Selasa, 4 Februari 2014

Debaran Kejohanan Catur Sukan IPT (SUKIPT 2014) Semakin Dirasai

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Dalam beberapa hari ini, saya tak sempat nak update blog disebabkan terlibat sebagai salah seorang jawatankuasa penganjuran Kejohanan Catur Sukan IPT (SUKIPT 2014)..

Kejohanan Catur Sukan IPT (SUKIPT 2014)

Sebagai Jawatankuasa penganjur kejohanan, dah tentu banyak kerja nak kena buat.. Ketika ini pun, saya berada di Politeknik Shah Alam, untuk membuat persiapan sebelum pertandingan bermula esok.. Sempat lagi curi-curi masa update blog  ;)

Syukur Alhamdulillah.. Seperti juga pada kejohanan Catur SUKIPT yang lepas, sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk mengeluarkan keputusan kejohanan melalui beberapa cara seperti ditampalkan di papan kenyataan, melalui laman web dan juga melalui blog...  


Jadi, secara tidak langsung blog rasmi kejohanan Catur SUKIPT yang telah tidak aktif lebih daripada setahun akan aktih semula sepanjang tempoh kejohanan ini berlangsung...   


Selain daripada Blog Fanpage Kejohanan Catur SUKIPT juga turut aktif semula.. Setakat ini dah ada beberapa maklumat terbaru yang telah saya update di Fanpage tersebut...  



Kepada pengunjung setia blog ini, dan peminat permainan catur, jangan lupa yer like fanpage Kejohanan Catur SUKIPT... 

Jadual pertandingan telah pun dikeluarkan... Kejohanan Catur akan bermula pada 5 Februari 2014 sehingga 9 Februari 2014..  

Jadual Kejohanan Catur SUKIPT 2014.. 

Kepada rakan-rakan yang tinggal di sekitar Shah Alam, jemputlah datang ke Politeknik Shah Alam untuk menyaksikan pemain-pemain catur handalan Institut Pengajian Tinggi (IPT) bertanding... 

Sambil menyelam minum air... Untuk mempromosikan Kejohanan Catur SUKIPT menerusi media jaringan sosial, saya telah mendaftarkan blog ini dalam Malaysia Social Media Week 2014, dalam kategori Best Sports Blog...

Diharap rakan-rakan sudilah Vote blog ini.. 


Cara nak vote mudah sahaja.. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
  • Layari laman web socialmediaweek.com
  • Sebelum tu anda kena daftar dulu kat sini. Tak daftar, tak boleh vote atau buang undi.
  • Dah daftar, kena aktifkan pendaftaran anda melalui email yang anda terima daripada MSMW2014.
  • Lepas dah login semua, boleh pilih kategori Best Sports Blog.
  • Tekan button Vote pada blog kejohanan catur SUkipt seperti gambar di atas
  • Tanda vote hijau itu akan bertukar menjadi warna merah apabila anda dah vote.
  • Tempoh mengundi adalah 10 hari. Dari 1 Februari 2014 hingga 10 Februari 2014.  

Terima kasih di atas sokongan anda kepada kejohanan ini... Dan secara tidak langsung anda juga telah memberi sokongan kepada permainan catur supaya turut diminati seperti sukan-sukan dan permainan-permainan yang lain... ;)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra