Khamis, 8 Mei 2014

Tips Lulus Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27

with 0 Comment

Pada minggu lepas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia telah pun mengeluarkan surat panggilan menduduki Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib Gred S27



Para calon yang telah menerima surat tersebut akan menduduki Peperiksaan Bertulis Penolong Pegawai Arkib S27 yang diadakan pada 12 MEI 2014. 

Sekiranya anda, rakan-rakan anda atau kenalan anda merupakan salah seorang daripadanya, saya ucapkan Tahniah!

Ini merupakan peluang baik kepada anda untuk bekerja di sektor kerajaan. Begitu ramai yang memohon jawatan ini, tetapi anda merupakan salah seorang yang terpilih. Oleh itu, anda sepatutnya tidak mensia-siakan peluang keemasan ini, dengan membuat persediaan rapi sebelum menduduki peperiksaan tersebut.




Dekat mana nak dapatkan panduan Untuk Menduduki Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27?

Setakat hari ini terdapat beberapa orang yang bertanya kepada saya menerusi Facebook dan komen di blog tentang dekat mana nak dapatkan Tips atau panduan untuk menduduki Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27?

Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang bertanya. Ini menunjukkan kesungguhan mereka untuk untuk lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 yang bakal mereka duduki tidak lama lagi.

Seperti yang kita semua sedia maklum, bukannya senang nak dapatkan Tips atau Rujukan peperiksaan SPA ini. Ianya tidak ada dijual di mana-mana kedai buku. Setakat ini Tips atau Rujukan peperiksaan SPA hanya dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya yang telah membantu lebih daripada 60,000 calon sejak dari tahun 2009 lagi.

Disebabkan itu tidak ramai calon yang berjaya dalam tapisan SPA sebelum ini. Dalam tempoh 3 tahun sebelum ini, jumlah pemohon yang berjaya melepasi tapisan SPA adalah seperti berikut:
  • Tahun 2010 seramai 35,061 (2.11%) orang calon sahaja yang berjaya daripada 1,661,687 permohonan
  • Tahun 2011 seramai 36,810 (3.28%) orang calon yang berjaya daripada 1,123,692 permohonan
  • Tahun 2012 seramai 47,335 (4.36%) orang calon  yang berjaya daripada 1,085,877 permohonan
  • Statistik untuk tahun 2013 masih belum dikeluarkan lagi oleh pihak SPA..

Antara punca kegagalan calon SPA adalah disebabkan:
  • Mereka tidak membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan; dan
  • Tidak tahu dari mana nak dapatkan rujukan yang tepat untuk menduduki peperiksaan

Jadi, sekiranya anda benar-benar serius untuk lulus dalam Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27, saya syorkan anda dapatkan  Rujukan Penolong Pegawai Arkib S27 yang disediakan oleh Tims Info Kerjaya di link berikut:



Jenis Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 

Daripada beberapa sumber rujukan yang saya perolehi, terdapat 2 bahagian soalan yang dibangunkan bertujuan untuk menguji tahap pemikiran calon iaitu:
  • Bahagian A (Pengetahuan AM) - Soalan Objektif
  • Bahagian B (Daya Menyelesaikan Masalah) - Soalan Objektif

Bahagian A 
Lebih menjurus kepada pemikiran secara global dan pemahaman berbentuk soalan berkaitan fakta termasuk yang berkaitan di seluruh dunia. Contoh Soalan Bahagian A Klik Di Sini



Seksyen A:
Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

1.       Rekod merujuk kepada

I.    Bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat.
II.      Termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku dan peta.
III.    Pelan, lukisan, gambar foto, mikro filem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.
IV.    Rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau apa-apa salinannya.

A.      I dan II
B.      I, II dan III
C.      II, III dan IV
D.      I, II, III dan IV


            2.       Jawab soalan ke 2 dan 3 berdasarkan kepada maklumat di bawah


Rekod yang diterima secara rasmi atau yang dikeluarkan oleh mana-mana pejabat awam bagi perjalanan hal ehwalnya atau oleh mana-mana perkhidmatan awam atau pekerja pejabat awam dalam perjalanan tugas rasminya dan termasuk rekod mana-mana perusahaan Kerajaan dan juga termasuk segala rekod yang, pada permulaan kuatkuasa akta ini, adalah dalam jagaan atau di bawah kawalan arkib Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Arkib.



A.      Rekod suruhanjaya
B.      Rekod awam
C.      Rekod kerajaan
D.      Rekod masyarakat


3.       Rekod yang diterima secara rasmi akan disimpan di mana?

A.      Arkib Negara Malaysia
B.      Arkib Negara Negeri
C.      Arkib Negara Daerah
D.      Arkib Negara Bandar


4.       Rekod tidak aktif merujuk kepada

A.      Rekod yang tiada kepentingan dalam pentadbiran kerajaan.
B.      Rekod digital berkaitan sejarah dan peristiwa penting negara yang tidak lagi menjadi rujukan utama.
C.      Rekod yang tiada tindakan lanjut dikehendaki diambil ke atas rekod itu atau rekod yang tidak lagi dikehendaki untuk pentadbiran harian di jabatan/agensi kerajaan.
D.   Rekod semasa yang pernah digunakan dalam sidang akhbar-akhbar utama negara dan kini sudah tidak digunakan lagi sebagai rujukan utama pentadbiran kerajaan.


5.   Penetapan yang menjelaskan rekod telah tamat atau tiada tindakan lanjut dikehendaki diambil tentang rekod tersebut.

Hal ini merujuk kepada

A.      Tamat perkhidmatan
B.      Tamat siasatan
C.      Tamat rekod
D.      Tamat tindakan


6.       Di antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan Tutup Fail?

I.        Fail yang mengandungi 100 kandungan atau ketebalannya 4cm
II.      Ianya hendaklah ditutup dan fail baru dibuka.
III.  Fail juga ditutup setelah selesai segala tindakan dan tiada rujukan yang perlu diambil oleh jabatan/agensi kerajaan.
IV.    Fail ditutup kerana tiada kepentingan dalam membuat rujukan berkaitan.

A.      I dan II
B.      I, II dan III
C.      II, III dan IV
D.      I, II, III dan IV


7.     Cara menguruskan pengasingan rekod dengan tujuan pemusnahan, pemindahan atau selainnya merujuk kepada

A.      Pemusnahan
B.      Pemindahan
C.      Pengasingan
D.      Pelupusan


8.       Jadual Pelupusan Rekod digunakan untuk

A.      Merangka dan merancang fail-fail yang bakal dilupuskan dari arkib.
B.  Membenarkan pemusnahan rekod yang tinggal selepas luput tempoh pengekalan yang ditentukan.
C.   Melupuskan rekod yang tidak diperlukan untuk memastikan maklumat yang penting sahaja disimpan.
D.    Menyusun fail-fail yang bakal dilupuskan mengikut keutamaan dan melebihi tempoh masa yang dijadualkan.


9.  Perbuatan memusnahkan atau menghapuskan apa-apa jenis rekod mengikut prosedur yang ditetapkan merujuk kepada

A.      Pemusnahan
B.      Pemindahan
C.      Pengasingan
D.      Pelupusan


          10.   Jawab soalan ke 10 berdasarkan kepada maklumat di bawah

Perbuatan memindahkan rekod awam kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara
                                                                                                                                                                          
          Istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan pernyataan di atas ialah

A.      Pemusnahan
B.      Pemindahan
C.      Pengasingan
D.      Pelupusan


11.  Pejabat X merujuk kepada sesuatu pejabat Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri atau sesuatu pejabat mana-mana kerajaan tempatan, pejabat berkuasa berkanun atau perusahaan Kerajaan.

Apakah jawapan yang sesuai bagi mewakili pejabat X?

A.      Pejabat Rasmi
B.      Pejabat Kerajaan
C.      Pejabat Arkib
D.      Pejabat Awam


12.   Di antara yang berikut, manakah yang BENAR mengenai Bahan Arkib?

I.        Arkib adalah rekod yang tidak aktif yang mempunyai nilai sejarah dan kebangsaan, dipelihara dan disimpan kekal di Arkib Negara.
II.      Bahan Arkib adalah amat penting sebagai bahan bukti dan sumber rujukan yang boleh digunakan oleh kerajaan, penyelidik dan generasi akan datang.
III.    Bahan Arkib turut digunakan sebagai rujukan oleh semua jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan dan swasta.
IV.    Bahan Arkib boleh dijadikan rujukan peperiksaan dalam sukatan pendidikan negara.

A.      I dan II
B.      I, II dan III
C.      II, III dan IV
D.      I, II, III dan IV


13. Arkib Negara Malaysia menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan pengurusan rekod kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan seperti berikut KECUALI
A.      Memberi khidmat nasihat kepakaran Pengurusan Rekod.
B.      Menyediakan perkhidmatan penilaian rekod.
C.      Memberi kelulusan pemusnahan rekod.
D.      Memberi khidmat nasihat berkaitan urusan percetakan Rekod Arkib.


14.   Bilik Y adalah ruamg simpanan sementara bagi rekod-rekod separa aktif supaya penggunaan, penyelenggaraan, dan pengawalan.

Bilik Y merujuk kepada

A.      Bilik Kebal
B.      Bilik Rekod
C.      Bilik Rahsia
D.      Bilik Arkib


15. Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan yang mengamalkan Pengurusan Rekod yang baik akan mendapat faedah-faedah berikut KECUALI

I.        Dapat melaksanakan tugas dengan teratur, efisyen dan berkesan.
II.      Dapat menawarkan perkhidmatan secara konsisten dan cekap.
III.    Berupaya membuat dasar dan keputusan yang tepat dan berkualiti.
IV.    Menjimatkan kos (ruang, peralatan dan masa)

A.      I dan II
B.      I, II dan III
C.      II, III dan IV
D.      I, II, III dan IV


16.   Sesebuah Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan perlu melaksanakan pelupusan rekod apabila:

A.      Tindakan ke atas rekod awam telah ditamatkan bagi tempoh lebih daripada 5 tahun.
B.      Habis tempoh yang dipersetujui antara Ketua Pengarah Arkib Negara dengan Ketua Pentadbir pejabat awam.
C.      Kedaaan fizikal rekod tersebut tidak mengizinkan pemeliharaan yang berterusan.
D.      Semua jawapan di atas adalah benar.


17.   Pilih pernyataan yang SALAH mengenai Pengurusan Rekod

A.  Pengurusan rekod adalah pengawalan rekod secara sistematik mulai daripada rekod itu diwujudkan sehinggalah ia dilupuskan.
B.      Ia meliputi pengurusan rekod ke atas keseluruhan kitaran hayat sesuatu rekod tersebut.
C.      Kitaran hayat rekod bermula sejak ia diwujudkan dan berakhir apabila ia dilupuskan samada dimusnahkan atau dipindah ke Arkib Negara untuk simpanan kekal.
D.      Rekod-rekod yang disimpan hanya terdapat dalam bentuk bercetak sahaja.


Bahagian B 
Bahagian ini menguji tahap pemikiran yang biasanya melibatkan perkiraan yang agak mengelirukan. Soalannya tampak mudah tetapi sebenarnya jauh daripada perkiraan biasa.

Soalan ini biasanya terdiri daripada jenis soalan yang memerlukan pemikiran logikal calon untuk menguji sejauh mana calon boleh berfikir secara kritis dan kreatif dengan menggunakan helah. 

Calon disarankan agar tidak terlalu mengharapkan soalan mudah kerana soalan peperiksaan biasanya tidak menjurus terus kepada jawapan yang mudah.


Seksyen B:
Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja


        1.       Lengkapkan premis dalam hujah berikut:

  Premis I  : Semua pelajar Tingkatan 3 Gigih rajin.
  Premis II : …………….
  Kesimpulan: Ali seorang pelajar rajin.

  Premis II ialah ______ .

  A             Semua pelajar yang rajin adalah pelajar Tingkatan 3 Gigih.
  B             Ali seorang pelajar Tingkatan 3 Gigih.
  C             Ali bukan pelajar Tingkatan 3 Gigih.
  D             Kebanyakan pelajar Tingkatan 3 Gigih rajin.

                                                                               
Soalan 2 hingga 12 adalah berdasarkan jadual di bawah
Skor (markah) kuiz
20
21
22
23
24
Kekerapan
3
0
2
4
1

Jadual di atas menunjukkan skor (markah) kuiz bagi sekumpulan pelajar.

        2.   Mod bagi skor pelajar itu, ialah
                A             20                                   B             22
                C             21                                   D             23

3      3.   Median bagi skor pelajar itu, ialah

                A             21                                   B             22
                C             20                                   D             23


Nak lebih banyak Contoh soalan Lagi?

Muat Turun secara PERCUMA Review Copy Paker Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 di Group Tips Lulus Exam SPA



Tentu ada yang tertanya-tanya.. Kenapa Ramai Calon tidak cukup masa untuk menjawab Soalan Objektif Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27

Soalan Objektif

Tips Untuk Lulus Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 
  • Buat persediaan AWAL
  • Buat persediaan RAPI
  • Buat persediaan TERSUSUN
  • Buat Persediaan dengan lebih SISTEMATIK

Jika anda perlukan rujukan untuk persediaan anda, link ini mungkin dapat membantu anda;


Tinggalkan nama dan email anda di laman web tersebut. Kemudian pemilik laman web tersebut akan menghubungi anda, sekiranya terdapat Tips atau rujukan terbaru berkaitan dengan Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27




Dan pastinya kesemua calon yang mendapatkan panduan ini mempunyai kelebihan berbanding calon-calon yang lain..

Walaubagaimanapun, suka untuk saya mengingatkan kepada semua calon... Bahawa contoh-contoh soalan yang terdapat pada panduan ini bukanlah 100% sama dengan soalan peperiksaan sebenar yang bakal ditanya pada 12 Mei nanti....

Sekiranya soalan 100% sama itu dah menjadi soalan bocor....

Tetapi saya percaya, anda dapat menggunakan rujukan ini sebagai persediaan untuk menduduki Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 pada 12 Mei nanti


Nasihat saya, Buat persediaan awal dan tinggalkan mereka yang masih leka menunggu sehingga tarikh peperiksaan tanpa sebarang persediaan!

Salam kejayaan untuk anda!

Info Berkaitan :

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra