Isnin, 22 September 2014

Inovasi Orang Kampung : Kreativiti anak tempatan

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

"Inovasi Tanpa Sempadan"..

Itu yang dapat saya katakan apabila melihat satu lagi hasil kreativiti anak tempatan.. 

Walaupun beliau hanya tinggal di kampung, tetapi tidak menjadi halangan kepada beliau untuk menyiapkan satu Inovasi untuk kegunaan sendiri.. 

Ini menunjukkan, di mana sahaja Inovasi boleh dilakukan.. Dengan syarat ada minat dan kesungguhan.. 

"Traktor/Lori" pengangkut buah kelapa Sawit ini, mampu mengangkat beban seberat 1Kg dalam satu masa 



"Traktor/Lori" ini menggunakan enjin kereta lama.. Manakala badannya pula diperbuat daripada binaan kayu dan Papan..



"Traktor/Lori" ini nampak simple.. Namun begitu ia telah banyak membantu memudahkan kerja-kerja tuan pemilik kenderaan ini..  


Bahagian Enjin "Traktor/Lori"

Walaupun rangka dan badan "Traktor/Lori" ini diperbuat daripada kayu dan papan, tetapi ia kelihatan kukuh



Inilah dia satu lagi Inovasi anak tempatan..  Dengan terhasilnya "Traktor/Lori" ini, secara tidak langsung telah dapat menjimatkan tenaga, masa dan kos pemiliknya..  

Tahniah saya ucapkan kepada pemilik "Traktor/Lori" ini.. Beliau mempunyai kemahiran tinggi dan kreativiti yang boleh diketengahkan sekiranya di beri peluang.. 


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra