Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Denaihati dan Abah, Adik nak Kahwin.. Itulah perkataan yang berlegar-legar di fikiran saya setiap kali saya memikirkan entri terbaru blog Coretan Anuar..
Gambar Hiasan : Denaihati dan Abah, Adik nak Kahwin
2 Minggu lepas saya agak sibuk dengan Klinik UPSR Didik Berita Harian, di samping urusan kerja lain di pejabat.. Jadi, masa untuk saya menyiapkan entri ini sangat terbatas...
Nak dijadikana cerita, pada minggu tersebut juga saya ada menerima 3 hadiah... 2 hadiah daripada Tuan Denaihati dan Bro Shakiddo, dan satu hadiah lagi daripada Novelis terkenal Aireen Erina..
Sebagai tanda penghargaan terima kasih di atas pemberian hadiah-hadiah tersebut, saya telah berjanji kepada mereka untuk mempromosikan buku Denaihati dan Novel Abah, Adik Nak Kahwin (Cetakan ke 3) di Blog Coretan Anuar...
Buku Denaihati, Novel Abah, Adik Nak Kahwin, dan Hebatnya senjata Doa
Syukur Alhamdulillah.. Rezeki melalui blog..
Buku Denaihati
Buku Denaihati menceritakan tentang perjalanan hidup seorang blogger (Founder Denaihati.com) yang gemar menulis semenjak di bangu sekolah, sehingga berjaya menjadi seorang penulis blog tersohor di Malaysia. Banyak kisah kejayaan, pengalaman hidup, teguran, pandangan terhadap isu semasa dan tips untuk menjadi seorang blogger berjaya dikongsikan dalam buku ini.
Selain itu turut diselitkan pengalaman penulis bersama keluarga dan rakan-rakan sewaktu menjelajahi beberapa negara seperti Palestin, Indonesia, Singapore, Brunei, Thailand, Kemboja, Hong Kong, Macau, Cina, Arab Saudi, Italy, England, Perancis dan New Zealand..
Seronok membaca pengalaman Founder Denaihati.com sewaktu berada di tempat orang. Ianya secara tidak langsung dapat memberi informasi kepada pembaca untuk mengenali adat dan budaya sesuatu tempat. Manalah tahu satu hari nanti pembaca juga berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tempat-tempat tersebut, setidak-tidaknya kita sudah mendapat gambaran tentang tempat tersebut..
Buku Denaihati
Buku setebal 210 m/s ini dijual pada harga RM39 di Blog Denaihati. Setiap helaian muka surat buku ini dicetak pada kertas yang berkualiti. Sekiranya berminat untuk mendapatkan buku ini, anda boleh klik pada banner di bawah.
Pasti tak rugi anda membaca buku ini, disebabkan ia mengandungi artikel-artikel terbaik yang terdapat di Blog Denaihati... ;)
Novel Abah, Adik Nak kahwin!
Novel Abah, Adik Nak kahwin! menceritakan tentang Farhana, si gadis yang mahu kahwin hanya kerana melihat semua kawan-kawanya telah berkahwin.
Manakala Alif pula, merupakan seorang lelaki yang ditinggalkan tunang disebabkan bekas tunangnya telahjatuh cinta dengan lelaki lain..
Farhana, anak bongsu yang terkenal dengan sikap keras kepalanya terdesak memilih Alif yang baru putus tunang sebagai suami.
Pertemuan yang tidak dirancang mengikat jodoh mereka, apabila Farhana dengan berani melamar alif menjadi suaminya.
Perkahwinan yang diimpikan indah, telah menjadi huru-hara.. Dunia jadi tunggang terbalik.. Mereka tinggal seruma, tetapi tidak sebilik. Empat bulan si suami gigit jari, baru dapat tidur sekatil. Itupun dengan satu janji yang begitu besar untuk ditunaikan oleh si suami...
Walaubagaimanapun, kesabaran dan kematangan Alif sedikit sebanyak telah dapat melembutkan hati Farhana.. Namun, cinta yang mula berputik, digugat bekas tunang Alif yang datang menagih cinta si suami..
Muka hadapan Novel Abah, Adik nak kahwin! (Cetakan ke 3)
Muka belakang Novel Abah, Adik nak kahwin!
Farhana jadi gelisah, perlukah dia beralah kepada Salwani atau merebut kembali cinta suaminya.. Semuanya di dalam Abah, Adik nak kahwin!
Memang suspen apabila membaca Novel ini... patutlah ianya laris dijual di kedai-kedai buku.. Cetakan Pertama dan kedua pada tahun 2013, dan kini telah masuk cetakan Ke 3 pada tahun 2014.. Tahniah diucapkan kepada Aireen Erina, kerana berjaya menulis novel yang hebat ini....
Cuba buat carian dekat Google... hasilnya... Blog Coretan Anuar berada di Page pertama Google untuk keyword Abah, Adik nak Kahwin!
Hasil carian Google bagi keyword Abah, Adik nak Kahwin!
Sehingga ke hari ini entri Abah, Adik nak Kahwin! di blog Coretan Anuar telah mendapat lebih daripada 4K pageview
Buku Hebatnya Senjata Doa
Menghimpunkan 30 doa Amalan harian yang boleh dijadikan Senjata (Perisai/Pelindung) kepada setiap umat Islam yang mengamalkannya.. Semoga kita dapat mengamalkan doa-doa tersebut supaya kita sentiasa di bawah perlindungan Allah S.W.T dan mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat.. In Shaa Allah..
Cover Hadapan Buku Hebatnya Senjata Doa
Cover Belakang Buku Hebatnya Senjata Doa
Selamat Membaca.. Pelaburan ke atas ilmu merupakan pelaburan terbaik sepanjang zaman.. ;)
0 comments:
Catat Ulasan