Ahad, 16 Februari 2014

Program CSR Cerdik Catur di Pusat Jalur Lebar Komuniti Masjid Ma'muniah, Sabak Bernam, Selangor

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Baru-baru ini saya bersama 3 orang rakan sekerja berkesempatan untuk mengadakan Program CSR Cerdik Catur di Pusat Jalur Lebar Komuniti Masjid Ma'muniah, Sabak Bernam, Selangor

Program ini sebenarnya telah dirancang oleh rakan saya, Encik Tarmizi pada awal tahun ini... Kemudian beliau mengajak 2 orang rakan yang lain berserta saya untuk turut serta dalam program tersebut...

Memandangkan saya tidak mempunyai sebarang perancangan pada tarikh yang diberikan, saya pun tak keberatan nak join sekali...  ;)

Chess For Rookie..

Tentatif Program.. Chess Helps Every Student Succeed

Dekat Daerah Sabak Bernam ini pada asalnya terdapat 8 Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK), iaitu:
  1. Kg. Parit 13, Sg. Nibong
  2. SMKA Simpang Lima
  3. Masjid Ma'muniah, Sg. Nipah
  4. Kg. Peket 100, Sg. Nipah
  5. Kg. Peket 60, Sg. Nipah
  6. Kg. Sg. Nipah Baroh
  7. Kg. Sg. Haji Dorani
  8. Kg. Desa Permai, Pasir Panjang

Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang terdapat dalam Daerah Sabak Bernam..

Menurut petugas di PJK  Masjid Ma'muniah, bilangan PJK sedia ada telah pun bertambah.. Terdapat PJK baru telah diwujudkan di kawasan-kawasan pedalaman untuk memudahkan masyarakat setempat mendapatkan kemudahan internet... 

Melalui PJK, banyak informasi yang dapat disampaikan kepada msyarakat setempat melalui kemudahan internet yang disediakan, di samping kursus-kursus percuma yang kerap diadakan oleh pihak PJK sendiri dan juga pihak luar yang berminat nak memberikan kursus percuma kepada penduduk tempatan...  


Antara informasi yang ditampal di papan kenyataan PJK  Masjid Ma'muniah

Program CSR Cerdik Catur yang kami adakan sepetutnya bermula pada jam 9.00 pagi.. Sasaran peserta adalah penduduk Kampung sekitar kawasan tersebut yang berminat nak belajar cara bermain catur... 

Menurut petugas PJK  Masjid Ma'muniah, bilangan peserta yang telah mendaftar adalah seramai 20 orang... 

Bilangan peserta yang ada pada jam 9.00 pagi..

Tetapi apabila program hendak bermula, bilangan peserta semakin bertambah.. Sehingga tidak muat tempat duduk yang disediakan dalam bilik pembentangan PJK  Masjid Ma'muniah

Para peserta telah memenuhi tempat duduk yang disediakan dalam bilik pembentangan PJK  Masjid Ma'muniah

Terdapat peserta yang terpaksa mendengar pembentangan yang disampaikan oleh Encik Tarmizi dari luar bilik pembentangan 

Encik Tarmizi sedang membentangkan maklumat berkaitan dengan Chess.. 

Para peserta kelihatan begitu bersemangat mendengar pembentangan yang disampaikan.. 

Sebaik sahaja selesai sesi pembentangan, sesi praktikal pun dimulakan... Disebabkan program ini diadakan di kawasan masjid, jadi sesi praktikan diadakan di kawasan kaki lima  Masjid Ma'muniah... 

Para peserta mula menyusun buah catur.. 

Para Peserta Cerdik Catur terdiri dalam pelbagai lapisan umur... Ada yang tua, dewasa, remaja dan ada yang muda.. 

Melihatkan para peserta yang datang begitu bersemangat nak mempelajari cara bermain catur, fasilitator juga turut bersemangat menyampaikan ilmu... ;)

Encik Tarmizi sedang memberikan tunjuk ajar kepada para peserta..

Anak beranak yang cukup sporting... Si Ayah begitu supportive menyokong minat si anak.. 

Semua peserta begitu tekun bermain catur... ;)

Paling menarik sekali... Para peserta terus mendapat sijil, sebaik sahaja program tamat..  

Sijil CSR yang telah saya perolehi... 


Bergambar kenangan dengan sebahagian peserta Program CSR Cerdik Catur di Pusat Jalur Lebar Komuniti Masjid Ma'muniah, Sabak Bernam, Selangor

Syukur Alhamdulillah.. Program ini telah selesai diadakan... Terima kasih kepada petugas Pusat Jalur Lebar Komuniti Masjid Ma'muniah, Sabak Bernam, Selangor kerana sudi menerima kunjungan kami ke tempat mereka...

Semoga para peserta berpuas hati dengan program yang telah kami anjurkan.. Kami memohon maaf, sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang program ini diadakan... Semoga kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang... ;)

Selepas ini, In Shaa Allah sekiranya tiada aral melintang kami akan bekerjasama lagi dengan Pusat Jalur Lebar Komuniti Masjid Ma'muniah dan juga PJK-PJK lain di sekitar daerah Sabak Bernam, Selangor... 

Pada masa akan datang, mungkin kami akan mengadakan program-program CSR yang lain pula... In Shaa Allah...

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra