Jumaat, 12 Julai 2013

Permohonan Kemasukan Ke Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik Kini Di Buka

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Permohonan Kemasukan Ke Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik Kini Di Buka.. Lulusan Diploma dan Diploma Lanjutan Politeknik dipelawa untuk memohon Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik.. 



Setakat ini terdapat tiga Program yang ditawarkan iaitu:
  • Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian di PSA, Shah Alam
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian di PUO, Ipoh
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di PIS, Pasir Gudang, Johor

Cara nak memohon mudah sahaja.. Anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:
  • Kenalpasti program yang bersesuaian dengan Diploma/Diploma Lanjutan yang dimiliki
  • Pemetaan & syarat program boleh dilihat di sini
  • Beli No. Unik ID berharga RM 10.60 di Bank Simpanan Nasional
  • Isi Borang Permohonan di sini
  • Cetak butiran permohonan untuk pengesahan dan rujukan
  • Semak status permohonan di www.politeknik.edu.my pada 2/8/2013


Good Luck... Semoga berpeluang menjadi pelajar terawal menyambung pengajian di peringkat Sarjana muda di Politeknik... ;)

6 ulasan:

  1. alahai takde course IT... adoii.. xde peluang la nak buat PJJ

    BalasPadam
  2. selamat mendaftar kepada semua

    BalasPadam
  3. Adik dulupun belajar politek..now alhamdulillah dah kerja stabil dengan gomen

    BalasPadam
  4. siapa yg layak jgn lepaskan peluang

    BalasPadam
  5. ini panggilan batch pertama untuk sarjana muda politeknik kan...
    selamat memohon pada adik-adik dan anak-anak semua.

    BalasPadam
  6. X-sijil Poli..tapi Dip bukan poli..ehehe..asal la dulu2 xde ek...huhu.. Yg layak cepat la mohon.. :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra