Rabu, 11 Jun 2014

World Cup Brazil 2014 Sweepstakes Excel Charts

with 2 comments
Sepak Mula World Cup Brazil 2014 akan diadakan pada 12 Jun 2014 (esok) menyaksikan pertemuan di antara pasukan Tuan rumah Brazil menentang pasukan Croatia. Kepada yang begitu bersemangat untuk mengikuti perkembangan World Cup Brazil 2014, saya syorkan anda dapatkan World Cup Brazil 2014 Sweepstakes Excel Charts secara PERCUMA!

Paparan Utama World Cup Brazil 2014 Sweepstakes Excel Charts


Dengan menggunakan World Cup Brazil 2014 Sweepstakes Excel Charts ini, membolehkan anda untuk mengetahui jadual perlawanan, maklumat lokasi pertandingan, merekod keputusan setiap perlawanan dan menganalisis keputusan perlawanan daripada peringkat kumpulan sehingga ke peringkat final. 

Jadual Perlawanan World Cup Brazil 2014

Jadual dan Maklumat Lokasi Pertandingan World Cup Brazil 2014

Paling menarik sekali, World Cup Brazil 2014 Sweepstakes Excel Charts dapat membantu anda untuk membuat analisis setiap keputusan perlawanan. Tugas anda hanya perlu masukkan keputusan perlawanan seperti dalam gambar di bawah.  Kemudian World Cup Brazil 2014 Sweepstakes Excel Charts akan meentukan pasukan mana yang layak untuk mendapat 3 mata, 1 mata dan 0 mata. 

Analisa keputusan Perlawanan dengan menggunakan World Cup Brazil 2014 Sweepstakes Excel Charts

Selepas itu, pasukan mana yang layak untuk pergi ke pusingan Kedua, Quarter Finals, Semi Finals dan Finals dapat ditentukan secara Automatik oleh World Cup Brazil 2014 Sweepstakes Excel Charts .. Tugas kita hanya perlu key in keputusan setiap perlawanan sahaja.. Mudah bukan?

Kepada yang berminat untuk mendapatkan World Cup Brazil 2014 Sweepstakes Excel Charts secara PERCUMA, saya syorkan anda melayari pautan berikut:


Semoga dengan adanya World Cup Brazil 2014 Sweepstakes Excel Charts, akan dapat menghangatkan lagi suasana World Cup Brazil 2014 nanti.. ;)

2 ulasan:

  1. Jom tengok pasukan Brazil menentang Croatia. .

    BalasPadam
  2. menarik ni, mesti nak kena cuba download nanti.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra