Sabtu, 26 April 2014

Belajar Daripada Blog Denaihati cara membelai hati Pembaca

with 11 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Membelai hati Pembaca merupakan salah satu strategi terbaik untuk meningkatkan penjenamaan sebuah blog. Seperti yang kita semua sedia maklum, pembaca merupakan nadi utama kekuatan sebuah blog. Tanpa kehadiran mereka ke blog kita, sudah tentu blog kita suram.. tiada serinya. Atau dengan erti kata lain, blog yang tiada pembaca diumpamakan seperti blog yang "syok sendiri", menulis tanpa sebarang maklamat dan tidak memberi faedah kepada orang lain.

Pada hari ini saya nak kongsikan beberapa tips atau cara yang dapat saya pelajari melalui Blog Denaihati iaitu tentang cara untuk membelai hati Pembaca.



1) Bersifat Pemurah dengan Pembaca

Denaihati merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia penulisan Blog Tanahair.. Apabila sebut sahaja nama Denaihati, kebanyakan blogger tidak kira blogger baru atau blogger lama tentu dapat menggambarkan betapa pemurahnya hati pemilik Blog ini yang bernama Amir Hassan.

Kepemurahan hati pemilik blog Denaihati dapat digambarkan melalui tagline blog itu sendiri iaitu "Hidupkan Untuk Memberi". Sehingga ke hari ini, ramai blogger atau pengunjung blog Denaihati telah mendapat sesuatu daripada blog ini samada dari segi info yang bermanfaat ataupun pelbagai hadiah menarik yang pernah diperolehi melalui pelbagai Contest yang dianjurkan menerusi blog ini.

Setiap Contest yang dianjurkan menawarkan pelbagai hadiah menarik, yang pastinya dapat menarik minat hati pengunjung blog ini untuk menyertainya. Antara Contest terbaru yang dianjurkan oleh Blog Denaihati ialah:

Terlalu banyak Contest yang telah dianjurkan oleh Blog Denaihati.. Dan pastinya ramai rakan blogger yang telah "mendapat habuan yang setimpal" dengan penyertaan mereka dalam contest-contest tersebut.

Blog Coretan Anuar sebenarnya jarang menyertai Contest-contest atau aktiviti yang dianjurkan oleh Blog Denaihati disebabkan kekangan masa.. Maklumlah jadual saya agak padat dengan urusan kerja dan urusan keluarga, jadi kalau ada kelapangan masa baru saya berkesempatan untuk menyertai mana-mana Contest atau aktiviti.. Sekiranya tiada masa free, hanya mampu memberi sokongan kepada rakan-rakan lain yang menyertai contest-contest tersebut.

Walaupun jarang menyertai Contest atau aktiviti yang dianjurkan oleh Blog Denaihati, tetapi saya juga pernah menerima beberapa hadiah daripada blog Denaihati.. Antaranya:



Buku Denaihati

Buku Hebatnya Senjata Doa

Dan T-Shirt Denaihati (Maaf tiada gambar)


Bayangkan saya yang jarang support Contest dan aktiviti blog Denaihati pun boleh dapat hadiah.. Bagi mereka yang selalu support Contest dan Aktiviti Denaihati tentu pernah mendapat lebih banyak hadiah menarik daripada blog tersebut.. Lihat, betapa pemurahnya hati pemilik blog ini..

2) Rajin membalas kunjungan Pembaca yang meninggalkan komen 

Saya mula mengenali Blog Denaihati sekitar tahun 2011. Pada masa tu, buat pertama kali saya meninggalkan komen di Blog Denaihati. Kemudian dalam tempoh tak sampai satu hari, Denaihati telah membalas kunjungan saya untuk menulis komen di entri terbaru blog saya. Sebagai blogger yang tiada nama, sudah tentu saya rasa agak terkejut apabila ada blogger femes yang sudi mengunjungi blog kita.

Ya!! Sebenarnya itulah salah satu strategi yang dilakukan oleh blog Denaihati untuk membelai hati pelanggan.. Dengan membalas kunjungan penulis komen, secara tidak langsung akan dapat memotovasikan pengunjung blog Denaihati untuk terus setia menulis komen di blog beliau..

"What You Give, You Get Back"... Itu yang dapat saya katakan.. Hasilnya setiap Artikel blog Denaihati pasti akan mendapatkan limpahan komen daripada pembaca. Berikut saya kongsikan 10 Artikel Blog Denaihati yang memperolehi komen terbanyak sekitar 2012/2013

20 10 Artikel Blog Denaihati yang memperoleh komen terbanyak bagi tahun 2012 / 2013


Kagum melihat ada artikel di blog Denaihati yang boleh cecah sampai lebih 4000 komen. Kebanyakan artikel yang mendapat komen tertinggi biasanya berkaitan dengan Contest atau aktiviti yang dianjurkan oleh blog Denaihati. 

Sekiranya anda perasan, setiap kali pembaca (dalam kalangan blogger) menulis komen di artikel-artikel tersebut, pastinya akan meninggalkan link entri terbaru blog mereka.. Cuba anda klik pada link yang ditinggalkan oleh penulis komen tersebut dan lihat samada Tuan Denaihati ada membalas kunjungan mereka ataupun tidak?

Apa yang dapat saya belajar di sini ialah cara bagaimana blog Denaihati dapat terus membelai hati pembaca supaya sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi untuk mengunjungi dan seterusnya menulis komen di blog beliau.. ;) 


3) Mengadakan Seminar atau Aktiviti untuk memberi peluang kepada blogger berkumpul dan beramah mesra

Sebelum ini kebanyakan penulis blog hanya berpeluang mengenali rakan-rakan blogger menerusi internet. Mereka tidak berpeluang untuk mengenali rakan-rakan blogger secara bersemuka secara Face 2 Face.

Apabila Team Denaihati menganjurkan beberapa Seminar atau aktiviti, sudah pasti ia merupakan satu usaha yang baik untuk memberi peluang kepada blogger mengeratkan silatulrahim.

Sebagai contoh sebelum ini ramai yang tidak tahu, siapa dan bagaimana rupa sebenar penulis Blog Denaihati dan Beautifulnara.. Ada rakan-rakan yang pernah bertanya kepada saya penulis Blog Denaihati dan Beatufulnara ni sebenarnya lelaki ke perempuan?  

Mereka bertanya soalan tersebut mungkin disebabkan Nama kedua-dua blog tersebut seolah-olah menggambarkan pemiliknya ialah seorang perempuan.. Ditambah pula dengan design blog yang cantik dan kemas serta corak penulisan yang tersusun dan mudah untuk di baca.. 

Jadi, melalui penganjuran seminar atau aktiviti sebegini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada pembaca untuk lebih menegenali siapa sebenarnya penulis-penulis bagi setiap blog yang mereka baca.   

4) Lain-Lain

Selain daripada 3 Tips membelai hati Pembaca yang sempat saya kongsikan di atas, terdapat beberapa tips lain lagi yang boleh kita pelajari daripada blog Denaihati. Tetapi disebabkan masa tidak mengizinkan, saya hanya dapat senaraikan sahaja beberapa Tips tersebut tanpa disusuli sebarang huraian. Antara tips tersebut ialah:
  • Beramah mesra dengan pembaca menerusi media sosial seperti Facebook, twitter, Instagram dan sebagainya
  • Memberi keselesaan kepada pembaca untuk membaca entri terbaru blog Denaihati melalui aplikasi Android dan iOS yang boleh di muat turun di Google Play dan Apple Store
  • Membangunkan Plugin Waktu Solat
  • Memberi peluang kepada pembaca untuk menjadi penulis Jemputan di Blog Denaihati
  • JV dan saling tolong menolong dengan rakan-rakan blogger lain untuk memperomosikan jenama blog.. Contohnya melalui seminar Hartanah Abang Ensem dan buku fizikal Abang Ensem yang turut mempromosikan Jenama Denaihati
  • Dan lain-lain

Sebenarnya terdapat banyak lagi cara membelai hati pembaca yang telah dilakukan oleh Blog Denaihati, untuk menjadikan blog ini terus terpahat di hati pembaca. Tetapi di atas kekangan masa, hanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang komen, cadangan atau pendapat lain untuk membelai hati pembaca, jangan segan-segan untuk menulisnya di ruangan komen di bawah.. 

Sekian sahaja daripada saya kali ini.. Jumpa lagi di lain waktu.. ;)  




11 ulasan:

  1. Memang layak dpt macam2 anugerah. Blogger biasa macam sya ni kena banyak beljar lagi.

    BalasPadam
  2. sungguh banyak nye komen dari denaihati dan saya cemburu

    BalasPadam
  3. Denaihati memang murah buat contest dan selalu membalas kunjungan.

    BalasPadam
  4. salam.

    Syabas bro atas usaha yang mengkagumkan. Moga-moga usaha bro diberkati ya!

    BalasPadam
  5. terima kasih atas penyertaan kontes hujung minggu, contest “entri blog Denaihati tahun 2012 – 2013 yang paling banyak dapat komen” ni bro dan semoga sukses.

    BalasPadam
  6. yeap! nama blog Denaihati memang tak perlu diperkenalkan, sebut aje mesti tahu especially di kalangan blogger kita. Banyak ilmu yang boleh dapat di sana. Apapun, goodluck bro :) chayok! peace!

    BalasPadam
  7. Blogger denaihati memang hebat..banyak mencapai kejayaan dan kreatif menganjurkan contest

    BalasPadam
  8. Semakin meningkat naik jenama Denaihati di mata ramai...alhamdulillah...

    BalasPadam
  9. Network denaihati memang kuat x mustahil setiap entri dia byk komen...

    BalasPadam
  10. Emm rasanya dah tak ada apa lagi kot..semuanya dah bro terangkan..paling best bagi saya, tuan blog tu seorang yang peramah..hehe

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra