Isnin, 28 April 2014

Rezeki bersama Jusco/AEON sempena 30 Years Anniversary

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hujung minggu baru ini saya berpeluang bercuti bersama keluarga ke Teluk Batik, Perak.. Disebabkan ia merupakan percutian yang tidak dirancang, maka kami terpaksa membeli pakaian untuk bermalam.

Kebetulan pula pada petang hari Jumaat sebelumnya, saya ada mendapat panggilan telefon daripada staf JUSCO/AEON yang meminta saya mengambil Redeemtion Gift Voucher bernilai RM20 daripada mana-mana cawangan JUSCO/AEON terhampir... 

Nak memudahkan kerja, 2 dalam 1.. Kami sekeluarga pergi membeli pakaian untuk bermalam di JUSCO Manjung.. sambil tu boleh ambil sekali Redeemtion Gift Voucher bernilai RM20 yang dijanjikan... 

Hasilnya.. Syukur Alhamdulillah.. Dapat kumpul JUSCO/AEON Gift Voucher keseluruhan berjumlah RM60... Bolehlah gunakan Gift Voucher tersebut untuk kurangkan bayaran pada pembelian akan datang...

Rezeki... Dapat kumpul JUSCO/AEON Gift Voucher keseluruhan berjumlah RM60


Sempena sambutan Anniversary JUSCO/AEON yang ke 30 tahun, para pelanggan boleh mengumpul satu stamp untuk setiap pembelian bernilai RM30 dalam satu resit.. Stamp-stamp tersebut boleh dikumpul untuk membolehkan pelanggan menebus hadiah-hadiah menarik berupa koleksi pisau, pengasah pisau dan gunting yang diperbuat daripada logam yang berkualiti berjenama  Zwilling J.A. Henckels...

Pada ketika kami membeli belah di JUSCO baru-baru ni, dapatlah sedikit rezeki mengumpul beberapa Stamp...

Dalam tak sedar dah banyak dah Stamp yang berjaya kami kumpul... 

Sasaran isteri saya untuk mendapatkan Santoku Knife bernilai RM299 secara PERCUMA telah pun tercapai.. Syukur Alhamdulillah


Hmmmm.. Masih ada baki 9 Stamp lagi yang masih belum digunakan... Dapat kumpul lagi 31 Stamp boleh dapat Vegetabli Knife berharga RM129...

In Shaa Allah... Semoga ada rezeki untuk membolehkan isteri saya mendapatkan 31 Stamp tersebut, sebelum tawaran ini berakhir pada 22 Jun 2014 nanti..

Ada tips menarik yang ingin saya kongsikan.. Cara untuk mengumpul Stamp dan JUSCO/AEON Gift Voucher secara PERCUMA..

Tips Untuk Mengumpul Stamp dan JUSCO/AEON Gift Voucher secara PERCUMA!

1) Pinjamkan JUSCO/AEON Member Card anda kepada emak, ayah, kenalan, kawan, adik-beradik anda.. Terutamanya kepada mereka yang rajin pergi ke JUSCO. 
Walaupun saya mempunyai member Card JUSCO, tetapi saya jarang memegang member Card tersebut disebabkan saya memberikannya kepada orang lain yang lebih berminat untuk menggunakannya.. Setiap kali saya pergi ke JUSCO, saya akan pergi ke kaunter Custumor Service untuk mendapatkan "Member Card sementara" dengan alasan member Card saya tertinggal dekat rumah..  Hasilnya.. Ada ramai orang yang turut sama menggunakan Member Card JUSCO kepunyaan saya.. ;)

2) Tawarkan pertolongan membeli barang di JUSCO/AEON kepada rakan-rakan sepejabat/keluarga/kenalan anda.. 
Menawarkan pertolongan secara iklas untuk membeli barang-barang keperluan mereka sekiranya anda berkunjung ke JUSCO/AEON, tanpa mengenakan sebarang upah atau kos tambahan. Dengan cara ini akan dapat menggalakkan mereka untuk mengirim barang kepada anda sekiranya anda pergi ke JUSCO.. Hasilnya anda akan berpeluang membawa pulang lebih banyak Stamp dan JUSCO/AEON Gift Voucher secara PERCUMA.. kalau tak percaya, cubalah praktikkan tips ini... ;) 

3) Dapatkan peluang memenangi Baucer dari JUSCO bernilai RM1,000. 
Caranya mudah sahaja.. Anda hanya perlu klik pada banner di bawah, kemudian isikan maklumat yang diperlukan. Selepas itu, anda tunggulah email daripada pihak penganjur.. Sekiranya ada rezeki anda, In Shaa Allah anda akan berpeluang memenangi Baucer bernilai RM1,000 daripada AEON/JUSCO..



P/S : Tak sia-sia kita jadi member JUSCO/AEON dengan bayaran keahlian sebanyak RM12.00 Setahun, sekiranya kita pandai memanfaatkan member Card tersebut dengan sebaiknya...  

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra