Rabu, 14 November 2012

Wah!! Seronoknya dapat jadi jutawan..

with 4 comments
Alangkah Seronoknya kalau dapat berpeluang menjadi Jutawan.. Dapat membebaskan diri dan keluarga daripada masalah kewangan, sehingga ke beberapa generasi..

Tapi masih jauh lagi perjalanan untuk menjadi Jutawan dalam Ringgit Malaysia.. 

Walaupun tidak berpeluang untuk menjadi jutawan dalam Ringgit Malaysia, tetapi kita semua patut bersyukur kerana sebahagian besar rakyat Malaysia berpeluang menjadi jutawan dalam Rupiah.. 

RM337.00 bersamaan Rp 1 juta pada bulan lepas.. Senang tak nak jadi jutawan... Dalam Rupiah...  hehehe.. ;)



Walaubagaimanapun.. Bukannya senang nak jadi jutawan sekiranya kita bekerja makan gaji.. Melainkan kita bijak mencari peluang terbaik untuk melaburkan wang kita, supaya menjadikan wang bekerja untuk kita.. 

Secara realitinya, kebanyakan daripada kita hidup makan gaji untuk menampung keperluan seharian... Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang.. Begitulah seterusnya yang berlaku pada setiap bulan, bagi golongan orang yang bekerja makan gaji seperti saya..

Masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan sekiranya bercita-cita untuk keluar daripada kitaran Rat Race seperti AbangensemSaufi Karim, Encik Ismail, Encik Jamal dan lain-lain..

P/s : Semoga satu hari nanti saya berjaya mengikuti jejak mereka yang bejaya keluar daripada kitaran Rat race untuk bekerja sendiri.. ;)


4 ulasan:

  1. kena berusaha kuat lah kan nak jadi jutawan nie :)

    www.munvioletttaxious.com

    BalasPadam
  2. tahun lepas MB ke bandung.. terasa jutawan sekejap.. banyak duit dalam tangan..berjuta-juta..

    BalasPadam
  3. 1 juta rupiah bawak gi sana mesti banyak benda boleh beli kan?

    BalasPadam
  4. Saya kalau ke Jakarta...selalunya jadi jutawan rupiah jugak, besar-besar pulak t duit rupiah ni hehehe

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra