Isnin, 5 Mei 2014

Rezeki Melalui Blog Sempena Cuti Hari Pekerja

with 12 comments

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Pada 1 Mei (Hari Khamis) baru-baru ini, merupakan cuti umum buat seluruh rakyat Malaysia sempena menyambut hari pekerja atau juga dikenali sebagai hari Buruh.. 

Saya percaya, tentu ramai yang telah memanfaatkan peluang tersebut untuk meluangkan masa bersama keluarga, rakan-rakan, atau bersama insan yang tersayang samada untuk "bercuti-cuti Malaysia" ataupun menghadiri majlis-majlis tertentu.. Maklumlah pada musim cuti macam ni, biasanya ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengadakan  majlis kenduri... Inilah seronoknya menjadi rakyat Malaysia.. ;)

Sempena Cuti Hari Pekerja baru-baru ini, saya bersama keluarga berkesempatan pergi bercuti bersama ayah mertua saya ke Kuala Gula Sanctuary Resort... Ini merupakan antara tempat percutian terbaik buat kami sekeluarga, disebabkan ayah mertua saya sangat suka memancing ikan..  

Jadi, sambil kami bercuti, seperti biasa ayah mertua saya akan memanfaatkan sepenuhnya joran-joran yang dibawa untuk memancing ikan..

Sumber : Klik Di Sini



Manakala kami yang lain pula memanfaatkan masa percutian tersebut untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang terdapat di sekitar kawasan tersebut... Rasa tenang mendengar kicauan burung berterbangan, melihat dan mendengar deruan bot-bot yang menyusuri muara sungai dengan membawa bersama hasil tangkapan, sesekali terasa ombak menggoyangkan kediaman kami dan segala pengalaman yang tidak dapat untuk saya gambarkan sepenuhnya dengan kata-kata.. In Shaa Allah, akan saya ceritakan kisah percutian kami pada kali ini dalam entri yang lain... ;)

Walaupun sedang seronok bercuti, Namun begitu sekali-sekala sempat juga online... maklumlah sekarang ni kan internet berada di hujung jari... Walau berada di mana sahaja, kita masih boleh melayari internet...

Sambil bercuti sempat tersenyum memanjang membaca email-email yang masuk ke dalam inbox... 

Isteri Bertanya : Kenapa Abang ni Asyik tersenyum aje?

Saya : Senyum ada makna.. Sebab berjaya memancing "ikan"

Isteri : Masa bila abang memancing ikan ni? Saya tengok ayah sorang jer yang memancing ikan..

Saya : Abang memancing ikan dekat internet.. Alhamdulillah, ada seedikit rezeki yang berjaya abang perolehi... (Sambil menunjukkan email-email yang telah saya perolehi)

Sumber Rezeki : Klik Di Sini


Sumber Rezeki : Klik Di Sini

Sumber Rezeki : Klik Di Sini

Sumber Rezeki : Klik Di Sini

Syukur Alhamdulillah... Dengan rezeki yang telah saya perolehi pada kali ini... Di saat sedang bercuti bersama keluarga di Taiping, Perak..

Inilah antara keseronokan yang dialami oleh seorang penulis blog.. 

Walaupun rezeki yang berjaya saya perolehi mungkinlah tidak terlalu banyak, tetapi jadilah.. Siapa nak bagi kita duit secara PERCUMA macam tu dalam tempoh hanya beberapa hari sahaja... 

Berminat nak belajar buat duit secara Online?

Kepada yang berminat nak belajar buat duit secara online seperti saya, tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos, saya syorkan anda klik pada link di bawah:

[+] Belajar buat duit secara Online melalui Webinar PERCUMA (Klik Di Sini)

Selepas anda selesai menonton webinar tersebut, cubalah praktikkan ilmu yang telah anda pelajari... In Shaa Allah, satu hari nanti anda akan berjaya menjana pendapatan secara online, tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal..

Sekiranya anda masih lagi tak faham, atau ragu-ragu untuk memulakan langkah pertama menjana pendapatan secara Online.. Saya syorkan anda membaca Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang telah ditulis oleh Cikgu Titan..

Setakat ini, Kitab ini telah pun dibaca oleh lebih 190 orang yang berminat untuk menjana pendapatan secara online, tetapi tidak tahu caranya yang sebenar.. Setelah mereka membaca kitab tersebut, pada hari ini mereka mampu tersenyum sampai ke telinga... 

Malah ada diantara mereka yang cuba untuk menyaingi pendapatan online yang telah diperolehi oleh penulis kitab tersebut.. Hai, nampaknya ni dah ada yang nak cuba lawan dengan tok guru ni...  Bagi pendapat saya, dalam bab ini tiada istilah nak lawan tok guru... Sebab rezeki merupakan kurniaan Allah S.W.T di atas usaha masing-masing... Nak dapat banyak rezeki kena lipatgandakan usaha, kemudian berdoa dan bertawakal... In Shaa Allah rezeki akan sentiasa berpihak kepada kita... 

Jadi, sekiranya anda berminat nak tahu, apa yang terdapat dalam isi kandungan Kita Teknik SEO  Merah Jambu, saya syorkan anda klik pada pautan berikut:

[+] Kitab Teknik SEO Merah Jambu (Klik Di Sini)

P/S : Harap-harap komisyen yang berjaya saya perolehi masuk ke akaun bank saya secara peringkat demi peringkat.. Supaya dapat mengelakkan saya daripada boros ketika berbelanja..  


12 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Tahniah bro. Semakin menjadi2. Barakallah.

    BalasPadam
  2. sapa cakap tak banyak bro..itu memang terbaik buat permulaan bulan mei

    BalasPadam
  3. Tahniah bro, dengan umpan yang tepat, adalah hasilnya.

    BalasPadam
  4. Waahhh... Alhamdulillah... Rezki-rezki :)

    BalasPadam
  5. Tengok blog nie teringat plak templete blog saya dulu. Pun macam nie jgk. Huhu :D

    BalasPadam
  6. Rezeki yang tidak disangka kan? Tahniah!. :)

    BalasPadam
  7. leh la belanja gua makan cendol lepas ni. hoho..

    BalasPadam
  8. wahhh tahniah bro...semoga semakin murah rezeki :)

    BalasPadam
  9. tahniah... moga murah rzeki sentiasa hendaknya.. :)

    BalasPadam
  10. Haha..terbaik lah bro..tahniah...seronok kan???haha

    BalasPadam
  11. Tahun ni 100% fokus untuk buat duit dengan affiliate infokerjaya. Rindu emel "Tahniah Anda Menghasilkan Komisen"

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra