Isnin, 13 Ogos 2012

Dapatkan Ebook Panduan Asas Bisnes WiFi Secara Percuma

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini merupakan hari yang ke 24 umat Islam Berpuasa di Bulan Ramadhan.. Insya Allah kalau dipanjangkan umur, kita akan berpuasa selama 5 atau 6 hari sahaja lagi sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri..

Begitu cepat masa berlalu.. 

Rasanya belum cukup banyak amal ibadah yang sempat dikerjakan disebabkan kesibukan melayan urusan kerja.. Nak buat macamana.. Inilah lumrah kehidupan kita hari ini.. Kalau kita tak mencari kerja, ada sahaja kerja yang mencari kita.. Ini belum lagi terlibat dengan berniaga dekat pasar Ramadhan..

Semasa mula-mula berpindah dekat Sabak Bernam, ada juga terlintas di hati nak berniaga dekat Pasar Ramadhan, Sabak Bernam.. Tapi bila difikirkan balik, masa yang terpaksa kami luangkan untuk membuat persiapan dan untuk berniaga, kami terpaksa membatalkan hasrat tersebut.. 

Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.. Takut Duit yang dicari pun dapat tak sebanyak mana, dalam masa yang sama amal ibadah pun tak sempat nak buat.. ;)

Walaupun tak berniaga di Pasar Ramadhan, tapi syukur Alhamdulillah.. Dapatlah juga sedikit rezeki melalui penulisan blog.. Walaupun rezeki tersebut mungkin tak sebanyak berniaga di Pasar Ramadhan, tapi saya dapat memperuntukkan sebahagian masa untuk beribadah.. Terutamanya di waktu malam.. 

Jadilah.. Kedua-duanya saya dapat.. Dapat tambah sedikit rezeki, dan dapat meluangkan sebahagian masa untuk beribadah.. ;)

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat tentang perniagaan internet kepada saya samada melalui email, facebook atau blog..

Tanpa maklumat yang anda berikan, mungkin saya tidak berpeluang untuk menjana sedikit pendapatan melalui blog saya.. 

Kepada anda yang rajin membaca blog saya, sebenarnya anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan sampingan melalui blog secara Percuma.. Apa yang penting, anda perlu rajin membaca untuk mendapatkan maklumat tersebut..

Disebabkan itu kerajaan menyarankan kita supaya rajin membaca dengan mewujudkan kempen mari membaca.. Dengan slogannya yang berbunyi Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.. Slogan tersebut kekal sehingga ke hari ini disebabkan maksud tersirat disebalik slogan tersebut.. Disebabkan rajin membaca, kita lihat kesannya kepada (bangsa) negara-negara maju seperti Jepun, US, UK, dan sebagainya.. 

Pada hari ini, tiada alasan lagi untuk tidak membaca disebabkan tak ada duit untuk medapatkan bahan bacaan.. Sekarang ni terdapat banyak bahan bacaan tentang perniagaan yang kita boleh perolehi secara Percuma.. Tinggal kita nak atau tidak untuk mendapatkannya..

Contohnya.. pada malam tadi saya di offer untuk mendapatkan sebuah ebook secara Percuma berjudul Panduan Asas Bisnes Wifi..

Saya memang suka bila ada orang nak bagi ebook percuma.. Bila ada orang bagi percuma, memang saya akan ambil.. Boleh buat koleksi.. Rugilah kalau kita tak ambil.. Bukannya kena keluar duit sesen pun.. Betul tak?

Dengan membaca ebook percuma tersebut, secara tidak langsung dapat menambah sedikit pengetahuan tentang cabang bisnes yang boleh kita pelajari.. Terutamanya dalam bidang IT..  

Ebook Panduan Asas Bisnes WiFi ini ditulis oleh saudara Azim Norazmi.. Ianya ringkas dan padat.. Sesuai untuk dibaca oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari Bisnes WiFi..


Sumber : Klik Di Sini


Untuk pengetahuan anda, Ebook ini mengandungi 3 bab seperti berikut:

Bab 1 : Pengenalan Bisnes WiFi - Menerangkan secara ringkas bagaimana untuk menjana pendapatan lumayan melalui WiFi.

Bab 2 : Rekabentuk Jaringan Komputer untuk Bisnes WiFi - Gambar rajah logik bagaimana bisnes WiFi dijalankan.

Bab 3: Asas-asas Bisnes WiFi - Menerangkan secara ringkas maksud dan peralatan yang digunakan untuk bisnes WiFi dalam bahasa yang mudah.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ebook ini secara percuma, sila klik di sini

1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra