Sabtu, 26 Januari 2013

Teknik Pemasaran 3 : Sentuh dan Selami Emosi Pengunjung

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bersambung lagi pada kali ini tentang Teknik Pemasaran pemasaran yang seterusnya iaitu Sentuh dan Selami Emosi Pengunjung atau tetamu yang mengunjungi kedai/blog perniagaan kita...

Emosi pengunjung (bakal pelanggan) adalah faktor utama yang boleh membuatkan pelanggan membeli. Jadi, sentuhlah emosi mereka dengan sebaiknya. 

Tapi, sebelum itu anda kenalah berkenalan dengan mereka terlebih dahulu. Anda perlu mengetahui serba sedikit latar belakang pengunjung, sebelum anda boleh menyentuh dan menyelami emosi mereka supaya anda dapat menjadikan mereka sebagai pembeli..  



Bagaimana nak Sentuh dan Selami Emosi Pengunjung?


Untuk menjawab persoalan tersebut, sukacitanya saya ingin berkongsi satu kisah tentang pemasaran yang telah saya terjemahkan dalam Bahasa Melayu berdasarkan pemahaman saya..... Semoga dengan kisah yang saya kongsikan ini dapat membantu anda cara menyentuh dan menyelami emosi pelawat kedai/ blog perniagaan anda..

Suatu hari, seorang pemuda masuk ke ruang pameran kereta Chevrolet untuk melihat model terbaru, Chevy Camaro. Dia memiliki wang yang cukup dan sudah bersedia untuk membuat keputusan membeli. Namun dia masih ragu – ragu, samada membeli Chevy Camaro ataupun Ford Mustang yang ditayangkan di ruang pameran Ford tidak jauh dari situ.


Chevy Camaro

Atau...

Ford Mustang..

Seorang jurujual menyapa pemuda tersebut, dan memahami dilema pemuda tersebut untuk membuat pilihan.

“Boleh anda beritahu saya, apa yang menarik tentang Chevy Camaro?” tanya jurujual tersebut.

“Ianya pantas. Saya sukakan kelajuan” jawab pemuda tersebut.

Selepas sekian lama berbual, jurujual tersebut mendapati pemuda tersebut baru sahaja bercinta dengan seorang gadis sorak (cheer leader) di kolejnya. Apa yang akan jurujual tersebut lakukan?

Mudah. Jurujual tersebut secara lembut cuba menyentuh emosi pemuda tersebut yang dia tahu mampu memberikannya satu jualan pada hari itu. 

Jurujual tersebut membayangkan betapa terujanya teman wanita pemuda itu apabila pemuda itu memandu kereta baru ke rumah. Si penjual juga membayangkan betapa hebatnya mereka berdua menjelajahi pantai dengan Chevy Camaro. Bagaimana hebatnya perasaan cemburu dikalangan rakan – rakan beliau melihat beliau dan wanita yang jelita bersama – sama di dalam sebuah kereta yang hebat.

Tiba – tiba, pemuda tersebut pun menyedari apa yang yang dikatakan penjual tersebut. Dia memahaminya. Si penjual pula terus menyelami emosi pemuda tersebut dengan membayangkan lagi beberapa senario yang hebat. Tanpa mengambil masa panjang, pemuda tersebut mengeluarkan sekeping cek dan menyerahkannya kepada penjual tersebut! 

Dia membeli Chevy Camaro…

Si penjual sebenarnya mengetahui kehendak emosi pemuda tersebut dan bermain – main dengannya, sehingga kehendak emosi pemuda tersebut dipenuhi.

Mungkin anda terfikir, pemuda tadi sukakan Chevy Camaro kerana kepantasannya. 

Betul... namun secara tidak disedari pemuda tersebut memerlukan sebuah kereta yang boleh mengujakan teman wanitanya, rakan – rakannya dan dia berharap mereka akan lebih menyukainya…menjadikannya lebih glamour!

Pemuda tersebut menganggap kelajuan adalah sesuatu yang amat mencabar. Dan pemuda itu berpendapat, dengan melakukan sesuatu yang mencabar akan membuatkan dia lebih dikenali dan menarik perhatian.

Pemuda tersebut mungkin tidak menyedari ini, tetapi penjual itu amat memahaminya dan tahu dimana kehendak emosi pemuda tersebut berada.

Seorang jurujual yang hebat tahu bagaimana untuk menanyakan soalan yang memberikan mereka petunjuk dimana letaknya kehendak emosi seseorang prospek. 

Apabila kita menulis surat jualan/entri, mungkin kita tidak memiliki kemahiran ini maka kita harus membuat penyelidikan iaitu mengetahui apakah yang diperlukan, kemahuan dan keinginan prospek kita.

Ramai pelawat tidak suka dengan penjual, namun pada masa yang sama mereka sangat berminat untuk membeli. Mereka membeli berdasarkan emosi, dan selepas itu mereka mempertimbangkan keputusan membeli tersebut dengan logik. 

Jadi, jangan lupa sediakan logik sebagai pelan sokongan kepada kaedah emosional. Atau dengan erti kata mudahnya kena belajar bermain logik akal dan psikologi, supaya dapat menambat hati pengunjung blog kita untuk membeli barang yang kita iklankan...

Selamat mencuba... Dan semoga berjaya menjana pendapatan sampingan melalui blog anda...


1 ulasan:

  1. wah..dah beberapa tips sy bca dari saudara..memang berguna.tahniah dan terima kasih..:) meningkatkan semangat untuk berbisnes.>:)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra