Ahad, 28 Oktober 2012

Motivasi Kepada Para Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menyertai Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..  Sekiranya anda masih belum menyertai pertandingan ini... Saya mengalu-alukan penyertaan anda.. Anda perlu menyertai Pertandingan ini supaya dapat menguji tahap penguasaan SEO blog anda.. 

SEO sesuatu yang perlu kita pelajari dan praktikkan untuk melihat sendiri hasilnya.. Bukannya senang untuk menguasai SEO.. Tetapi bukan sesuatu yang mustahil untuk membolehkan anda menguasai SEO..


SEO merupakan satu perkara yang sangat menarik untuk diterokai.. Sesiapa sahaja boleh berjaya melakukannya dengan syarat tidak berputus asa.. Buktinya??

Lihat pada gambar di bawah: 

Berita Penuh : (Klik Di Sini)

Blog Coretan Anuar telah berjaya memenangi tempat kedua Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati... Untuk membaca rahsia kejayaan Pemenang Top 5 Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati (Sila klik di sini)

Kejayaan ini bukan menunjukkan saya pakar dalam SEO..

Tetapi membuktikan bahawa, sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh pasti kita akan berjaya... Bak kata peribahasa.. "Kalau Tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya"...

Kenapa kita perlu mempelajari SEO?

Melalui SEO boleh mencerahkan peluang kita untuk menjana pendapatan melalui Blog secara Percuma.. Sebagai contoh anda boleh klik di sini

Untuk berjaya menjana pendapatan melalui internet, anda memerlukan medium pemasaran yang berkesan samada menggunakan sistem Auto Responder atau SEO.. atau kedua-duanya sekali..

Anda perlu mengeluarkan wang (modal) untuk menggunakan sistem Auto Responder (Dalam Lingkungan RM50-RM100 sebulan).. Tetapi kebanyakan usahawan internet yang menggunakan sistem ini berjaya memperolehi hasil yang sangat lumayan...

Contoh usahawan Internet yang berjaya menjana pendapatan yang lumayan dengan menggunakan Sistem Auto Responder ialah Irfan Khairi, Samsuriyadi, Jamalluddin Bahari, Puan Sarah, Eruwan Gerry,  dan  lain-lain.. 

Sekiranya anda mempunyai modal, saya syorkan anda menggunakan Sistem Auto Responder seperti mereka..  

Tetapi bagi anda yang berminat untuk menjana pendapatan di internet, tetapi sayang untuk mengeluarkan modal seperti saya..  Saya syorkan anda mempelajari dan menguasai SEO.. 

Melalui SEO akan dapat membantu meletakkan blog anda di page pertama google untuk hasil carian bagi sesuatu "Keyword"..

Sebagai contoh.. Pengguna Internet mencari info tentang "Contoh Soalan Bertulis Pegawai Akauntan W41".. 

Apabila pengguna internet yang bakal menduduki peperiksaan tersebut membuat carian menggunakan keyword  "Contoh Soalan Bertulis Pegawai Akauntan W41" di laman web google, mereka ini tergolong dalam golongan yang sangat memerlukan info tersebut.. 

Dan pada ketika ini, mereka tidak kisah pun sekiranya terpaksa membeli ebook, video atau apa sahaja yang boleh membantu mereka menjawab peperiksaan tersebut sehingga berjaya..

Inilah rezeki bagi golongan blogger yang mahir menggunakan SEO.. Mereka dapat membekalkaan maklumat yang dicari oleh pengguna internet yang sangat memerlukan maklumat tersebut.. 

Apabila pengguna internet membeli ebook/videoa/panduan melalui link yang disyorkan oleh blogger.. Blogger mendapat komisyen daripada hasil jualan tersebut.. manakala pengguna internet berpuas hati kerana berjaya memperolehi apa yang mereka cari.. Win-Win situation..

Jadi untuk anda mengenal pasti tahap penguasaan SEO blog anda.. Saya syorkan anda menyertai Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2.. 


Good Luck.. Semoga anda berjaya menjadi salah Seorang Pemenang Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2

8 ulasan:

  1. taw dh kalau ikaa join pn mst kalah

    BalasPadam
  2. wahh..siap bagi motivasi lagi tu. bagus, bagus. :)

    BalasPadam
  3. bagus2...usaha tangga kejayaan :)

    BalasPadam
  4. motivator yang best.. saya belum termotivate lagi utk turut serta. emmm.. penyakit M sudah datang.

    BalasPadam
  5. Saya setuju dengan motivasi ni. Bagi saya SEO ni boleh di anggap trafik percuma yang targeted. Kalau kata kunci yang kita pilih tu menguntungkan memang masyuk. Dan dari kata kunci pun kita kena agak pembaca kita, pembaca yang nak membeli ka, yang nak tahu ja ka, nak cari maklumat ka. Bagi saya paling penting dalam SEO, pemilihan kata kunci.

    BalasPadam
  6. wah ..terus bermotivasi tpi.....pnyertaan sy belum disahkan admin,,hilang seketika "motivasi"...:P

    BalasPadam
  7. Azza dah lama join tapi link list peserta tu takda pun :(

    BalasPadam
  8. Nampaknya saya pun kena mencuba pratik teknik SEO dengan menyertai contest dan segmen. Cara ni dapat menilai pemahan teknik SEO kita

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra