Ahad, 26 Mei 2013

Top 10 Page Rank tertinggi Di dunia diungguli oleh laman web Twitter

with 15 comments
Tahukah anda? Top 10 Page Rank tertinggi Di dunia pada ketika ini diungguli oleh laman web Twitter.com dengan pagerank 10/10.. Perfect.. 

Berdasarkan pengamatan saya bukannya senang bagi sebuah laman web/blog nak dapat Page Rank (PR) 10 macam tu.. Dan sebagai penghargaan, saya memilih laman web Twitter sebagai laman web terbaik didunia pada ketika ini..  walaupun dari segi Global Rank dan Rank dalam US laman web Twitter.com berada pada kedudukan ke 12.. 

Bagi saya kedudukan Page Rank lagi bermakna daripada rank global.. Setakat ini, saya belum menjumpai cara terbaik untuk mendapatkan Page Rank yang tinggi.. Kebanyakan blogger Malaysia sekadar mempunyai Page Rank 1-4 sahaja.. Manakala bagi Rank Global pula boleh berubah pada bila-bila masa.. Semakin aktif kita mengupdate info, semakin rendah Global Rank.. Berikut merupakan hasil tinjauan yang telah saya lakukan terhadap Laman-laman web terbaik di dunia berdasarkan Page Rank:

1) Twitter.com
  • Global rank = 12
  • Rank in US = 12
Hasil survey yang saya lakukan hanya terdapat satu laman web sahaja yang berjaya mempunyai Page Rank 10/10.. Iaitu laman web Twitter.com.. Namun begitu laman web ini hanya menduduki Global Rank ke 12 dan juga Rank ke 12 terbaik di US..

2) Google.com
  • Global rank = 1
  • Rank in US = 1
Laman web yang mempunyai Page Rank kedua terbaik di dunia ialah enjin pencarian nombor satu didunia iaitu Google.com dengan Page Rank 9/10.. Walaubagaimanapun dari segi Global Rank dan Rank di US laman web ini berada di ranking pertama dunia.. Saya percaya setiap pengguna internet di seluruh dunia menggunakan perkhidmatan enjin pencarian Google untuk mendapatkan sesuatu info.. 


3) Facebook.com
  • Global rank = 2 
  • Rank in US = 2
Laman web Facebook.com pula menduduki tangga ke 3 dengan Page Rank yang sama seperti laman web Google.com iaitu 9/10.. Dari segi Global Rank dan rank di US, Laman web Facebook.com pada ketika ini berada pada kedudukan ke 2 terbaik dunia dan juga kedua terbaik di US.. Pada hari ini hampir semua pengguna internet mempunyai akaun facebook tidak kiralah golongan kanak-kanak, golongan muda, golongan tua, ahli perniagaan, syarikat perniagaan, ahli politik, pakar motivasi, pendakwah dan sebagainya masing-masing mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun Facebook.. 



4) Youtube.com
  • Global rank = 3
  • Rank in US = 3
Satu lagi laman web kepunyaan syarikat Google iaitu Youtube.com juga turut mempunyai Page Rank 9/10.. Laman web ini berada pada Rank ke 3 dunia dan ke 3 dalam US.. 


5) Yahoo.com
  • Global rank = 4
  • Rank in US = 4
Yahoo.com merupakan enjin pencarian yang mampu menyaingi Google.. Pada ketika ini laman web Yahoo.com mempunyai Page Rank 9/10.. Mempunyai Global Rank ke 4 dunia dan juga ke 4 dalam US.. 



6) Wikipedia.com/Wikipedia.org

  • Global rank = 6 
  • Rank in US = 8
Laman web Wikipedia juga tidak kurang hebatnya.. Mampu mendapatkan Page Rank 9/10.. Mempunyai Global Rank di tangga ke 6 dan Rank ke 8 US.. Laman web ini mempunyai penguasaan SEO yang sangat mantap.. Kalau anda perasan, kebanyakan keyword yang kita taip di laman web Google, biasanya didominasi oleh Wikipedia..  Inilah kelebihan yang dimiliki oleh laman web Wikipedia, sehingga mampu mendominasi trafik melalui hasil carian google..  

7) Live.com
  • Global rank = 7
  • Rank in US = 11
Bagi pelayar internet di Malaysia, Live.com mungkin tidak sepopular laman web-laman web lain yang saya senaraikan di atas..  Walaubagaimanapun laman web ini tidak kurang hebatnya kerana mampu mempunyai Page Rank 8/10.. Mempunyai Global Rank 7 dan Rank ke 8 di US.. 




8) Amazon.com
  • Global rank = 8 
  • Rank in US = 5
Amazon.com mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada para peminat buku di seluruh dunia.. Suatu masa dahulu laman web ini hanya menjual pelbagai buku, Tetapi sekarang ini, laman web Amazon.com turut menjual pelbagai peralatan termasuk komputer, Handphone, Perfume, pakaian kanak-kanak, beg tangan wanita dan sebagainya.. Untuk mendapatkan contoh barangan yang dijual di laman web Amazon.com, saya syorkan anda klik di sini.. 

Laman web ini mampu mempunyai Page Rank 8/10, Global Rank 8 dan rank ke 5 terbaik di US.. 




9) Bing.com
  • Global rank = 16
  • Rank in US = 6
Satu lagi laman web yang mempunyai Page Rank 8/10 dan tersenarai dalam 10 laman web terbaik di dunia adalah Bing.com.. Laman web ini berada di tangga ke 16 di peringkat global dan tangga ke 6 US.. 



10) ebay.com
  • Global rank = 20
  • Rank in US = 7
Laman web ke 10 terbaik di duniaa pilihan saya ialah Ebay.com dengan mempunyai Page Rank 8/10, Global Rank ke 20 dan rank ke 7 US.. Ebay.com menjadi medan untuk seluruh penduduk dunia menjual dan membeli pelbagai barangan di peringkat global.. Tanpa ada batasan atau sempadan.. Ini menjadikan ebay.com sebagai salah satu lubuk rezeki usahawan internet di seluruh dunia termasuk Malaysia.. 

Apa yang kita bincangkan tadi berkaitan dengan 10 laman web yang mempunyai Page Rank tertinggi di Dunia.. Di mana pula kedudukan Page Rank bagi laman web/blog ternama di Malaysia.. 

Page Rank tertinggi di Malaysia setakat ini dimiliki oleh laman web 1malaysia.com.my dengan Page Rank 9/10..







Kemudian diikuti oleh Malaysiakini.com dengan mendapat Page Rank 7/10.. 


dan

laman web Akhbar paling laris dan hangat di Malaysia hmetro.com.my juga mempunyai Page Rank 7/10..


\
Seterusnya diikuti pula oleh laman web perniagaan seperti Groupon.my dengan mendapat Page Rank 6/10.. 



Mudah.my dengan Page Rank 6/10 dan beberapa blog dan laman web yang berjaya mempunyai Page rank 6-5/10..

Sepanjang terlibat dalam penulisan blog selama 3 tahun.. Saya dapati memang sukar untuk meningkatkan Page Rank (PR) blog dari Page Rank 2 ke 3, 4, 5 dan seterusnya.

Tapi, kalau nak turunkan Rank di peringkat Global, boleh diusahakan.. Asal rajin update blog degan menghasilkan sekurang-kurangnya 2 entri sehari.. Insya Allah Global Rank boleh semakin mengecil.. 

Disebabkan itu saya lebih kagum terhadap blog/laman web yang mempunyai pencapaian Page Rank (PR) yang tinggi berbanding pencapaian Rank di peringkat global..

15 ulasan:

  1. PR saya PR2 je....nak naik PR3 amat sukar rasanya ..kalau diikut kepada syaratnya perlu publish 2 entri dalam satu hari, lebih lagi yg berkualiti. Apapun kena juga berusaha, kalau mengharap ia datang sendiri...sampai mati pun tak dapat.

    BalasPadam
  2. Rasanya Pagerank untuk blog 1malaysia.com.my ialah 8 atau 9

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ladfe Amir.. Saya dah semak.. Laman web 1malaysia.com.my mempunyai Pagerank 9/10... Menjadikan laman web dengan Pagerank tertinggi di Malaysia setakat ini...

      Padam
  3. Dulu pernah dapat PR1. Tapi, sebab malas update dah takde rank. Huhuhuhu

    BalasPadam
  4. skrg blog aku masih lagi di PR1, kena usaha lebih lagi supaya ada perubahan kepada PR2 atau PR3 pula.

    BalasPadam
  5. maksimum, PR5 blog-blog aku pernah dapat. Lepas tu kena tendang, paling tinggi PR3 dan PR4 aje..dem betul la..

    BalasPadam
  6. terima kasih atas kajian,,,ini

    BalasPadam
  7. hee sabarlah ada masa naiklah itu :)saya pr tak tinggi huhuh..

    BalasPadam
  8. ni semua yg memang paling hebat di dunia...susah nak capai...

    BalasPadam
  9. selain twitter, situs addthis.com dan juga usa.gov juga dapat valid PR10
    trims atas share infonya, sangat bermanfaat kawan...

    BalasPadam
  10. jom kita pasang azam capai PR yang lebih mantap.

    BalasPadam
  11. Mantab dah,,semoga punyaku bisa menyusul hehehe

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra