Jumaat, 19 Julai 2013

Konvensyen Usahawan Muslim 2013 untuk Semua rakyat Malaysia

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

3 tahun yang lalu, saya ada membaca sebuah buku yang banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada saya sehingga ke hari ini dalam bidang keusahawanan... Buku tersebut berjudul "Menjejaki Jutawan Senyap" , hasil karangan Chef Li atau nama sebenarnya ialah Dato' Dr. Rusly Abdullah..

Walaupun dah tiga tahun berlalu... tetapi kata-kata semangat Chef Li, yang terkandung dalam buku "Menjejaki Jutawan Senyap" masih berlegar-legar di fikiran saya sehingga ke hari ini, iaitu.. 

“Anda patut menjadi kaya. 

Anda tidak berhak menjadi miskin. 

Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang” 
~ Chef Li ~

Kata-kata dari Chef Li ini mengingatkan saya kepada salah seorang jutawan senyap yang didedahkan dalam buku tersebut.. Jutawan Senyap tersebut bukan warganegara Malaysia.. Beliau adalah pendatang dari Indonesia. Semasa berada di Kuala Lumpur Jutawan Senyap ini suka memerhatikan gelagat manusia yang lalu lalang di sekitar kawasan kota raya tersebut.


Beliau berasa kagum terhadap rakyat Malaysia yang kebanyakannya berduit. Jadi beliau terfikir macamana cara nak dapatkan duit dari rakyat Malaysia ini dengan menjual benda yang murah, tetapi disukai oleh orang ramai. Akhirnya beliau telah menjual sesuatu yang berharga RM 1.00 di sekitar Kuala Lumpur. Disebabkan perniagaannya telah berkembang menyebabkan beliau berjaya menjadi jutawan. Bukan Jutawan dalam nilai Rupiah, tetapi jutawan dalam nilai Ringgit Malaysia.. Nak tahu apa yang beliau jual? Saya syorkan anda dapatkan buku ini di kedai-kedai berhampiran anda untuk mendapatkan jawapannya..

Perkara yang cuba saya sampaikan daripada cerita pendatang dari Indonesia ini adalah tentang keadaan beliau yang datang ke Malaysia dengan menaiki kapal dan hidup sebatang kara di Malaysia. Tetapi dengan berkat kegigihan beliau berusaha dalam masa yang sama mendalami ilmu-ilmu perniagaan dan akhirnya menjadikan beliau berjaya. Orang Indonesia pun boleh jadi kaya bila datang ke Malaysia. Jadi betullah kata Chef LI "Anda patut menjadi kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang"

Berbekalkan kata-kata tersebut, saya sentiasa mencuba untuk menikmati kehidupan yang lebih baik... Walaupun secara realitinya saya masih bekerja makan gaji dalam sektor kerajaan, tetapi sebenarnya saya turut melibatkan diri dalam biadang keusahawanan secara tidak langsung menerusi medium penulisan Blog... Pendapatan melalui penulisan blog secara sambilan ini tidaklah sebanyak mana.. Tetapi syukur Alhamdulillah, saya masih mampu menjana pendapatan secara berterusan sehingga ke hari ini.... Bak kata orang kais awal bulan, terima duit pada pertengahan bulan, atau hujung bulan.....  

Sebenarnya banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk berniaga. Tidak semestinya anda perlu menyara kehidupan anda dengan bekerja makan gaji semata-mata. Anda sendiri sedia maklum bahawa 9/10 dari pintu rezeki adalah melalui perniagaan. Walaupun anda makan gaji dengan syarikat tempat anda bekerja, tetapi pendapatan tersebut berpunca dari peniagaan yang dilakukan oleh syarikat tersebut.. Betul tak? (Melainkan kerja di sektor kerajaan)

"Produk apa yang saya nak jual?"
"Saya teringin nak berniaga, tapi saya takut menghadapi kerugian" 
"Saya nak berniaga macam si A, tetapi bila saya tengok perniagaan A lingkup, saya tak jadi nak berniaga"

"Saya tengok ramai kawan saya gagal dalam perniagaan, saya pun dah rasa tak bersemangat nak berniaga" 

"Saya nak mulakan perniagaan tetapi saya tak ada modal?"

Mungkin ini antara kata-kata negatif yang biasa kita dengar. Kata-kata negatif yang sentiasa berlegar-legar dalam minda semua orang semasa baru mula hendak berniaga. Jadi untuk menjawab semua soalan-soalan tersebut, saya nasihatkan anda carilah ilmu tentang dunia perniagaan. Rajin-rajinkanlah diri anda untuk membaca atau menghadiri seminar-seminar tertentu tentang keusahawanan... In Shaa Allah anda aka dapat mencari jawapan kepada setiap pesoalan atau kata-kata negatif yang menyekat kreativiti anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya...

Jadi, pada hari ini saya ingin berkongsikan satu berita baik kepada anda... 

Kepada yang berminat nak menjadi usahawan, tetapi masih ada perasaan takut atau tidak tahu cara untuk memulakan langkah pertama sebagai seorang usahawan... Saya syorkan anda menghadiri Konvensyen Usahawan Muslim 2013... Konvensyen ini akan diadakan seperti butiran berikut:
  • Nama Program : Konvesyen Usahawan Muslim 2013
  • Tempat : Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.
  • Tarikh :  7 September 2013 (Sabtu)
  • Masa :  9.00 pagi – 6.00 petang
  • Laman Web  : www.KonvensyenUsahawanMuslim.com




Konvensyen yang membawa tema ‘Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah‘ ini dianjurkan oleh MentorNiaga.com dan WangCyber.com (Shuth Network Sdn. Bhd.) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Melayu Malaysia (PEYATIMAS). 

Konvensyen yang akan berlangsung selama 1 hari (bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang) ini akan menampilkan barisan speaker yang terdiri daripada 6 orang Usahawan Muslim yang terkenal di Malaysia iaitu: 
  • Ustaz Pahrol Mohamad Juoi – Penceramah Bebas
  • Datuk Nadzim Johan – Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  • Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin – Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn. Bhd.
  • Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan – Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd.
  • Dato’ Husammudin Yaacub – CEO Kumpulan Media Karangkraf
  • Dato’ Dr. Rusly Abdullah (Chef Li) – Mentor Jutawan Senyap (Seronok membaca buku-buku tulisan beliau)




6 orang Usahawan Muslim di Malaysia ini merupakan pakar dalam bidang masing-masing. Pengalaman dan ilmu mereka sebagai usahawan yang berjaya pasti dapat dijadikan sebagai ikutan dan panduan kepada usahawan-usahawan di Malaysia yang ingin berjaya dalam perniagaan.

Bestnya.. Bukan hanya Chef Li seorang sahaja ahli perniagaan tersohor yang jadi speaker konvensyen ini... Malahan ada 6 lagi speaker yang sangat saya hormati dalam dunia perniagaan di Malaysia...

Semua Usahawan Muslim dijemput hadir bagi memeriahkan Konvesyen Usahawan Muslim 2013 ini. Semestinya pelbagai teknik, tips dan panduan serta pengalaman mereka yang berjaya ini akan dikongsikan dengan semua yang hadir.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Konvensyen Usahawan Muslim 2013 ini, saya syorkan anda mendaftar di laman web berikut:


Yuran pendaftaran yang dikenakan sangat berpatutan dan amat berbaloi dengan ilmu yang bakal anda perolehi melalui Konvesyen Usahawan Muslim 2013. Kalau nak dapat harga Diskaun, boleh mendaftar secara berkumpulan...  Semakin banyak bilangan peserta dalam kumpulan anda, semakin banyaklah diskaun yang bakal anda perolehi.. Berikut merupakan senarai bayaran pendaftaran mengikut bilangan peserta:
  • Bayaran yuran pendaftaran untuk seorang peserta : RM150 (Klik Di Sini)
  • Bayaran yuran pendaftaran untuk 2 orang peserta : RM250 (Diskaun 17%) (Klik Di Sini)
  • Bayaran yuran pendaftaran untuk 3 orang peserta : RM300 (Diskaun 33%) (Klik Di Sini)
  • Bayaran yuran pendaftaran untuk 11 orang peserta : RM1000 (Diskaun 39%) (Klik Di Sini)


Jadi, tepuk dada tanyalah selera... Datang sorang-sorang kena bayar mahal sikit... Nak dapat yuran pendaftaran pada harga murah, bolehlah ajak rakan-rakan atau saudara mara untuk menyertai konvensyen ini secara beramai-ramai... Rugi tak rebut peluang keemasan seumpama ini... 

Dengan perkongsian ilmu yang bakal anda perolehi melalui konvensyen ini pasti dapat membuka minda anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya... In Shaa Allah... ;)

P/s: Sebagai seorang muslim, anda tentu sedia maklum.. Jodoh, pertemuan, ajal, dan maut di tangan tuhan.. Tetapi kita juga disarankan untuk berusaha bagi mengubah nasib kita... Renung-renungkanlah.... ;)

8 ulasan:

  1. barisan speker yg hebat2 belaka, masih merancang untuk memastikan tiada pertindihan aktiviti pd tarikh tersebut, semoga Allah buka ruang dan peluang untuk turut serta.

    BalasPadam
  2. salam ramadan
    setuju 100% berniaga memang menguntungkan jika dilakukan dengan sepenuh hati. tapi janganlah ambil untung berlebihan kan

    BalasPadam
  3. Ramai yang duk citer pasal ni..hehe..mesti banyak ilmu yang bakal mereka semua kongsikan..hehe

    BalasPadam
  4. Tahniah..ikhlas,.entri yg sgt menarik. Ada peluang untuk menang ni...good luck :)

    BalasPadam
  5. menarik jugak promosi, diskaun untuk daftar 3 orang daftar pun kira dah banyak.

    BalasPadam
  6. ada rezki boleh ke sana tuntut ilmu

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra