Khamis, 24 Julai 2014

Elakkan Jadi mangsa tipu Jurujual Kereta

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Rambut sama hitam, hati lain-lain...

Itu yang dapat saya ungkapkan apabila membaca maklumat yang terdapat dalam kandungan laman Web Panduan Beli kereta Pertama (Klik Di Sini)

Siapa sangka ada dalam kalangan rakan-rakan kita yang kena tipu dengan jurujual kereta, sewaktu kali pertama ingin membeli kereta..

Kes Kena tipu ketika beli kereta Proton Saga baru di showroom
Sumber : Klik Di Sini

Siapa sangka, ada jurujual kereta yang sanggup mengambil kesempatan menipu pelanggan mereka disebabkan ingin mendapatkan CASH EXTRA!!


Sumber : Klik Di Sini

Hmmm.. Pada zaman sekarang ni macam-macam perkara boleh berlaku...


Disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat, ada penjual kereta yang terdesak untuk mencari duit lebih, dengan cara menipu pelanggan mereka...



Adakah anda atau sahabat anda pernah menjadi mangsa tipu kepada jurujual kereta?



Ataupun anda tidak sedar, sebenarnya anda telah kena tipu....

Berikut merupakan satu contoh artikel berkaitan kes penipuan Jurujual Kereta yang berlaku di Shah Alam..



Kesian dekat nasib pekerja Kilang dalam artikel di atas... 

Setelah memberikan wang sebanyak RM6,500 kepada Jurujual kereta, dengan harapan dapat kereta yang dibeli selepas tahun Baru Cina... 

Tetapi kesudahannya beliau hanya mendapat plat nombor kereta sahaja... Ini merupakan contoh mangsa penipuan yang sangat kritikal... Betapa teruknya jurujual kereta ini mengambil kesempatan ke atas mangsanya... 

Walaupun kes seumpama ini tidaklah banyak bilangannya, tetapi sebagai pembeli kita perlu sentiasa berhati-hati... Terutamanya kepada golongan yang baru pertama kali membeli kereta..

Kita perlu tahu trik-trik yang biasa digunakan oleh jurujual kereta untuk memperdayakan mangsanya... Sekiranya kita tahu trik-trik tersebut, sekurang-kurangnya kita boleh bersedia untuk berhadapan dengannya...   

Walaubagaimanapun, tidaklah semua Jurujual kereta ni berniat jahat... 

Mungkin hanya terdapat segelintir sahaja jurujual kereta yang cuba mengambil kesempatan ke atas bakal pelanggan mereka... Tetapi bak kata orang tua-tua... kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

Sekiranya anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang trik-trik yang biasa digunakan oleh Jurujual kereta yang berniat jahat.... Saya syorkan anda klik pada link di bawah:





P/S: Semoga informasi ini dapat memberi manfaat kepada anda supaya tidak menghadapi kerugian  yang besar semasa membeli kereta...

2 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra