Khamis, 13 Februari 2014

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Esok merupakan 14 Februari 2014... Hari yang dikatakan istimewa bagi sesetengah muda-mudi di luar sana, terutamanya bagi mereka yang bukan beragama Islam... 

Bagi muda-mudi yang beragama Islam, sebelum Menyambut Perayaan Valentine's Day seperti rakan-rakan anda yang bukan beragama Islam... Saya syorkan anda membaca Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day seperti yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan...

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. 

Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Keterangan/Hujah: 

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”                                                                                                    (Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
        (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang..


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra