Selasa, 26 Februari 2013

Jom Belajar Loghat Perak : Jadikan Kamus Perak sebagai rujukan

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya orang Perak.. Isteri pun orang Perak... Saya lahir di Bagan Datoh Perak.. Membesar di Manjung dan Kampung Gajah, Perak.. 

Isteri saya pula berasal dari Kampung Gajah, Perak.. Tempat di mana Loghat perak sebenar dipertuturkan... Kalau jumpa saudara mara di sebelah isteri, berkome keme lah jawabnya... Boleh katakan semua orang boleh mempertuturkan Bahasa Perak "Pior".. kadang tu ada juga perkataan yang saya tak pernah dengar.. Tapi buat-buat faham jer... Bukannya deme perasan pun....  hehehe...  


Kebanyakan perkataan yang dipertuturkan dalam bahasa Perak ni lebih kurang sama macam dalam bahasa Melayu biasa... Cuma sebutan pada bahagian hujung perkataan biasanya ditukarkan kepada vokal "e".... Walaubagaimanapun ada banyak juga perkataan dalam Loghat Perak ni yang langsung berbeza daripada penggunaan Bahasa Melayu biasa .. 

Kalau tak percaya boleh tengok dalam gambar di bawah:


Sumber : Klik Di Sini

Adakah anda dapat mengenal pasti maksud semua perkatan "loghat Perak" dalam gambar tersebut?

Walaupun saya orang Perak Banyak juga dalam senarai perkataan tersebut yang saya kurang pasti maksudnya.. Biasa dengar, tapi nak bagi maksud dengan tepat tak pasti samada betul ataupun tidak.. 

Perkataan yang saya tahu, adalah beberapa ketul... Itupun tak pasti samada betul ker tak maksud yang saya berikan...  Saya cuba yer menyenaraikan mana yang saya termampu...
  • AWOK – Saya
  • HAMBAT = kejar
  • JENUH = lama sangat
  • DEME – mereka
  • LEBOH – Hilang
  • KOME – Korang @ Kau Orang
  • KEME – Saya @ Kami
  • BERDA’AH = bohong/menipu/kelentong
  • JELEPEK – Keadaan badan yg lemah longlai, tak terdaya buat apa2
  • CICOR – Cicah (makan jambu cicah kuah)
  • GETIK – Tak suka / Benci, nyampoh (menyampah)
  • GEMOR – Suka
  • NGANTOR – Hantar
  • NGELAT = menipu
  • NGEKEK – Ketawa terkekek-kekek
  • TUMPOR – Mati
Inijer gamaknya yang saya tahu.. Hehehe..

Jadi, kalau Kome berminat nak belajar bahasa Perak macam keme ni... Bolehlah kome dapatkan kamus Perak dengan menghubungi no. telefon yang tertera pada gambor di atas... Manalah tahu jodoh kome nanti dengan orang Perak.. tak derlah payah bebenor kome nak belajor... hehehe..

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum.

    Org tua saya dua2 org perak.

    Kalau balik kampung opah, otomatik, semua pakcik makcik leh speaking perak ni..kami yg cucu je tak reti2,hahaha.

    Banyak perkataan dalam gambar tu, mmg sy tak pernah dgr..tapi yg anuar listkan tu, dah lebih dari salu..

    Satu lagi, 'ate'. Saya faham, cuma tak tau camna nak describe kalau org tnya.hehe

    BalasPadam
  2. Sye nk tw cm ne loghat perat lau nk bri ucapan mOnink kt kkawan ..btw sye org mlayu

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra