Jumaat, 6 Disember 2013

Riang Ria Cuti Sekolah : Santai @ Dataran Gemilang

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semua rakyat Malaysia yang mempunyai kelapangan masa pada hujung minggu ini, dijemput hadir ke Santai @ Dataran Gemilang pada 8 Disember 2013 (Ahad) di Percint 4 Putrajaya.. 

Program santai ini bertemakan Riang Ria Cuti Sekolah... Sesuai membawa anak-anak anda mengunjungi program ini, sambil mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik yang diadakan...


Antara aktiviti menarik yang boleh disertai oleh para pengunjung ialah:
  • Cabaran penalti Shoot-Out yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM500
  • Glory Boxing
  • Duck Game
  • American Football
  • Wayang Pacak
  • Badminton Shoot-Out
  • dan lain-lain


Selain itu, terdapat sesuatu yang istimewa menanti para pengunjung bertuah... Iaitu sebanyak 1000 keping tiket percuma akan diberikan kepada pengunjung bertuah untuk menyaksikan Gegaran Dinosaur di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor..

Tiket-tiket PERCUMA ini akan diedarkan pada 8,15, 22 dan 29  Disember ini kepada semua yang hadir ke program tersebut.

Sumber : klik Di Sini

Bestnya.. Boleh dapat tiket PERCUMA masuk ke Gegaran Dinosour di Shah Alam yang biasanya dikenakan bayaran seperti berikut:

Bayaran Masuk ke Gegaran Dinasour di Shah Alam:

  • Dewasa : RM10 (18 Tahun ke Atas)
  • Kanak-kanak : RM5 (*kemasukan percuma bagi kanak-kanak 4 tahun ke bawah)
  • Pakej Keluarga : RM25 (*2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak)



Jom.. Hadir beramai-ramai bersama keluarga di Santai @ Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya pada 8 Disember 2013 nanti. ;)

3 ulasan:

  1. Menarik jugak kalau pameran dinosaur tu dibuat gerak-gerak macam dinosaur filem Jurassic Park tu kan. Hehe. Thanks for the info. Hujung-hujung tahun ni banyak betul program yang menarik.

    BalasPadam
  2. setakat ni..dok rumah jaga anak kaklong. haha..

    BalasPadam
  3. dah sampai musimnya kerana cuti sekolah

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra