Isnin, 14 Julai 2014

Jerman Menafikan Misi Argentina memburu kejuaraan Piala Dunia Kali ke 3

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pertama kali saya ucapkan Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya pasukan pilihan saya iaitu Argentina berpeluang melangkah ke Final World Cup 2014..

Sebagai penyokong tegar pasukan Argentina, sudah tentu saya berharap pasukan pilihan saya berjaya menjulang Piala Dunia buat kali yang ke 3... Dalam masa yang sama memberi peluang kepada Leonel Messi (pemain terbaik Dunia) untuk menjulang Piala Dunia buat kali pertama dalam kareer beliau.. 


Tetapi harapan tersebut telah dinafikan oleh pasukan Jerman, dengan jaringkan Gol 1-0 pada perlawanan akhir World Cup 2014.. 

Gol Tunggal permain dijaringkan oleh Mario Gotze pada minit ke 113 (separuh masa tambahan ke 2), setelah bijak menampan bola hantaran rakan sepasukan... dan seterusnya merembat masuk menumpaskan Sergio Romero, selaku penjaga gawang pasukan Argentina.. 


Jerman menjulang Piala Dunia 2014;  Kejuaraan Piala Dunia buat kali ke 4


Stadium dimana berlangsungnya Lintas Langsung Penyampaian Hadiah dan Anugerah World Cup Brazil 2014 yang penuh bergemerlapan

Bagi saya Jerman merupakan sebuah pasukan yang seimbang di bahagian serangan, tengah dan pertahanan. Sedangkan kekuatan Argentina bergantung kepada gerakan-gerakan lincah yang dihasilkan oleh Skill Individu Leonel Messi.. 

Tetapi apabila Leonel Messi di awasi dengan begitu 'ketat' oleh barisan pertahanan pasukan Jerman, telah menyukarkan pasukan Argentina untuk menghasilkan jaringan...

Dalam perlawanan kali ini, sama juga seperti dalam World Cup 2010.. di mana Leonel Messi di awasi dengan begitu rapi oleh pemain-pemain pertahanan pasukan Jerman..

Pergerakan Leonel Messi sentiasa diawasi barisan pertahanan pasukan Jerman dalam perlawanan Suku Akhir World Cup 2010

Pergerakan Leonel Messi disekat barisan pertahanan pasukan Jerman dalam perlawanan Suku Akhir World Cup 2010

Cuma pada kali ini, Leonel Messi kelihatan kerap berada di tengah padang.. Saya kira ia merupakan strategi terbaik jurulatih pasukan Argentina untuk menjarakkan pemain-pemain pertahanan Jerman... Dengan harapan supaya jentera serangan lain pasukan Argentina mempunyai ruang untuk menghasilkan gerakan..

Strategi ini nampak menjadi, dan peluang untuk mencipta jaringan diberikan kepada pemain-pemain lain dari pasukan Argentina.. 

Tetapi malangnya, setiap kali Leonel Messi bijak mengatur umpanan untuk memberi ruang kepada rakan sepasukan membolosi pertahanan lawan.. Peluang tersebut gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh barisan serangan Argentina... 


Inilah antara faktor kegagalan pasukan Argentina untuk menghasilkan jaringan... Dan sekali lagi Misi Argentina untuk memburu kejuaraan ke 3 Piala Dunia di sekat oleh pasukan Jerman.. Sama seperti yang berlaku pada tahun 2010, Dimana pada ketika itu Argentina dikalahkan oleh pasukan Jerman 4-0 di peringkat suku akhir... 

Video Highlights pertemuan di antara pasukan Jerman dan Argentina dalam Suku Akhir World Cup 2010

Walaubagaimanapun, pujian harus di berikan kepada barisan pertahanan Argentina yang diketuai oleh Zabaleta dan juga penjaga Gawang Sergio Romero yang telah berusaha dengan gigih untuk mengekang asakan demi asakan barisan serangan Jerman.. 

Seperti biasa barisan serangan Jerman bermain dengan sangat bagus.. Tetapi ternyata mereka tidak dapat memperkecilkan barisan pertahanan Argentina, seperti yang telah mereka lakukan sewaktu menumpaskan Brazil 7-1 dalam perlawanan peringkat separuh akhir.. 


Sebelum melangkah ke Final, kita dapat melihat betapa garangnya pasukan Jerman membenam pasukan Tuan Rumah Brazil 7-1 di peringkat separuh akhir.. Bagi saya, ini merupakan rekod kekalahan paling teruk dalam sejarah pasukan Brazil di Piala Dunia... 

Brazil selaku juara Dunia 5 kali, dan sebuah pasukan yang sangat dikagumi seakan-akan hilang taring apabila berhadapan dengan pasukan Jerman dalam perlawanan tersebut.. Lebih menyedihkan apabila rekod buruk tersebut dicipta di tanah air sendiri, dihadapan jutaan penyokong pasukan mereka...



Saya kira Untuk saingan World Cup dalam edisi-edisi yang seterusnya... Terdapat beberapa pasukan terbaik dunia membawa misi utama untuk menumpaskan pasukan Jerman.. Terutamanya pasukan Brazil (Diaibkan 7-1 di laman sendri), Portugal (Tewas 4-0 pada saingan Pertama di World Cup 2014), Argentina (2 kali berturut-turut dinafikan oleh pasukan Jerman dalam misi menjulang Piala Dunia buat kali ke 3)  dan juga pasukan-pasukan lain yang pernah ditumpaskan oleh pasukan Jerman...

Menang ke atas pasukan Jerman, bererti berpeluang membawa pulang Piala Dunia seperti yang berlaku dalam Piala Dunia 2010... Di Mana pasukan Sepanyol berjaya mengalahkan pasukan Jerman 1-0 di peringkat separuh akhir Piala Dunia...  Dan kesudahannya menyaksikan Sepanyol menjulang Piala Dunia dalam edisi tersebut, setelah berjaya menumpaskan pasukan Jerman di peringkat Akhir...




Kekecewaan jelas terbayang pada wajah pemain-pemain Argentina setelah gagal menjulang Piala Dunia 2014

Mario Gotze menjadi Wira pasukan Jerman setelah berjaya menjaringkan Gol Tunggal perlawanan pada minit ke 113

Walaupun Argentina gagal membawa pulang Piala Dunia untuk edisi kali ini.. Tetapi kekecewaan penyokong Argentina sedikit terubat, setelah Leonel Messi berjaya dinobatakan sebagai Pemain Terbaik World Cup 2014 untuk mengenepikan Arjen Robben (Belanda) dan Thomas Muller (Jerman)..


Messi dan Manuel Neuer bersama anugerah yang berjaya dimenangi dalam World Cup 2014..


Berikut merupakan senarai penerima Anugerah World Cup 2014:
  • Messi memenangi anugerah Pemain Terbaik World Cup 2014 (Adidas Golden Ball)
  • Penjaga Gol Jernam, Manuel Neuer menerima anugerah penjaga Gol Terbaik World Cup 2014 (Adidas Golden Glove)
  • James Rodriguez (Colombia) mandapat anugerah pemenang kasit emas World Cup 2014 dengan 6 jaringan. Mueller ditempat kedua, dengan 5 jaringan. (Adidas Golden Boot)
  • Paul Pogba dari pasukan Perancis memenangi anugerah pemain termuda kejohanan. (Hyundai Young Player Award)
  • Fair Play Award dimenangi pasukan Colombia
  • Final Man Of The Match dimenangi oleh Mario Gotze (Jerman) kerana berjaya menjaringkan Gol Tunggal perlawanan akhir World Cup 2014.. 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.. Majulah sukan Bola Sepak untuk menyatu padukan masyarakat di seluruh Dunia.. 


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra