Isnin, 24 Disember 2012

Pencapaian Terbaik Blog Coretan Anuar Pada Tahun 2012?

with 2 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun 2012 akan berakhir tidak lama lagi... Sepanjang tahun 2012, Blog Coretan Anuar masih belum berjaya menunjukkan satu pencapaian yang besar dalam bidang penulisan blog... 

Perjalanan masih terlalu jauh untuk mendaki tangga-tangga kejayaan seperti yang telah dikecapi oleh nama-nama besar dalam bidang penulisan blog seperti Tuan Denaihati, Red Mummy, Hanis Zalikha, Beautifulnara, Fatin Liyana, Ben Ashaari, Tun Dr Mahathir, Mazidul Akmal, Lyssa Secret, JustKhai, Irene Nadia Marcello, dan lain-lain.. 

Masih terlalu kerdil pencapaian blog ini, jika hendak dibandingkan dengan pencapaian blogger-blogger yang saya senaraikan di atas...

Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur dengan setiap pencapaian yang ada... Pencapaian yang berjaya saya perolehi pada Bulan ini (Disember), mungkin antara pencapaian terbaik blog Coretan Anuar setakat ini.... 

Setakat ini Blog Coretan Anuar hanya mampu berada pada Rank 273,809 dunia berdasarkan Rank terkini yang dikeluarkan oleh Alexa... 


Rank ini boleh berubah pada bila-bila masa sahaja... Dan kebarangkalian untuk Rank ini kembali meningkat pun ada, sekiranya blog ini jarang berupdate... Harap-harap selepas ini saya mempunyai banyak masa untuk mengupdate blog... ;)

Sejak akhir-akhir ini, saya begitu berminat untuk mempelajari SEO... Terutamanya setelah berjaya memenangi tempat kedua dalam cabaran Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati (Klik Di Sini)

Jadi, setiap kali saya mendapati eksperimen tentang SEO yang saya praktikkan menjadi.. Saya akan kongsikannya di blog ini... Dalam tak sedar, tak sangka dah semakin banyak entri tentang SEO yang telah saya tulis...

Seronok bila dapat peluang bermain dengan SEO.. Lebih seronok lagi, sekiranya teknik SEO yang kita praktikkan membuahkan hasil seperti dalam gambar berikut:

Komisyen yang berjaya saya perolehi daripada Jom Niaga pada bulan Disember 2012

Walaupun komisyen tersebut tidaklah sebanyak mana... Tapi saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab, inilah hasil penangan SEO yang berjaya saya praktikkan... 

Ok.. Tadi, saya dah bercerita tentang sebahagian kejayaan Blog Coretan Anuar... Sekarang ni, saya nak berkongsi cerita pasal kesedihan pula... 

Sehingga sekarang, blog Coretan Anuar masih belum berjaya mendapat sebarang CPUV daripada Nuffnang... Nuffnang kerap memberi iklan CPUV kepada blog Sembang Hari2, walaupun blog tersebut dah lama tidak berupdate... 

Blog Coretan Anuar kerap berupdate, Blog sembang hari2 dapat nama... 

Tanpa trafik yang banyak mengunjungi Blog Sembang hari2, mustahil saya berjaya mendapat banyak income daripada CPUV yang diberikan... Huh..


Bila keadaan ini berterusan, tak banyaklah rezeki yang berjaya saya perolehi melalui pengiklanan nuffnang... 

Sampai sekarang, saya pun tidak tahu di mana silapnya... Apa yang boleh saya buat, Saya terus berfikiran positif dan menganggap itu bukan rezeki saya... ;)

Harapan saya pada tahun 2013 nanti, semoga blog Coretan Anuar berjaya menurunkan lagi Rank Dunia daripada di bawah 300K kepada di bawah 200k... Diharap anda semua dapat mendoakan kejayaan saya... Terima kasih di atas sokongan yang anda berikan selama ini.. 


2 ulasan:

  1. masih banyak lagi kena belajar bab seo nih gayanya..

    BalasPadam
  2. pasal CPUV ni try la hantar tiket tnya apa yg tak kena dekat blog bro, nanti ada lah dorang bagi solution apa yang xkena dekat blog bro

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra