Ahad, 16 Disember 2012

Misi untuk Mengalahkan Anuar Zain dan Anwar Ibrahim... Tapi...

with 4 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Terlebih dahulu saya nak menjernihkan keadaan dengan tajuk di atas... 

Tajuk di atas tiada kena mengena dengan isu politik berkaitan dengan PRU ke 13... Ataupun berkaitan dengan dunia hiburan... Saya masih lagi waras... Tidak terlintas di hati saya untuk "menyumbangkan" suara bagi menyaingi Anuar Zain... ;)


Ataupun mencalonkan diri sendiri dalam PRU 13 untuk mengalahkan Anwar Ibrahim... ;)



Tujuan entri ini ditulis langsung tiada kena mengena dengan dunia Politik dan Dunia Hiburan... Tetapi ada kena mengena dengan Anuar Zain dan Anwar Ibrahim...  

Malam tadi saja gatal-gatal tangan nak menggoogle nama sendiri, menggunakan Keyword Anuar... 

Seperti yang dijangkan keputusannya tidaklah sebaik mana... Sekadar menduduki Rank ke 9 di page pertama... 

Rank pertama di dominasi oleh Video You Tube Anuar Ibrahim dan Rank ke dua di dominasi oleh Video You Tube Anuar Zain... 



Terlalu kerdil diri ini dari segi populariti di laman web Google... Walaupun saya mempunyai sedikit pengetahuan tentang SEO...

Sebenarnya saya sangat menyukai cabaran... Terutamanya dalam cabaran untuk menjadi  "juara dalam SEO" ... Tentu banyak trafik akan masuk ke blog saya sekiranya saya mampu mengangkat blog Coretan Anuar ke Rank pertama Google untuk keyword "Anuar"...  Terutamnya waktu hampir dengan pilihan raya ini... 

Tetapi untuk mencapai kejayaan tersebut, bukannya mudah... Banyak perubahan yang terpaksa saya lakukan... 




Perubahan yang paling besar perlu saya lakukan ialah dengan menukarkan kata panggilan untuk diri sendiri dalam penulisan Blog... Daripada panggilan "saya" seperti yang biasa  digunakan pada ketika ini, kepada panggilan yang baru "Anuar"...

Sanggupkan saya melakukan perubahan tersebut??

Buat masa ini saya tak sanggup lagi melakukan perubahan tersebut... Terasa janggal untuk saya menukarkan nama panggilan tersebut semata-mata untuk menjuarai SEO dan mengejar trafik....

Biarlah trafik blog Coretan Anuar maintain dengan 1000++ view sehari... 


Kepada anda yang berminat untuk menguji tahap kemampuan SEO blog anda, saya syorkan supaya menyertai Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2... Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pertandingan ini, sila klik pada banner di bawah..


P/S: Semoga kata-kata ini dapat menjadi motivasi kepada kita semua dalam menguasai SEO: 
"Alangkah indahnya sekiranya aku dapat menggapai bintang,
Seandainya tidak berjaya sekalipun, sekurang-kuranya aku berjaya mencapai bulan, 

Sekiranya aku gagal kedua-duanya, aku tetap berjaya menerokai awan kelabu."  

4 ulasan:

  1. kena buat banyak promotion tu...sure boleh naik lagi...

    - www.FaridAdam.com -

    BalasPadam
  2. Nasib baik nama saya bukan artis atau ahli politik tengah guna, senang dapat nombor 1. hehe

    BalasPadam
  3. rasanya yang youtube tu memang payah sikit kot sebab dia memang pr tinggi..wikipedia pu susah..kalau kalhkan rotikya pun dah kira dah hebat..tapi blog ni memang dah hebat pun kan..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra