Selasa, 15 April 2014

Harap-harap lepas ni boleh dapat 4000 sehari atau 100K sebulan

with 7 comments
Syukur Alhamdulillah... 

Perkembangan blog Coretan Anuar semakin baik.. 

Masih ingat seawal penglibatan saya dalam penulisan blog pada Disember 2009.. Masa tu nak dapatkan Pageview 100 sehari pun payah.. Bila tengok blogger-blogger otai lain boleh dapat pageview sampai 1000 sehari rasa kerdil sangat diri ini... Macam mimpi jer nak dapat Pageview sebanyak itu..

Tapi bila pageview blog Coretan Anuar berjaya capai 500 sehari, keyakinan untuk menulis blog semakin tinggi... Harapan untuk pergi jauh dalam bidang penulisan blog nampak semakin cerah... Masa tu mula berusaha untuk mendapatkan pageview sekurang-kurangnya 1000 sehari... 

Bila dah dapat pageview 1000 sehari, nak kekal maintain setiap hari bukannya mudah... Kadang naik, kadang turun macam pasang surut air laut....


Tetapi alhamdulillah... Semenjak dua menjak ni nampaknya momentum blog Coretan Anuar berjaya dikekalkan... Sepanjang bulan Mac purata pageview sehari melebihi 1500 atau sekitar 50K sebulan..

Sumber : Klik Di Sini

Dan syukur alhamdulillah... Statistik Pageview semakin bertambah pada bulan April... 

Dalam beberapa hari ni boleh dapat lebih 3000 sehari... 


Pageview blog Coretan Anuar pada 13 dan 14 April 2014

Harap-harap lepas ni boleh dapat 4000 pageview sehari atau 100K sebulan pula.. In Shaa Allah.. Usaha tangga kejayaan.. ;)

7 ulasan:

  1. hohoho dah kira mainten dah nih

    BalasPadam
  2. wah...dah capai ke tahap yang boleh dibanggakan..teruskan usaha...ikhlas dari www.tepakku.com

    BalasPadam
  3. aku pun start bblog bulan dan tahun yang sama, kebetulan..
    tapi pgview puluh2 je..kalau tak usik blog satu hari, terus kosong..
    puas try tips, ping sana sini, entah..
    ad nasihat x Nua? thnx bro..

    http://haqmilik.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun bukannya dalam kalangan blogger yang hebat untuk memberikan tips cara meningkatkan trafik blog. .

      Tetapi saya boleh berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang 4 tahun menulis blog

      1) kena tahu serba sedikit ilmu seo untuk menjadikan entry blog kita berjaya berada di page pertama google

      2) kena rajin join contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger atau mana2 syarikat

      3) kena rajin bersosial dengan rakan-rakan blogger yang lain samada secara online atau secara offline. .

      Padam
  4. Hebatnya.. Masih jauh lagi perjalanan saya.. Huhu

    BalasPadam
  5. Memang nak kena sabarkan dalam berblog ni .. In sha Allah lama2 berhasil

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra