Selasa, 3 Disember 2013

Program Berkhatan beramai-ramai di Surau Sabakiah Batu 40, Sabak Bernam, Selangor

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pada hari Khamis minggu lepas bersamaan dengan 28 November 2013, Surau Sabakiah Batu 40, Sabak Bernam yang terletak dihadapan rumah saya mengadakan program berkhatan beramai-ramai.. 

Program tersebut dimulakan sebaik sahaja selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah dengan Bacaan yassin disertai dengan bacaan doa selamat... Dengan harapan semoga majlis berkhatan beramai-ramai ini dapat berjalan dengan lancar dan selamat... 

Selepas selesai bacaan Yassin, doa selamat serta solat isyak berjemaah, diadakan sedikit jamuan ringan untuk menjamu para jemaah yang hadir... Antara menu yang dihidangkan ketika jamuan ringan tersebut ialah Mee Rebus, Pulut Kuning, Rendang Daging, rendang kerang, Buah Durian dan rambutan... 


Daripada Abu Hurairah katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada lima perkara yang dikategorikan sebagai fitrah (sifat semula jadi) seseorang manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Majlis Berkhatan Bermula Pada Jam 9.00 Malam

Kira-kira pada jam 9.00 malam, Majlis Berkhatan pun dimulakan.. Ini merupakan kali kedua program berkhatan beramai-ramai di adakan di surau ini.. Setiap peserta tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menyertai program berkhatan ini..  Segala kos berkhatan ditanggung oleh pihak pengurusan surau Sabakiah Batu 40. ..

Pada kali ini hanya seramai 5 orang peserta sahaja yang menyertai program ini... Jom layan gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang program berkhatan beramai-ramai ini diadakan... 


Para peserta program berkhatan beramai-ramai ini ditempatkan di atas surau

Para peserta program berkhatan beramai-ramai ini ditempatkan di atas surau sementara menunggu giliran mereka dipanggil.. Manakala acara berkhatan beramai-ramai diadakan di ruang bawah surau.. 

"Tok mudim" dan pembantunya telah bersiap sedia dengan peralatan untuk "mendewasakan" para peserta.. 

Peralatan-peralatan yang digunakan dalam Program Berkhatan beramai-ramai

Sebenarnya dah lama saya tak tengok orang berkhatan... Kali terakhir saya tengok orang berkhatan ialah sewaktu adik lelaki saya berkhatan di rumah jiran, kira-kira 11 tahun yang lalu... Jadi, bila dapat tengok orang berhatan pada kali ni rasa seram sejuk juga dibuatnya... 

Kalau saya yang dah pernah berkhatan ni pun rasa seram sejuk, adik-adik dekat bawah ni lagilah.. hehehe... 

Reaksi anak-anak ini apabila melihat acara berkhatan dilaksanakan.. 

Keinginan nak tengok tu ada.. 

Sekali tengok, kecut perut dibuatnya... hehehe

Tunggulah giliran korang tahun depan.... 

Masa saya berkhatan dulu... oopppsss... Harap perkara ini bukan isu sensitif... Takper kita dah dewasa untuk berkongsi pengalaman... Masa saya berkhatan dulu, Tok mudim menggunakan pisau lipat yang cukup tajam... 

Ingat lagi, masa tu saya kena duduk dekat atas batang pisang, kemudian dengan menggunakan pisau lipat yang tajam, tok Mudim melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik... Dan proses tersebut saya rasa hanya berlaku lebih kurang 5 minit sahaja... Selepas itu saya dapati, diri saya dah jadi lelaki dewasa... 

Daripada Ammar bin Yasir katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Antara fitrah ialah berkumur, membersihkan hidung dengan air, menggunting misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu kemaluan dan berkhatan.” (Hadis riwayat Ahmad)

Sakit ker berkhatan ni? 

Dengan bantuan ubat bius, rasa macam kena gigit semut sahaja.. tetapi dugaan selepas itu, agak rumit... Susah nak berjalan, nak kencing, dan sebagainya... Dan kena banyak berehat dekat rumah.... 

Pengalaman berkhatan yang saya alami dulu, pastinya tak sama dengan cara berkhatan yang saya lihat dalam program ini... 

Dalam program ini, para peserta dikhatankan dengan menggunakan "alat pemanas".. Setiap kali proses berkhatan dilakukan, terbau seakan-akan ada daging hangit.. Itu manandakan hujung anu telah dipotong. .

Kemudian tok mudim menjahit pada luka tempat berkhatan... Agak lama proses menjahit dilakukan, adalah dekat 15 minit... sehinggakan para peserta resah menanti, bila kerja-kerja mereka berkhatan selesai sepenuhnya?

Hasil maklumbalas yang saya terima daripada orang-orang yang lebih berpengalaman di situ... Mereka berkata "Biar lambat, asal selamat"... 

Tok Mudim yang di bawa khas dalam program ini, merupakan seorang yang cukup berpengalaman... Beliau telah mengkhatankan beribu-ribu orang sebelum ini... 

Berdasarkan  testimoni yang diterima daripada ayah-ayah yang anak mereka pernah diakhatankan oleh Tok Mudim ini.. Mereka mengatakan, Anak mereka lepas sembuh... Dalam masa beberapa hari sahaja abak mereka dah boleh memakai seluar, malah dah ada yang boleh tengok orang main bola dekat padang....  

Peserta Pertama mula dikhatankan.. 

Peserta pertama yang berkhatan pada malam ini begitu sporting sekali... Langsung tidak menangis sewaktu dikhatankan... 

Peserta pertama program berkhatan beramai-ramai

Steady betul adik ini.. 

Mampu tersenyum apabila telah selesai dikhatankan... Tahniah Adik, dah berjaya melalui satu fasa kehidupan bagi seorang lelaki muslim... 

Apabila setiap peserta selesai dikhatankan, mereka dikehendaki balik dengan kadar segera, supaya tidak menakut-nakutkan peserta yang lain... 

Giliran Peserta Kedua Pula dikhatankan

Mengkhatankan Peserta kedua agak mencabar... Berlaku sedikit penentangan... Tok Mudim memerlukan bantuan daripada Jemaah yang hadir untuk mengawal keadaan...  



Macam-macam kata-kata semangat yang diberikan oleh mereka yang berada di situ... Antara kata-kata semangat gurauan yang mencuit hati... 

"Ala.. Tak sakit pun sunat ni.. Cuba ko kira berapa bintik-bintik yang ada dekat syiling tu... Belum sempat habis kira, dah habis kena kerat dah.."

"Lepas giliran budak-budak kena sunat, giliran orang dewasa pula... Kami nak kena repair sikit jer, tapi tunggu budak-budak balik dululah... Semua orang kena ambil giliran... Cikgu Syukri ambil giliran no. 7, Cikgu Nuar ambil giliran nombor berapa?"

"Erk... kalau cikgu Syukri ambil giliran nombor 7, saya ambil Nombor lapan.. hehehe" secara spontan saya menjawab


Walaupun dah letih memberikan kata-kata motivasi, sudahnya kena pegang  juga peserta kedua ni.. 

Syukur Alhamdulillah... Selesai mengkhatankan peserta kedua... 

Giliran Peserta Ke Tiga

Peserta ketiga lagi steady... Walaupun ada masanya nampak ada air mata mengalir pada ekor mata, tetapi beliau mampu tersenyum dan boleh bersembang dengan ayah beliau... 





Tahniah peserta ketiga... Rambut kekal terpacak... 

Giliran Peserta Keempat

Peserta keempat merupakan peserta termuda dalam program berkhatan beramai-ramai pada kali ini... Beliau baru berumur 6 tahun, sebaya dengan anak sulung saya... 

Tetapi saya resepek dengan beliau, sebab kelihatan berani pada walnya... 




Tetapi apabila dah hampir dikhatankan, beliau mula meronta untuk dilepaskan... 


Dan seterusnya....

Tiada gambar yang dapat saya kongsikan disebabkan Hand Phone saya telah kehabisan bateri... 

Walaubagaimanapun kesemua 5 peserta berjaya dikhatankan dengan jayanya oleh Tok Mudim yang cukup berpengalaman dalam menjalankan tugas beliau... 

Tahniah diucapkan kepada semua peserta... Selamat melangkah ke alam dewasa sebagai sebagai seorang lelaki muslim sejati....  


Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Khitan itu sunnah buat lelaki dan memuliakan buat wanita." (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Semoga acara berkhatan beramai-ramai ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang... Supaya dua orang hero saya pun dapat turut serta apabila sampai masanya nanti... in Shaa Allah... 

P/S : Maaf acara berkhatan bagi golongan dewasa terpaksa dibatalkan disebabkan tok mudim dah tak larat nak tolong repair. . Hehehe ;)

4 ulasan:

  1. Suasana berkhatan di kampung lebih meriah dari bandar yang majlisnya ringkas sahaja.

    BalasPadam
  2. eh.. 5 org je ker berkhatan?? senang la kene tok mudim...

    ada beza berkahatan kat kg ngan kat klinik..... hik3...

    Sebaik anak2 kak sumi dah lepas.. kene tunggu lagi 4-5 thn tuk anak no 3 dan 4 lak..hahaha

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  3. bukan takat org lelaki je yg seremmm....org pompuan nengok pun seremmm jugak...hihihi

    BalasPadam
  4. salam nak tanya . bila lagi majlis berkhatan ini berlangsung .

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra