Rabu, 14 November 2012

Semakan Panggilan Temuduga KPLI-SR j-QAF

with 0 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Kepada rakan-rakan yang telah menduduki ujian MTEST untuk menyertai program KPLI-SR j-QAF, Keputusan panggilan temuduga telah pun keluar.. 

Anda boleh mula membuat  Semakan panggilan temuduga KPLI-SR j-QAF bermula pada 12 November yang lalu.

Cara untuk membuat semakan ini mudah sahaja.. Anda hanya perlu menaip no. Kad pengenalan dan No. Pin seperti dalam gambar di bawah:

Semak Status anda dengan klik di sini


Tahniah saya ucapkan kepada anda yang berjaya tersenarai dalam panggilan temuduga tersebut.. Ini bererti, anda hanya perlu selangkah sahaja lagi untuk menggapai impian menyertai program KPLI-SR j-QAF dan seterusnya bakal guru j-QAF. 

Selepas menempuhi ujian MTeST dengan jayanya, kini hanya tinggal seisi temuduga sebagai halangan anda menghampiri impian dan cita-cita bergelar guru j-QAF.

Mengikut Kalendar aktiviti DPLI-SR j-QAF ambilan Januari 2013, sesi temuduga akan diadakan pada 19 Nov hingga 23 Nov 2013.. Anda mempunyai masa sekurang-kurangnya 5 hari lagi untuk membuat persediaan sebelum menduduki sesi temuduga tersebut..

Sumber : (Klik Di Sini)

Semoga anda berjaya dalam sesi Temuduga tersebut.. 

Berdasarkan maklumat yang saya terima syarat pemilihan untuk menyertai program KPLI-SR j-QAF telah diperketatkan agar calon yang dipilih benar-benar berwibawa dan berkemampuan.

Fokus utama seisi temuduga KPLI-SR j-QAF adalah aspek ilmu pengetahuan calon dalam bidang pengajian yang dipohon bagi menilai tahap penguasaan dalam subjek yang dipilih.

Selain itu calon temuduga bakal di uji dari segi pengetahuan am dan isu semasa. Turut diambil kira adalah sahsiah yang menepati ciri-ciri pendidik, kemahiran berkomunikasi, kematangan fikiran serta penampilan diri.

Tunjukkan kualiti diri anda pada panel penemuduga bagi menyakinkan mereka, anda adalah calon paling sesuai bergelar guru j-QAF. Fokuskan kepada persediaan menjelang temuduga KPLI-SR j-QAF pada 19 Nov – 23 Dec 2012. Tanamkan azam dan bertekad untuk membuktikan kredibiliti anda sebagai calon guru j-QAF pada seisi temuduga.

Oleh itu anda disyorkan menggunakan Panduan Lengkap Temuduga KPLI-SR j-QAF sebagai ‘senjata’ menahan ‘asakan’ soalan panel penemuduga. Maklumat lanjut Klik Di Sini


Kebarangkalian untuk anda lulus dalam sesi temuduga tersebut adalah tinggi.. Ini disebabkan banyak guru J-Qaf diperlukan pada ketika ini berdasarkan artikel-artikel yang pernah saya baca di beberapa akhbar.. Berikut saya sertakan beberapa artikel yang pernah saya baca di Akhbar-akhbar berkaitan dengan keperluan Guru J-Qaf di seluruh negara..
13,000 guru J-QAF diperlukan (Petikan Utusan Online)



MELAKA 1 Okt. — Kementerian Pelajaran memerlukan kira-kira 13,000 lagi guru bagi program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) bagi menampung kekurangan guru program itu di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, setakat ini hanya terdapat 14,000 guru J-Qaf yang mengajar di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.
"Cadangan untuk dilaksanakan program J-Qaf di sekolah menengah belum dapat dilaksanakan hingga hari ini kerana masalah untuk mendapatkan guru J-Qaf," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan Keempat di Masjid Al-Azim di sini, hari ini.
Dr. Mohd Puad berkata, terdapat cadangan bagi memberi peluang kepada guru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk dilatih menjadi guru J-Qaf.

Bagaimanapun, kementerian menggalakkan mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang berkenaan terutama lepasan universiti tempatan dan negara Timur Tengah memohon jawatan guru J-Qaf.
Beliau berkata, program J-Qaf banyak mencapai kejayaan terutama peningkatan tahap penguasaan jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain kepada pelajar yang mengikuti program itu.
Mengenai laporan akhbar hari ini yang mendakwa ganjaran kewangan kepada guru besar dan sekolah yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dipercayai menjadi punca beberapa calon kurang pandai dihalang sekolah daripada menduduki peperiksaan, Dr. Mohd. Puad berkata, ganjaran bukan puncanya.
"Pada saya, ini lebih kepada masalah kemungkinan ada satu, dua guru besar yang tidak faham dasar Kementerian Pelajaran sendiri.
''Mereka ambil jalan mudah terhadap pelajar yang mungkin mereka katakan ada masalah untuk menduduki peperiksaan tersebut, sebab itulah berlaku kes seperti ini.
"Kadangkala kita (guru dan guru besar) terlalu dirasuk kepada peperiksaan untuk mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran, iaitu 5A atau 10A, itu juga yang menjadi puncanya," katanya.
Beliau berkata, Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Pelajaran Daerah perlu terus memperingatkan guru besar dan pengetua bahawa mereka tidak ada hak untuk menghalang seseorang pelajar daripada menduduki peperiksaan.
Baru-baru ini, beberapa calon UPSR Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Sira, Baling, Kedah dan SK Bandar Bintangor, dalam bahagian Sarikei, Sarawak dihalang menduduki peperiksaan tersebut kerana dianggap lemah dan boleh menurunkan prestasi peperiksaan sekolah. - BERNAMA



Utusan Malaysia Online: 2 Oktober 2011

Masalah Kekurangan Guru J-Qaf Di Malaysia (Petikan akhbar Kosmo)

KUALA LUMPUR – Guru-guru untuk program pembelajaran jawi al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain (j-Qaf) semakin berkurangan di semua sekolah rendah di Malaysia. Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenainya.

“Purata biasa untuk tiga kelas ialah seorang guru j-Qaf tetapi di Pahang, contohnya, seorang guru terpaksa mengajar enam kelas berseorangan,” jelasnya kepada Kosmo! di sini semalam.Menurut Mohamed Sabri, kekurangan guru-guru itu membimbangkan kerana matlamat untuk program itu tidak akan tercapai sekiranya jumlah guru yang dibekalkan semakin berkurangan.

“Bayangkan, pada tahun ini hanya 1,500 orang guru j-Qaf ada di seluruh negara sedangkan saya dapat maklumat di Perak sahaja 400 guru diperlukan. Mana cukup dengan jumlah 1,500 orang itu untuk tahun ini?”katanya.Mohamed Sabri berkata, masalah itu mula berlaku sejak tahun 2009 dan ia semakin berlarutan sehingga kini.

Sejak tahun j-Qaf mula diperkenalkan pada 2004, ia telah diterima baik murid-murid di sekolah dan ia merupakan satu pembelajaran yang bermanfaat tetapi jika perkara ini terus berlarutan program itu akan jadi sia-sia.Katanya lagi, pihak kesatuan berharap Kementerian Pelajaran mengambil berat soal kekurangan guru itu agar pembelajaran murid-murid tidak terjejas.

RMKe-10: Guru J-QAF ditambah (Petikan Berita Harian)

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

Kerajaan wujud 10,000 jawatan baru tampung keperluan sekolah di seluruh negara

ALOR SETAR: Kerajaan akan mewujudkan 10,000 perjawatan baru mengisi kekosongan guru J-QAF selaras usaha menambah guru pendidikan Islam di sekolah seluruh negara seperti dirangka dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata perjawatan baru itu sebagai tambahan kepada 14,000 guru J-QAF sedia ada di seluruh negara bagi menampung keperluan sekolah.

Beliau berkata, usaha menambah sumber manusia membabitkan guru pendidikan agama akan lebih mudah kerana RMKe-10 membuka peluang kepada lulusan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama menjadi guru pendidikan Islam dan J-Qaf.

“Justeru, penambahan 10,000 jawatan ini dijangka dapat merealisasikan hasrat menempatkan guru J-QAF di setiap sekolah rendah yang mempunyai pelajar Melayu termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Ketika ini, jumlah guru J-QAF tidak cukup untuk menampung keperluan sekolah dan kita berharap penambahan guru dapat membantu usaha melahirkan modal insan berkualiti,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Guru Agama Malaysia Barat Cawangan Kedah, di sini semalam.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dijangka menyelaras perjawatan guru agama di jabatan dan majlis agama menerusi pelan dirangka dalam RMKe -10.

“Selain itu, kita jangka lebih banyak premis dan bangunan jabatan serta majlis agama dibina dalam rancangan lima tahun ini, manakala sistem pengurusan dan penyelenggaraan masjid pula akan dipergiatkan,” katanya.

Jamil Khir berkata, RMKe-10 memberi manfaat secara menyeluruh dengan menggabungkan pembangunan fizikal dan modal insan menerusi penyediaan program dan perancangan konsisten.

Berdasarkan ketiga-tiga artikel tersebut menunjukkan masih ramai guru J-QAf diperlukan pada ketika ini.. Semoga anda berjaya menjadi salah seorang daripada guru J-Qaf tersebut dan dapat menaburkan ilmu kepada anak didik anda yang mungkin datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza... 


Semoga dengan ilmu yang bakal anda berikan nanti dapat menjadikan anak didik anda insan  yang cemerlang di dunia dan akhirat.. Insya Allah.. 

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra