Isnin, 19 November 2012

Konsep Berkongsi Rezeki Dengan Tetamu

with 1 comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Dalam islam kita diajar supaya melayan tetamu yang berkunjung ke rumah kita dengan baik..  Kita diajar supaya melakukan perkara berikut setiap kali menerima tetamu:
  • Memberikan layanan dengan baik
  • Bersifat Ikhlas dan berlapang dada
  • Menunjukkan muka yang manis
  • Menyediakan jamuan mengikut kemampuan
  • menyediakan kemudahan yang baik kepada tetamu

Siapakah tetamu?
Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.”
-Muttafaqun ‘Alaihi- 
Nota : Muttafaqun ‘Alaih ertinya hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhariy dan Al-Imam Muslim. Maksudnya ialah hadis tersebut disepakati oleh kedua-dua Imam iaitu Al-Imam Al-Bukhariy dan Al-Imam Muslim.


Kenapa Islam menggesa melayan tetamu?
Banyak kelebihannya, antaranya kita akan lebih murah rezeki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T.. Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu.

Penghargaan Kepada Pengunjung Pak Ya Homestay
Berdasarkan konsep ini.. setiap kali kami menerima pengunjung Pak ya Homestay, kami akan cuba melayan mereka dengan baik.. 

Biasanya setiap kali penyewa mendaftar masuk ke Pak Ya Homestay, ayah mertua saya akan membekalkan makanan dan minuman kepada mereka.. Kebiasaannya sebuku Roti Gardenia dan 2 botol air minuman.. Tetapi pemberian tersebut tidaklah kami nyatakan di dalam pengiklanan Pak Ya Homestay.. ;)

Kemudian apabila para penyewa mendaftar keluar dari Pak Ya Homestay, Ayah mertua saya akan memberikan mereka "ole-ole" hasil daripada kebun beliau.. Tengoklah apa rezeki yang ada?? Mungkin cempedak, pisang, rambutan, dan sebagainya.. Tapi yang ni tak janji yer.. Kalau ada rezeki adalah tu...  

Selain itu,  baru-baru ini saya juga turut berkongsikan rezeki Pak Ya Homestay dengan para blogger yang berminat untuk mendapatkan rezeki tersebut.. Untuk maklumat lanjut, sila Klik Di Sini



Perkongsian Rezeki dari Pak Ya Homestay: (Klik Di Sini)



Apabila kita melayan tetamu dengan baik, Insya Allah kita akan dapat: 
  • Mengeratkan Hubungan silaturrahim.
  • Lebih kenal-mengenali antara satu sama lain 
  • Menambahkan rezeki, dan
  • memudahkan urusan kerjasama antara satu sama lain. 

Penghargaan Kepada Pengunjung Blog

Seterusnya, bagaimana pula dengan tetamu yang mengunjungi blog kita?

Tetamu yang mengunjungi blog kita tentu lebih banyak daripada tetamu yang mengunjungi rumah kita.. Jadi seharusnya kita juga perlu memberi layanan kepada mereka dengan baik.. 

Walaupun kita tidak mengenali kesemua pengunjung blog kita... Tetapi kehadiran mereka secara tidak langsung akan menambahkan rezeki kepada kita, samada dari segi trafik atau wang ringgit..

 Kita perlu ingat.. Tanpa mereka, siapalah kita.. Rezeki yang berjaya kita perolehi melalui blog berpunca daripada para pengunjung blog kita.. Jadi hargailah mereka dengan sebaiknya.. ;)

Disebabkan itu, kalau ada rezeki lebih tu buatlah sesuatu yang membolehkan kita berkingsi rezeki dengan mereka seperti:
  • Mengadakan Giveaway
  • Mengadakan Pertandingan
  • Mengadakan Contest
  • Memberi pujian kepada mereka
  • dan sebagainya..

Dengan cara ini, akan menjadikan para pengunjung blog kita akan berasa diri mereka lebih dihargai.. ;) 

Dari sinilah bermulanya idea untuk menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular pada tahun lepas.. Dan Syukur Alhamdulillah, Pertandingan ini telah pun masuk ke edisi yang ke dua.. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terus menyokong pertandingan ini termasuk para peserta dan juga para penaja..



Insya Allah.. Dengan setiap rezeki yang kita kongsikan pada hari ini, akan dapat melipat gandakan rezeki yang bakal kita perolehi pada masa akan datang... ;)

1 ulasan:

  1. haha. kene setempek. lately sy jrg dpt melawat mane2 blog. keje byk x ckp mase nk melawat..hikhk

    btw, bestnye ade byk buah - buahan 2..bgs effort awk. Sesuatu yg besar dtgnya dr sesuatu yg paling kecil.. Teruskn usaha..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra