Isnin, 24 Disember 2012

Gol Menarik Frank Lampard Sewaktu Chelsea Membelasah Aston Villa 8-0

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama betul, saya tidak berkesempatan untuk menulis berita tentang Bola Sepak... Kali terakhir saya menulis Berita tentang Bola Sepak ialah sewaktu Perlawanan Akhir EURO 2012, yang dimenangi oleh pasukan Sepanyol... Selepas itu, blog ini sepi daripada membicarakan tentang Bola sepak tempatan mahupun luar negara...

Walaupun tidak berkesempatan menulis berita tentang bola sepak, tetapi saya masih mengikuti perkembangan sukan ini samada dalam mahupun luar negara... Terutamanya berita yang melibatkan pasukan kegemaran saya seperti Argentina, Chelsea, Barcelona dan Juventus...  

Semalam ada satu berita menarik tentang kejayaan pasukan kegemaran saya, Chelsea membelasah Aston Villa 8-0... 


Lebih menarik lagi, pemain tulang belakang Chelsea, Frank Lampard berjaya menghasilkan satu jaringan menarik dalam penampilannya yang ke 500 dalam Premier League... Anda boleh menyaksikan jaringan menarik Lampard dalam gambar di bawah... 


Jaringan tersebut merupakan antara jaringan terbaik yang pernah dihasilkan oleh Lampard.. Lebih menarik lagi, sewaktu jaringan tersebut dilakukan... Chelsea berjaya memenangi perlawanan dengan bilangan gol yang cukup besar... 8-0..

Tahniah Chelsea... dengan kemenangan ini telah melonjakkan kelab Chelsea ke tangga ketiga liga, tujuh mata di belakang Manchester City yang kini menduduki tangga kedua tetapi bermain kurang satu perlawanan.  

1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra