Ahad, 5 Ogos 2012

Hobi Terbaru Isteri saya.. Cantik tak? (Bah. 4)

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada Kali ini saya ingin menyambung semula tentang kisah hasil seni isteri saya...

Hasil seni yang berjaya beliau hasilkan pada kali ini ialah.. Kad Ucapan I Love U untuk suami Beliau...

Eh.. Siapa suami isteri saya??.. Sayalah orangnya Hehehe..

Terima kasih Sayang.. I Love U Too..


Walaupun kad ucapan ini kelihatan simple, tapi menarik pada pandangan mata saya..


Ianya seratus peratus diperbuat dengan menggunakan gabungan pelbagai jenis kertas warna.. Melainkan reben berwarna merah dan putih..


Kos untuk menghasilkan ucapan ini, tidaklah mahal.. Cuma ianya memakan sedikit masa untuk disiapkan..


Baru-baru ini ada seorang rakan sepejabat isteri saya menempah kad ucapan hari raya untuk diberikan kepada suami beliau.. 

Rakan pejabat isteri saya tersebut, baru sahaja mendirikan rumah tangga.. Jadi mungkin beliau nak memberikan kad ucapan hari raya yang paling istimewa untuk suami beliau sempena hari raya pertama bergelar suami isteri..


Daripada berkawan sampai bercinta, semua kad raya dibeli di Pasaraya atau kedai-kedai yang menjual kad raya.. Dah letih pilih design, tapi lebih kurang macam tulah juga designnya.. Cuma mungkin berbeza dari segi gambar dan kata-kata ucapan yang terdapat di dalamnya..

Jadi pada tahun ini, sempena tahun pertama bergelar suami isteri.. beliau berhasrat untuk memberikan kad raya yang lain daripada yang lain.. Kad raya yang pastinya tidak dapat dibeli di mana-mana kedai.. ;)

Insya Allah, sekiranya isteri saya berjaya menyiapkan kad tersebut, saya akan kongsikannya di blog ini.. 

3 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra