Selasa, 14 Ogos 2012

Rezeki Yang Tidak Di Sangka-Sangka Daripada Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada bulan lepas saya ada menulis satu entri tentang Pelaburan hartanah Tanpa Modal.. Entri tersebut saya tulis disebabkan kecewa kerana tidak berjaya menempah iklan di Blog AbangEnsem.. Ini semua Gara-gara Pelaburan Hartanah Tanpa Modal. hehehe..

Sebaik sahaja entri tersebut berjaya saya paparkan di blog ini, Abang Ensem terus menerjah ke blog saya dan menawarkan ruang pengiklanan kepada saya di blog beliau pada harga RM30 sebulan.. Syukur Alhamdulillah.. ;) 

Tanpa membuang masa lagi saya terus menghantar banner yang ingin saya iklankan kepada Abang Ensem dan membayar harga kos pengiklanan tersebut..

Lebih bersyukur lagi .. Apabila dalam masa yang sama saya dapat mengurangkan kos pengiklanan di Blog abang Ensem daripada RM30 kepada hanya RM5 sahaja..

Nak tahu bagaimana saya dapat mengurangkan harga kos pengiklanan tersebut?

Caranya begini.. Sebenarnya, Setelah entri tersebut diterbitkan, dengan tidak disengajakan saya berjaya memperolehi satu jualan untuk ebook "Beli Rumah Tanpa Modal" yang ditulis oleh Saufi karim.  .. 

Hasil jualan ebook tersebut telah membolehkan saya mendapat komisyen sebanyak RM25.. Syukur Alhamdulillah..


Ini semua merupakan rezeki daripada Allah S.W.T, untuk hambanya yang tidak pernah berputus asa daripada berusaha.. 

Mungkin inilah hikmah disebalik kegagalan saya menempah iklan di Blog Abang Ensem pada bulan sebelumnya..

Jadi.. pengajaran yang boleh saya ambil di sini ialah.. 

Setiap perkara samada baik atau buruk yang berlaku kepada diri kita mempunyai hikmah disebaliknya.. Bagi pendapat kita perkara tersebut mungkin tidak, elok.. Tetapi sebenarnya Allah nak menguji sejauh mana tahap kesabaran kita..

Dengan berkat kesabaran tersebut,.. Insya Allah, kita akan berjaya mendapatkan apa yang kita nak, tapi mungkin lebih baik lagi daripada apa yang kita jangka..

Contohnya:

Sekiranya Abang Ensem bersetuju membenarkan saya meletakkan iklan saya di blog beliau pada bulan lepas, mungkin saya tak terfikirpun nak menerbitkan satu artikel tentang "Semuanya gara-gara Pelaburan hartanah Tanpa Modal"..

Tapi apabila Abang Ensem tidak menerima iklan saya, disebabkan slot pengiklanan di blog beliau telah diisi oleh iklan Pelaburan hartanah Tanpa Modal.. Menyebabkan saya berusaha mencari idea untuk menempatkan iklan blog saya di blog beliau.. 

Melalui Idea yang berjaya saya perolehi, telah menyebabkan saya menghasilkan entri tentang Pelaburan Hartanah tanpa modal.. 

Dan hasil daripada entri tersebut, telah membolehkan saya berjaya memperolehi satu jualan, dan juga ruang pengiklanan di Blog Abang Ensem..  

Setelah di kira kos pengiklanan yang saya keluarkan (RM30) dengan komisyen yang saya terima daripada hasil jualan ebook tersebut (RM25) .. Jumlah kos yang saya keluarkan untuk iklan tersebut cuma RM 5 sahaja..

Jadi, sebagai seorang hamba, kita kena Redha dengan setiap perkara yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dalam hidup kita.. Allah lebih mengetahui ke atas segala-galanya yang berlaku kepada diri kita.. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segala-galanya.. Wallahualam..




P/S: Gara-gara Banner Pelaburan Hartanah Tanpa Modal kepunyaan Saufi Karim ini, telah menyebabkan Saya berjaya mengurangkan kos pengiklanan di Blog Abang Ensem...  

Terima kasih Saufi karim, Terima kasih Abang Ensem di atas pengalaman yang cukup berharga ini.. Syukur Alhamdulillah....

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah..Tahniah rezeki Allah di bulan Ramadhan

    BalasPadam
  2. rezeki hang. tahniah. tahniah. :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra