Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sejak akhir-akhir ini kesibukan sudah mula melanda.. Terlalu banyak perkara yang perlu di buat.. Tetapi itulah hakikatnya bekerja dalam sektor kerajaan.. Dalam sektor pembangunan modal insan pula tu.. Besar tanggungjawabnya untuk menjadikan mereka manusia yang berguna apabila telah menamatkan pengajian kelak..
Minggu ni sibuk menyiapkan dokumen untuk Audit dalaman ISO.. Saya redha sahaja sekiranya fail saya terpilih untuk di audit pada kali ini.. Saya akui fail saya tidaklah terlalu lengkap.. Tapi itu semua hanyalah dokumen dan dokumen.. Naik letih dibuatnya apabila melayan kerenah dokumen-dokumen ni..
Minggu hadapan ada audit dalaman MQA.. Saya diamanahkan untuk menjadi salah seorang Auditor.. Saya akan cuba menjalankan kewajipan tersebut dengan sebaik mungkin.. walaupun sekiranya saya sendiri yang di audit, tentu ada banyak kelemahan akan berjaya ditemui.. huhuhu.. Nak buat macamana kita manusia biasa, tiada yang sempurna.. Doakan semoga kami berjaya mendapat agreditasi MQA pada Audit MQA yang sebenar nanti.. ;)
Minggu hadapan juga ada aktiviti pembentangan proposal projek akhir yang melibatkan dua kumpulan pelajar saya.. Doakan kejayaan mereka dalam pembentangan tersebut.. Saya telah cuba membantu memberi tunjuk ajar yang sepatutnya.. Yang selebihnya di atas inisiatif yang perlu mereka lakukan untuk persediaan bagi menghadapi pembentangan tersebut..
Diharap mereka dapat melakukan yang terbaik seperti projek yang pernah saya selia pada semester lepas:
Automatic Serve Robot
Security Gate Password
Tahun ini dalam Sejarah..
Buat pertama kalinya Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) diadakan.. dan tidak sangka pula dalam acara sukan pertama kali ini memilih Politeknik sebagai Urusetia Pertandingan Catur.. Nampaknya terkena juga dekat batang hidung saya, tanpa dapat ditepis..
Penolong Penyelaras Teknikal Catur SUKIPT..
Pertandingan Catur akan diadakan pada Bulan November..
Sumber : <Klik Di Sini>
Setakat ini saya baru berjaya memilih pemain yang akan mewakili PSIS dalam pertandingan tersebut nanti.. Masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan.. Semuanya memerlukan tuntutan masa daripada saya..
Jadi saya harap supaya pembaca blog ini dapat mendoakan kejayaan saya dan para pelajar saya dalam setiap bidang yang kami ceburi..
P/s: Sekiranya saya tak sempat nak update blog dengan kerap dalam masa sebulan dua ni, faham-faham jerlah yer.. TQ..
Bace perkataan MQA tu rase dah tensen walaupun saye bukan AJK...colleague sy yg ajk dah ala2 nak breakdown dah sebab nak cepat dapatkan utk mulekan program baru...
BalasPadamGood luck ye :)
teringat time dok poli ai 2
BalasPadamsemoa semuanya berjalan dgn lancar!
BalasPadammudahan pelajar bro berjaya untuk present project nanti. supervisor project yg lebih risau...terbaiklah supervisor mcm ni.
BalasPadam