Selasa, 8 Januari 2013

Berbudi Kepada Tanah.. Inilah hasilnya...

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Berjoging di Stadium Sabak Bernam, mengemas rumah dan berkebun merupakan sebahagian antara  aktiviti masa lapang, apabila kami tidak pergi ke mana-mana pada hujung minggu... 

Dalam banyak-banyak aktiviti, aktiviti berkebun antara aktiviti yang paling menarik untuk kami sekeluarga.. Ini disebabkan anak-anak turut berpeluang membantu memetik hasil tuaian... 

Betapa gembiranya Haikal, apabila diberi kebenaran untuk memetik Cili Padi.. 



Sampai dekat luar pagar pun Haikal Kutip Cili Padi..

Inilah kebun sekangkang kera yang telah kami usahakan di belakang rumah sewa..

Lada besar melambai-lambai minta di petik..

Ini gambar selepas rumput-rumput dicabut.. Sebelum itu jangan ceritalah.. hehehe 


Syukur Alhamdulillah... Pokok Kacang Botol ini tumbuh subur di bumi ciptaan Allah..

Pokok-pokok Serai ini, Hidup segan... Teruskan bertahan... 

Inilah hasilnya untuk santapan hari ini..

Syukur Alhamdulillah.. Dapat petik sedikit Kacang Botol untuk dibuat ulam.. Cili Padi, Cabai besar dan serai untuk dimasak.. Nak masak apa yer hari ni?

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra