Khamis, 27 Jun 2013

Tips Untuk Lulus Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya tertarik dengan iklan kekosongan jawatan yang sedang heboh diperkatakan pada ketika ini iaitu  Penolong Akauntan, Gred W27..

Bagi tahun 2013, proses pemilihan penjawat awam bagi jawatan Penolong Akauntan gred W27 kali ini kelihatan lebih senang tetapi mencabar daya intelektual calon-calon yang memohon, ini kerana pemilihan akan dibuat berdasarkan peperiksaan bertulis yang bakal dijalankan pada 4hb Julai ini.

**Sila ambil perhatian – Pengambilan penjawat awam gred 27 jarang dibuka, jadi sila ambil peluang ini.


Peperiksaan bagi jawatan Penolong Akauntan gred W27 dibahagikan kepada dua seksyen iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan AM

  • Bilangan soalan: 50
  • Masa: 40 minit
Bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan calon-calon terhadap isu-isu semasa sama ada dari dalam ataupun luar negara. Isu yang berbangkit kebanyakannya daripada bidang ekonomi, sosial, kewangan, teknologi dan juga pentadbiran kerajaan.

Seksyen B – Penyelesaian Masalah

  • Bilangan soalan: 40
  • Masa: 45 minit
Terbahagi kepada dua pecahan iaitu: 

  • Kemahiran logik – bertujuan untuk menguji kemahiran, pengalaman serta adaptasi calon terhadap masalah yang dihadapi.
  • Kemahiran matematik – ujian terhadap kemahiran kira-kira merangkumi algebra dan juga asas geometri. Soalan-soalan yang diajukan tidak akan melebihi Pukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM)



Okay, nampak simple bukan? 

Sebenarnya tidaklah semudah itu. Sebelum menghadiri peperiksaan, disarankan kepada para calon supaya membuat persediaan rapi. Ini bagi mengelakkan calon berputih mata selepas penat mengerah keringat semasa menjawab peperiksaan yang dianggap biasa-biasa itu. 

Persediaan yang dimaksudkan adalah dengan mendapatkan panduan lengkap ataupun pakej rujukan tentang apa yang perlu dilakukan, apa yang patut dijawab semasa peperiksaan dan juga bagaimana untuk membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang bakal dikeluarkan.

Semenjak pihak kerajaan melaksanakan penyelarasan gaji pada tahun 2012, ramai kakitangan awam yang tersenyum gembira, setelah berjaya memperolehi kenaikan gaji bulanan sekurang-kurangnya RM300 seorang mengikut gred perjawatan..

Pada tahun 2013 pula, sekali lagi kakitangan kerajaan mendapat berita gembira.. Perdana menteri mengumumkan pemberian khas satu kenaikan tangga gaji pada Bulan Julai 2013... Membuatkan sebahagian besar kakitangan kerajaan tersenyum gembira menerima berita menarik tersebut... 

Berikutan kenaikan gaji tersebut, ramai yang mengimpikan untuk bekerja di sektor kearajaan... Walaupun kita semua sedia maklum, gaji sektor kerajaan tidaklah sebanyak gaji sesetengah sektor swasta, tetapi ramai yang mengimpikan bekerja di sektor kerajaan. Anda nak tahu kenapa?

Ini disebabkan terdapat beberapa kelebihan yang diperolehi oleh pekerja di sektor kerajaan seperti:

- Elaun perumahan
- Cost of living allowance (COLA)
- Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
- Kenaikan gaji setiap tahun
- Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
- Cuti tahunan mengikut kelayakan
- Cuti bersalin
- Pinjaman perumahan
- Caruman KWSP atau pencen
- Bersara pada umur 60 TAHUN (kuatkuasa 2013)
- Peluang kenaikan pangkat
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
- Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Ya! itulah kelebihan - kelebihan bekerja di sektor kerajaan. Maka tidak hairanlah ramai berebut - berebut untuk memohonnya. Termasuk juga mereka yang berminat untuk menjadi Penolong Akauntan (W27) dalam sektor kerajaan.. 

Tapi bukannya senang nak dapat kerja sebagai Penolong Akauntan, W27 ni.. Peperiksaannya bukan senang nak lulus, dan persainganya tersangatlah hebat.. 

Jadi sekiranya anda benar-benar berminat untuk menjadi Penolong Akauntan gred W27, anda perlu terlebih dahulu lulus atau melepasi peperiksaan bertulis Kemasukan Perkhidmatan Awam..

Oleh itu sebelum anda menghadiri peperiksaan bertulis tersebut anda perlu melakukan persedian rapi.

Anda perlukan satu panduan yang lengkap apa yang patut dilakukan, apa yang patut dijawab dan bagaimana untuk berjaya menjawab semua soalan betulis itu.

Untuk membantu mencapai impian anda ini Infokerjaya Resources (Team Tipsptd) telah mengeluarkan satu panduan yang lengkap bagi mempersiapkan calon untuk lulus peperiksaan bertulis tersebut.. Yang dikenali sebagai: 


Kenapa perlu mendapatkan panduan ini daripada Team Tipsptd ?

Segala ilmu serta informasi yang terkandung di dalamnya merupakan ilmu serta informasi yang ‘real’, yang datang dari pengtahuan serta pengalaman. Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.

Panduan ebook yang lengkap dimana ia menyentuh semua bahagian yang perlu dijawab oleh calon-calon.

Ianya bukan setakat lengkap malah dihuraikan secara terperinci

Juga dibekalkan dengan contoh-contoh soalan dan jawapan!

Soalan berkaitan GTP kerap ditanya dalam peperiksaan kerajaan 2012. Nota khas GTP merupakan satu komponen dalam pakej ini yang bakal membantu anda!

Sumber : Klik Di Sini

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Tambah pengunjung ke blog atau lama web anda dengan bertukar laman web di

    Produk Muslim Ads Network

    Baru dilancarkan.. Daftar segera ia percuma!!.. kelulusan serta merta...

    Terima kasih

    BalasPadam
  2. ya jangan lepaskan peluang yang ada
    ilmu juga perlu dicari

    BalasPadam
  3. Good luck kepada semua yang terlibat :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra