Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pernah tak anda pergi ke zoo? Biasanya anda pergi ke zoo dengan siapa? Adakah anda pergi ke zoo berseorangan diri?, atau dengan buah hati kesayangan anda? atau dengan ahli keluarga anda?
Berdasarkan pemerhatian saya, tiada orang pergi ke zoo berseorangan diri... Biasanya mereka akan pergi ke zoo dengan rakan-rakan (Sekiranya mengikuti rombongan sekolah)...
Pergi ke zoo dengan rakan sekerja? Mustahil melainkan rakan sekerja tersebut adalah buah hati anda... Jarang sekali orang pergi ke zoo bersama rakan-rakan sejantina.... Disebabkan itu jarang kita tengok sekumpulan remaja pergi ke zoo.. betul tak?
Dan bila kita pergi ke zoo ni... kebiasanya kita akan pergi dalam kuantiti keluarga yang agak ramai, barulah seronok tengok kelibat binatang-binatang dekat sana...
Tapi harga tiket untuk masuk ke zoo ni pun boleh tahan mahalnya... Sebagai contoh harga tiket masuk ke zoo Taiping adalah:
- RM12.00 untuk orang dewasa
- RM8.00 untuk kanak-kanak
Kalau sekali masuk ada 4 dewasa dan 4 kanak-kanak, dah kena bayar sebanyak RM80.00 (RM48 + RM32)... Fuhh.. Mahal tu sekali masuk zoo dah kena bayar RM80.00..
Tapi nak tak nak kena masuk juga.. Sebab anak-anak merengek hari-hari nak pergi zoo, nak naik keretapi percuma dekat Zoo Taiping... Sebagai emak ayah, tak larat juga bila hari-hari mendengar rengekan anak-anak yang suka pergi ke zoo..
Sekadar berkongsi info...
Sebenarnya kita dapat menjimatkan bayaran masuk ke zoo dengan membeli tiket pada harga diskaun sebanyak 50%... Daripada bayar RM80 kepada RM40.00 sahaja.. Walaupun nilainya sebanyak RM40, tapi penjimatan yang besar juga tu...
Caranya mudah sahaja... Anda perlu mencari rakan atau kenalan yang mempunyai alamat tempatan tertera pada kad pengenalan mereka..
Sebagai contoh macam dekat zoo taiping ini, anda perlu mencari rakan atau kenalan yang mempunyai no. kad pengenalan (08 untuk negeri Perak) dan alamat Taiping tertera pada kad pengenalan mereka..
Anda minta bantuan rakan anda untuk membeli tiket masuk ke zoo pada harga diskaun sebanyak 50%..
P/s: Info ini mungkin boleh diguna pakai di Tempat-tempat yang meletakkan bayaran masuk yang berbeza diantara warganegara Malaysia dan Pelancong asing, macam dekat zoo Taiping ini..
hehhe info berguna gak ni.. :)
BalasPadammmahal gak nak masuk zoo sekarang ye.
BalasPadamnak murah masuk zoo johor la baru RM2 dewasa RM1 kanak - kanak
BalasPadamNak murah lagi masuk hutan..
BalasPadamNk cube la trik ni...ley dpt free x
BalasPadamMintak je tolong kt org yg tgh beratur beli tiket tu....mn tau kalu ada org taiping. Tp mmg bebaloi gi zoo tpg. Ke 2 terbaek lps zoo negara. Teman org tepeng. Mmg dpt diskaun ler....hehe
BalasPadamKekadang kita tak paham ..gaji pekerja,,makanan binatang binatang yg ada di dalam zoo...nk beli nk byar gaji ...
BalasPadamTerbaik admin
BalasPadamTerbaik admin
BalasPadamBole tak ic orang taiping tu nak beli sebnyak 163 keping tiket dewasa?
BalasPadam