Selasa, 26 Februari 2013

Blitz Chess Challenge SelangorKU Sempena Karnival Belia Petaling Jaya

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hujung minggu ni ada satu pertandingan Catur yang akan diadakan di Dewan Komuniti, Seksyen 7, Kota Damansara... 

Pertandingan Catur pada kali ini diberi nama "Blitz Chess Challenge SelangorKU" yang diadakan Sempena Karnival Belia Petaling Jaya...



Dah lama tak masuk Pertandingan Catur.. Kali terakhir masuk pertandingan catur semasa menyertai Kejohanan Catur Terbuka Sabak Bernam...  Lepas tu tak berkesempatan nak menyertai mana-mana Pertandingan catur, disebabkan sibuk dengan komitmen lain terutamanya yang melibatkan urusan keluarga..

Pada pertandingan catur kali ini, tiba-tiba teringin nak turut serta, memandangkan tiada perancangan lain lagi setakat ini... Lagipun format pertandingan pada kali ini adalah Blitz Game, sebanyak 16 pusingan... Bermain Blitz Game tidak memerlukan masa yang lama seperti bermain Rapid Game.. Jadi tak perlu "susah hati" nak berfikir lama-lama sangat sampai pening kepala... hehehe...  

Walaupun kebarangkalian untuk menang sebarang hadiah tersangatlah tipis... Tapi tak mengapa... Yang penting kita dapat bermain Chess dengan seronok... Dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang turut meminati permainan Chess pun dah kira seronok dah tu... 

Jadi, kepada rakan-rakan yang berminat untuk bermain catur... Saya menjemput anda untuk menyertai Blitz Chess Challenge SelangorKU yang diadakan pada Hari Ahad ini (3 Mac 2013) di Dewan Komuniti, Seksyen 7, Kota Damansara... Bermula pada jam 10 pagi hingga 3 petang...

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pertandingan ini, saya syorkan anda klik di sini


1 ulasan:

  1. mesti bro pandai main catur kann. dulu masa sekolah ada la jugak join tapi asik kalah je terus giveup. hahaha

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra