Rabu, 11 Disember 2013

Teknik Sebenar Buat Duit Dengan Blog Dan Affiliate..

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya percaya ramai orang dah tahu cara menjana pendapatan melalui blog dan affiliate.. Dan ramai juga yang berjaya menjana pendapatan yang lumayan melalui kedua-duanya.. 

Setakat ini Alhamdulillah.. Saya juga telah berjaya menjana pendapatan melalui blog dan affiliate.. Berjaya menjana pendapatan yang kosisten setiap bulan, tetapi nilainya tidaklah sebanyak rakan-rakan blogger yang berjaya menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan seperti Cikgu Titan.. 


Kadang tu saya terfikir, apa rahsia kejayaan mereka sebenarnya?

Mereka ada blog, saya juga ada blog.. Mereka mempromosikan link dan banner affiliate di blog mereka, saya juga melakukannya.. Nak kata trafik blog mereka lebih banyak daripada blog saya, tidak juga rasanya (Telah dibuktikan melalui statistik klik pada link affiliate).. 

Tetapi yang peliknya komisyen jualan yang berjaya mereka perolehi melalui blog, selalunya jauh lebih tinggi daripada saya.. 

Sebagai contoh.. saya tunjukkan 2 contoh komisyen affiliate yang pernah saya perolehi, berserta jumlah click diperolehi menerusi link affiliate tersebut.. 

Blog saya berjaya mendapat 1088 Click untuk link affiliate di atas, tetapi hanya berjaya mendapat 2 jualan.

Blog saya berjaya mendapat 344 Click untuk link affiliate di atas, tetapi hanya berjaya mendapat 1 jualan.

Apabila keadaan ini berlaku, saya rasa ada sesuatu yang perlu saya pelajari daripada mereka yang lebih pakar.. Sebab berdasarkan pemerhatian saya, ada sesetengah blogger yang hanya mendapat beberapa puluh klik sahaja untuk link affiliate yang mereka promosikan, dah berjaya mendapat jualan.. 

Kalau nak dibandingkan dengan hasil dapatan yang saya perolehi, jauh panggang daripada api.. 1088 klik untuk 2 jualan dan 344 klik untuk satu jualan, diumpamakan seperti :

1 jualan : 544 klik
1 jualan : 344 klik

Sedangkan pemilik blog yang saya kongsikan di bawah mendapat purata 1 jualan untuk bilangan klik yang terlalu sedikit sahaja iaitu:

1 jualan : 51 klik
1 jualan : 38 klik
1 jualan : 87 klik
1 jualan : 105 klik
1 jualan : 12 klik

Sumber : Klik Di Sini

Walaupun ada juga hasil yang mempunyai nisbah 1jualan : 105 klik, tetapi secara puratanya blog Ahmad faiz berjaya mendapatkan hasil yang jauh lebih baik daripada blog saya.. 

Ini barulah boleh dijadikan sebagai contoh Teknik Sebenar Buat Duit Dengan Blog Dan Affiliate..

Tahniah Ahmad faiz di atas kejayaan tersebut.. Terima kasih kerana sudi kongsikan teknik killer buat duit dengan blog dan Affiliate di laman web tuan Buatduitblog.com.. Semoga ramai rakan blogger yang akan mendapat manfaat daripadanya... In Shaa Allah.. 

10 ulasan:

  1. alhamdulillah.. affliates saya menjadi juga masa ni..

    BalasPadam
  2. kalau buat artikel yang spesifik dan khusus, in shaa allah jadi.

    dia yang buat kurang menjadi ni bila kita tak fokus sangat, and traffik pun main peranan. Targeted traffic la tapi.

    And paling penting yang jarang blogger buat, iailah follow up dengan potential buyer

    BalasPadam
  3. Tahniah bro sebab dah mula menjana duit dgn blog...terbaiklah

    Nampaknya, nak kena usaha lebih kuat utk capai target 3-4 angka sebulan..

    BalasPadam
  4. ada blogger yang guna ayat power untuk pancing minat orang lain..bro kira lebih baik dari saya...dah lah klik ciput..sale jangan cakaplah..still zero maa..

    BalasPadam
  5. fuhh..terer betul mereka semua tu yehh.

    BalasPadam
  6. Bila lah ada masa nak jadi terrer macam diorang ni ekk..haha

    BalasPadam
  7. Menurut saya paling susah menjalankan afiliasi..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra