Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Seperti yang disiarkan dalam berita pada malam ini.. Sekarang ini Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi sesetengah bandar semakin meningkat... Ada diantaranya telah sampai ke peringkat kurang sihat dengan bacaan IPU sekitar 100-200.. Justeru itu semua pihak disarankan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai "Mask" apabila keluar dari rumah...
Berikut diSenaraikan Kawasan Yang mempunyai Indeks Pencemaran Udara (IPU) Tertinggi sehingga jam 8 malam (13 Mac 2014)..
1) Pelabuhan Kelang, Selangor 275
2) Banting, Selangor 215
3) Kuala Selangor 175
4) Putrajaya 175
5) Nilai, Negeri Sembilan 175
6) Batu Muda, Kuala Lumpur 172
7) Petaling Jaya, Selangor 168
8) Shah Alam, Selangor 158
9) Seremban 155
10) Port Dickson 146
11) Cheras, KL 143
12) Bukit Rambai, Melaka 141
Bacaan IPU 100-200 adalah tidak sihat... Semua sekolah yang mempunyai bacaan IPU yang melebihi 200 diarahkan supaya dititup, dengan erti kata lain terdapat pelajar sekolah yang diarahkan untuk bercuti esok...
Berdasarkan dalam senarai di atas setakat ini hanya dua kawasan sahaja terlibat iaitu di Pelabuhan Kelang dengan bacaan IPU sebanyak 275 dan Banting dengan bacaan IPU sebanyak 215...
Walaubagaimanapun kita perlu membuat semakan bacaan IPU dari masa ke semasa , terutamanya bagi beberapa kawasan yang mempunyai bacaan IPU agak tinggi pada ketika ini...
Semoga kita dapat bersama-sama menjaga kesihatan diri dan keluarga...
0 comments:
Catat Ulasan