Sabtu, 6 September 2014

Jualan satu produk melebihi RM335K dalam tempoh 4 Hari sahaja.. Memang Power

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini saya ada menyertai satu cabaran Affiliate yang berlangsung selama 4 hari lebih, iaitu bermula pada 31 Ogos dan berakhir pada 4 September 2014. 

Sepanjang pengalaman saya menyertai beberapa cabaran Affiliate, saya rasa inilah cabaran affiliate yang paling hebat sekali.. Sebab ramai otai-otai turun padang, untuk sama-sama memerihkan cabaran Affiliate kali ini..

Hasilnya lebih 4K unit jualan berjaya dihasilkan, dengan hasil jualan melebihi RM335K dalam tempoh 4 hari sahaja.. Dalam carta di bawah menunjukkan senarai ejen affiliate yang berjaya berada dalam senarai Top 20..  



Sumber : Klik Di Sini

Dahsyat betul mereka ni.. Tak sia-sia mereka mempelajari teknik pemasaran internet daripada Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).. Keluar modal sekitar RM300, untuk menghasilkan pendapatan sehingga 5 angka dalam tempoh 4 hari sahaja.. Fuh!! Dahsyat betul..




Paling best sekali.. Saya dapat mempelajari sesuatu sepanjang menyertai cabaran Affiliate pada kali ini.. Terdapat beberapa orang otai yang sudi berkongsi rahsia kejayaan mereka untuk menghasilkan jualan 5 angka dalam tempoh 4 hari.. Antaranya:

1# Kuda Tua : Berada di tempat kedua dalam cabaran affiliate kali ini, dengan nilai jualan sebanyak RM32,360 dalam tempoh 4 hari

Strategi Affiliate Kuda Tua

Dalam cafaran Affiliate pada kali ini Kuda Tua telah menggunakan kesemua strategi pemasaran yang beliau ketahui.. 
  • Daripada Banner blog beliau berjaya menghasilkan jualan sebanyak 11 unit daripada 893 clicks.. 
  • Daripada teknik pemasaran email (Menggunakan Getresponse lama) berjaya menghasilkan 47 jualan daripada 1508 clicks
  • Daripada teknik pemasaran email (Menggunakan Getresponse baru) berjaya menghasilkan 291 jualan daripada 1822 clicks
  • Daripada Fanpage Penguasa Kastam, berjaya menghasilkan 19 jualan daripada 1319 clicks
  • Daripada Blog, beliau berjaya menghasilkan 47 jualan daripada 1634 clicks
  • dan PM customer (melalui Facebook), beliau berjaya menghasilkan 2 jualan daripada 66 clicks


Fuh!! Berpeluh dahi dibuatnya apabila melihat pelbagai strategi pemasaran yang telah digunakan oleh Kuda Tua.. Hari ni barulah saya tahu, nak dapatkan sales banyak macam tu tak boleh bergantung kepada satu strategi pemasaran semata-mata.. Kena pelbagaikan strategi pemasaran..  Terima kasih Kuda Tua di atas perkongsian rahsia kejayaan pada kali ini.. 

2# Jamal SifuFbAds : Berada di tempat kelima dalam cabaran affiliate kali ini, dengan nilai jualan sebanyak RM18,760 dalam tempoh 4 hari

Tuan Jamal SifuFbAds, merupakan otai lama pemasaran affiliate.. Suatu masa dahulu nama beliau sering disebut-sebut setelah berjaya mengungguli setiap cabaran affiliate yang beliau sertai.. Tetapi sejak beliau bergelar Sifu FB Ads, beliau dah kurang aktif menyertai cabaran Affiliate.. Dan kali ini apabila beliau turun padang, ramai dah menjangka prestasi beliau.. Dan hari ini kita dapat sama-sama melihat hasilnya... 


Strategi Affiliate Tuan Jamal Sifu FBAds



Dalam eksperimen yang beliau jalankan sepanjang menyertai cabaran affiliate ni. Didapati dari segi conversion;
  1. TOP 1 - email marketing (Kumpul List guna FB Ads) : Guna List Aweber berjaya menghasilkan 102 juakan daripada 931 clicks. 
  2. 2nd - SEO : Guna List Norabots berjaya menghasilkan 87 jualan daripada 804 clicks
  3. 3rd - FB Ads - desktop feed : Berjaya menhasilkan 26 jualan daripada 1083 clicks


3# Mohd Shamsuriyadi : Berada di tempat ketujuh dalam cabaran affiliate kali ini, dengan nilai jualan sebanyak RM13,660 dalam tempoh 4 hari

Tuan Mohd Shamsuriadi merupakan seorang yang pakar dalam seni pemasaran Google Adwords.. Dalam cabaran pada kali ini, beliau telah membuktikan kehebatan teknik yang telah beliau ptaktikkan.. 

Berikut adalah result daripada Google Adwords. Beliau telah mengeluarkan kos pengiklanan sebanyak RM288.84 sepanjang kempen... Dan Jualan yang terhasil adalah 197 unit dengan jumlah RM13660.00. 




Teknik yang telah beliau gunakan ada dikongsikan dalam Ebook Seni Adwords (Klik Di Sini)



Saya rasa cukup setakat itu sahaja perkongsian ilmu pemasaran yang telah dilaksanakan oleh 3 orang otai.. Terima kasih di atas perkongsian ilmu tersebut. Masih jauh lagi langkah saya untuk sampai ke tahap itu.. Dalam cabaran Affiliate pada kali ini saya hanya berjaya menghasilkan tak sampai 10 jualan, dengan nilai jualan di bawah RM500. 

Hasil Affiliate saya guna FBAds

Dalam cabaran Affiliate pada kali ini buat kali pertama saya menggunakan strategi pemasaran berbayar, iaitu dengan menggunakan FB Ads.. Iklan pertama yang saya lakukan tidak mendatangkan hasil yang lumayan.. Iklan yang kedua nampaknya memberikan hasil yang lebih bagus daripada iklan yang pertama.. 

Walaubagaimanapun, Syukur Alhamdulillah.. Saya dah mula nampak strategi pemasaran yang betul semasa menggunakan FB Ads.. dan akan cuba juga mempelbagaikan strategi pemasaran dalam cabaran affiliate yang akan datang..  

Semoga satu hari nanti saya juga mampu menghasilkan pendapatan 5 angka dalam tempoh 4 hari, seperti yang telah dilakukan oleh otai-otai affiliate.. ;)

Info Berkaitan:


  

5 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra