak-banyak Nuffnang.. Di atas rezeki ini..

Semoga selepas ini, boleh bagi lebih banyak CPUV lagi ke akaun nuffnang saya... ;)

1 ulasan:

  1. Lebih kurang aje cpuv kita..hihi. Tahniah.. Moga murah rezeki selalu ye.. :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra